Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia dan seluruh dunia..Terutama sekali kepada ibu aku, Munah Binti Daud,45, kerana bersusah payah menyara dan mendidik aku bersama-sama adik-adik aku, sehinggalah aku menjadi seperti sekarang..Kaulah pertama hatiku.. Untuk semua, hayati sajak yang berikut sempena hari ibu ini..

Selamat Hari Ibu

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembira,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..

Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..

Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.


Share/Bookmark

No Response to "Selamat Hari Ibu"

 
Blog Widget by LinkWithin

Copyright © 2009 Hidup Tanpa Penghujung All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Anshul Theme By- WooThemes