Hari Yang Semalam

Dah lama dah rasanya aku tak merepek kat blog ni. Ada orang kata menulis dapat meredakan tekanan, mengurangkan masalah di jiwa. Tapi aku rasa perkara tu tak praktikal bagi individu macam aku. Aku menulis untuk mengisi kekosongan ruang waktu atau mencatit memori supaya dapat aku ertikan di kemudian hari.

Semalam mak, abah dan adik bongsu aku datang ke KL ni. Aku pun tak tahu sebenarnya tentang kedatangan tersebut. Bila aku SMS..
“mak kat mana ni”…
”mak kat Lenggong ni”
Erkk!..terdiam aku seketika. Ada urusan keluarga yang perlu mak selesaikan.

Punya la heppi adik aku nampak muka abang long dia, padahal baru dua minggu lepas aku balik kampung. Nak kata rapat tu. Tak jugak kot. Tapi dia paling manja dengan aku. Dia lahir tanpa aku disisi seperti adik-adik yang lainya. Umurnya genap dua bulan baru aku berpeluang tengok adik aku yang ke lima ni. Maklumlah la waktu tu masih di bumi serambi mekah mengejar impian.

Seperti biasa aku akan mencari ruang untuk bertanyakan keadaan semasa dengan mak aku. Dengan abah, aku memang terlalu jarang berborak.

“ Bang mie [adik lelaki pertama] nak ambik lessen moto. Hasil titik peluh berniaga. Tapi tak cukup duit untuk sampai lulus P ”

“ Angah [adik perempuan pertama] kena pindah rumah. Tuan rumah sekarang tak bagi duduk sebab tak der penghuni rumah nak bekerja dgn kedai tuan rumah”

“Ayang [adik perempuan kedua] tak cukup buku latihan. Buku-buku yang along beli tu semua dah habis buat. Hujung minggu ni ayang ada motivasi UPSR kat MRSM”

“Hari tu ribut..kelam kabut abah punggah barang-barang…..”

Aku faham benar perangai mak aku. Setiap kali berjumpa pasti cerita-cerita bermula kali terakhir berjumpa akan diluahkan. Hanya seorang itulah mak yang aku ada di dunia dan akhirat. Kadang-kadang aku tersenyum sendiri mendegar repekan mak aku. Aku mula belajar dan mengerti sesuatu..Tanggungjawab seorang anak.

Terhenti seketika nafas aku. Cuba mengumpul semua maklumat ke dalam benak kepala. Angah, bang mie, ayang. Buat sementara bang jat dan ain tiada sebarang masalah. Merawang seketika fikiran aku. Lima orang adik yang sentiasa menghiasi warna warni hidup aku.

“Mak, bulan ni lewat sikit along bagi duit.”
”kalau terdesak sangat call la along”

Sebenarnya terlalu berat untuk aku ucapkan kata-kata. Tapi aku terpaksa dan aku rasa ni yang terbaik.

Buat masa ini, hanya perkataan SABAR yang meredakan segala kecelaruan dalam kepala aku. Semua ini ada hikmah. Aku percaya akan itu..


Share/Bookmark

4 Response to Hari Yang Semalam

August 01, 2008

Yup, betol..S.A.B.A.R...Bersabarlah duhai Azri....kerana Sabar Itu Indah =)

August 02, 2008

touching la plak..

August 04, 2008

mak ayah hg sihat???? hohoho adik2 hg ramai...usahalah selagi termampu... (~~,)V

August 05, 2008

setakt ni alhamdulillah..semuanya baik-baik belaka..

 
Blog Widget by LinkWithin

Copyright © 2009 Hidup Tanpa Penghujung All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Anshul Theme By- WooThemes