Aku,Garam dan Tingkat 14

1. Entry kali ini tak melibatkan sebarang gambar.


2. Sejak lega demam ni,kalau tengok gambar kat monitor mesti kepala rasa ting tong. rasa berbalam balam. mabuk darat.


3. Doktor kat klinik tanya "awak banyak makan bergaram ke?" 'eh,mana ada doktor,saya mmg tak suka makanan yang masin masin'. "maybe,awak tak perasan waktu makan kat luar (kedai makan) kot. garam.ajinamoto,kurangkan makan yer"


4. Aku jeling,aku perati, 90.6 ke 96.0.nampak samar samar. tu sukatan blood pressure. sepanjang hari kat rumah,aku dok google wikipedia sini pasal blood level and pressure. sukatan normal untuk orang dewasa 90-120.
mine is 90.6 or 96.0 Kalau reading tu 90.6 maknanya dah menghampiri low bloodpressure.Kalau 96.0 masing everage normal.

Tapi kenapa doktor tu sound tempek kat aku "sila kurangkan makanan masin yer".


5. Sejak beberapa bulan ni,berat badan naik secara konsisten, sekarang 83kg. kadang kadang 85 kg. opsss!, 2kg tu maybe barang lupusan yang belum di buang.

6. Sejak beberapa bulan ni jugak,selari dengan penambahan kilo, aku semakin alah kepada makanan berunsur sejuk. Tambahan buah buahan like tembikai,langsat,dokong,kacang panjang.

Mak memang membebel kalu tahu aku makan benda berangin dan sejuk sejuk ni.


7. Tah tiba masa untuk kembali kurus macam dulu kot. Sekarang pon main futsal,tapi sekali seminggu. mana cukup yoppp.!!


8. Nak start jog keliling taman tasik sri gombak, tapi bila la aku nak start. Balik kerja jer sampai rumah dah dekat 630petang. Nak tengok cerita kat TV3 lagi. Ni semua dalih jer.

nak 1000 daya, tak nak 1 dalih pon dah cukup. kan?

9. Risau tengok skala BMI. weight 83kg. Height 179cm.


10. Strategi baru, balik rumah jangan naik lif. Sila daki tangga hingga tingkat 14. Boleh ke????


Share/Bookmark

No Response to "Aku,Garam dan Tingkat 14"

 
Blog Widget by LinkWithin

Copyright © 2009 Hidup Tanpa Penghujung All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Anshul Theme By- WooThemes