Hey Muslim,It's Annoying!! *


Beribadat (baca:bersolat) tetapi dalam masa yang sama menggangu ibadat orang lain:

1. Tiada Panggilan sepenting seruan ilahi-itu papan tanda yang biasa terpampang di dalam mahupun di luar surau/masjid. Maknanya mudah,bila tiba waktu beribadah tumpukan sepenuh tumpuan kepada apa yang dikerjakan.

Mampukah kita menjadi seperti saidina umar al khatab yang khusyuk solatnya sehingga tidak menyedari ada pedang yang menusuk tubuh badan nya (yang membawa kepada kewafatan beliau)?

Sudah pasti tidak sama sekali!


2. Telefon Bimbit- Ketika sedang berjemaah,nyaring nyaring (baca:kuat gila) terdengar bunyi ringtone panggilan masuk. it's annoying!

adakah seruan telefon itu lebih utama daripada seruan ilahi.

pada saya,mereka yang sebegini langsung tidak menghormati rumah allah. Tiada alasan (baca:walau apa alasan sekalipun) yang boleh diterima. its annoying!


3. Kuatnya suara membaca surah- hei,biarlah imam seorang sahaja yang jelas bacaan nya. makmum cuma aminkan.!

Tidak perlu membaca al fatihah (baca:surah surah lain juga) dengan kuat sehingga menganggu jemaah di sebelah (baca:kadang kadang jemaah di saf yang berlainan turut boleh mendengar). Cukup sekadar membaca didalam hati atau sekadar gerakan bibir. Nak baca kuat kuat (baca:walau apa pun alasan) sila solat sorang sorang di rumah.okay! it's annoying!


4. Saf tidak rapat- Perkara asas dalam berjemaah,LURUS DAN RAPAT KAN SAF. Susah sangat ke nak rapat. bukan sahaja yang muda mudi,yang lebai pon susah nak sempurnakan yang satu ini.

Bila ditegur (baca:diminta merapatkan saf), jelingan akan diberi kepada si penegur. Rapatnya,tidak juga.

Zaman anbia,saf solat diluruskan dengan melalukan mata pedang pada tempat berpijak. Tidak sempura saf,maka jari kaki (baca:tumit) akan menjadi habuan mata pedang.

Saf yang tidak sempurna,itu tempat duduk setan. it's annoying!


5. Bercakap ketika khutbah- Dasar mulut longkang! Kepada sebilangan yang kecik,remaja,dewasa mahupun yang tua,berbual ketika khatib berkhutbah memang menjadi tabiat.

Tidak sempurna (baca:tidak diterima) solat jumaat orang yang berkata kata ketika khatib berkhutbah**

Shut Your mouth! it's annoying!


6. Bising- Biasanya kanak kanak akan membut bising. Saf paling belakang memang menjadi port bising yang sesuai. kanak kanak,memang itu perkara biasa bagi mereka.

Susah sangat ke ibu bapa nak nasihatkan anak supaya tidak berlaku bising ketika jemaah sedang berjemaah. Tak perlu modal,cuma air liur untuk berkata kata nasihat!

Dulu ketika kanak kanak berbuat bising di surau/masjid kampung kampung, jelingan tajam pakcik pakcik jemaah,membuatkan lidah terkelu.

Tapi kini tidak lagi. hei parents, it's annoying!


7. Sendawa kuat- Sungguh tidak bersopan. its smelly. also it's annoying!


8. Lintas depan orang bersolat- Dah tak ada jalan lain kah? atau menunggu sebentar sehingga orang itu selesai memberi salam.?it's annoying!


Hukuman bagi melintas di hadapan orang yang bersolat, hukumnya bunuh!**


9. (*)menurut kacamata dan pandangan peribadi penulis

   (**) dipetik secara ringkas daripada riwayat terdahulu


10. Penulis tidak menujukan ajuan diatas secara terperinci kepada mana mana pihak. Semuanya adalah apa yang terbuku di hati dari kacamata hamba yang tidak sempurna.


wallahualam.


Share/Bookmark

1 Response to Hey Muslim,It's Annoying!! *

August 23, 2010

I like this post,moga yang membacanya juga yang menulisnya..sentiasa istiqamah and make it as rappel..
Profitkan Ramadan to have the best output at the end..;)

 
Blog Widget by LinkWithin

Copyright © 2009 Hidup Tanpa Penghujung All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Anshul Theme By- WooThemes