Mari Bersunat!!

1. Amalan sunat dalam beribadat terlalu banyak. Dalam kategori solat sahaja sudah ada pelbagai jenis solat sunat. Daripada 2 rakaat hinggalah rakaat yang lainya.


2. Ketika ramadan amalan sunat diangkat darjatnya setinggi amalan fardhu wajib. apa maknanya itu? solat sunat ketika ramadan sama ganjaranya dengan solat fardhu ketika diluar bulan ramadhan.


3. Umum tahu ketika ramadan pahala solat fardhu dilipat 70x ganda. secara matematik,andai solat berjemaah ketika ramadan,jumlah pahala yang diperolehi ialah = 27(pahala jemaah) X 70(pahala ramadan). jumlahnya?anda hitung sendiri.


4. Memberi orang yang berpuasa makanan untuk berbuka, allah mengurniakan pahala orang berpuasa kepada yang menderma. Begitu beruntung kaum ibu,dengan menyediakan makanan kepada isi keluarganya,maka pahala keseluruhan keluarga masuk kedalam buku amalan si ibu tadi.


5. Allah begitu menyayangi kaum wanita, kenapa? 


6. Wanita yang tidak berpuasa kerana uzur syarie,tetapi dia menyediakan makanan berbuka kepada orang lain,maka dirinya turut dikurnia pahala bagai orang yang berpuasa.


7. Perbanyakan mengikut sunnah nabi di dalam dan diluar ramadan.kerana di padang masyar kelak,ketika umat muhammad saw berbaris panjang menanti giliran untuk menikmati minuman air dari telaga al kautsar,terdapat para malaikat seumpama pengawal menghalau sebahagian umat muhammad saw yang sedang berbaris.


8. Tanya muhammad saw,'wahai malaikat,kenapa engkau menghalau umatku itu?' 'mereka adalah golongan yang semasa hidupnya tidak mengamalkan sunnahmu wahai rasulullah' jawab malaikat.


9. Seburuk buruk perangai,andai tidak mahu mengamal sunnah nabi,jangan sesekali kita menghina sunnah tersebut.


10. Perbanyakan amalan sunat adalah tajuk tazkirah ringkas malam ke 9 ramadan oleh ustaz suhaimi abdullah di surau al ansar pangsapuri kenanga batu caves.


wassalam.


*mari bersolat sunat diringkaskan menjadi, Mari Bersunat.*


Share/Bookmark

No Response to "Mari Bersunat!!"

 
Blog Widget by LinkWithin

Copyright © 2009 Hidup Tanpa Penghujung All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Anshul Theme By- WooThemes