Pinjaman Tanpa Bunga Dan Penjamin

1. Pinjam cimb,maybank,hong leong,bsn semua ada bunga, Bank islam pon ada.dengan istilah tersendiri.

2.banyak pinjam,maka makin banyak bunga.

3.pinjam sikit lulus 24jam,pinjam banyak perlu penjamin.tak cukup seorang perlu 2orang.kadang kadang perlu setem hasil.kadang kadang perlu jugak surat sokongan.

4.pinjam along paling mudah.'kami bukan ah long,kami cuma mau tolong'.salah hari silap tempat,nyawa jadi taruhan.

5.pinjam kawan kawan pon boleh.masa pinjam manis muka,masa nak membayar seribu alasan.maka wujudlah kawan makan kawan.

6.Bagi pinjam kadang kadang tak ikhlas.dengan harapan ada balasan yang lebih lumayan.Lebih jelek,bagi pinjam cuma nak tunjukan 'aku kaya',

7.Pinjam barang orang,mesti jaga elok elok.pulangkan seperti sediakala.

8.Istilah pinjam ramai tak faham.pinjam tidak sama dengan minta/hendak.

9.Cagar pon boleh.dulu dulu popular kaedah gadaian.apek simpan itu balang kemas,bagi resit,lu dapat duit ma.tapi mesti tuntut itu balang dalam tempoh dipersetujui,kalu tidak,itu balang sulah kila apek punya loh!

10.Kepala pusing bila fikir bagaimana nak meminjam,lebih pusing bila fikir bagaimana nak membayar.

11. no 1 hingga no 10 mudah nak faham. tapi yang no 11 ni kita selalu ingat kah? dunia ni dipinjamkan kepada kita tanpa dipinta tau.

12.Nafas segar pon kita pinjam.lama pinjam,panjang la umur,pendek pinjam singkat la umur.

13.Kita tak sedar,pinjaman yang satu (baca:banyak tidak terkira) ni,langsung tak perlu penjamin.

14.Tiada bertempoh. Nikmatilah ia selagi ada. Boleh dikongsi bersama siapa pon.

15.Kadang kadang kita tamak,pinjaman yang sementara ini dijadikan modal untuk kita menjual kepada yang lain.

16.Hidup,bahagia,harta,darjat,keluarga semua pinjaman untuk kita.tidak kekal! tapi dia pemurah.rabbul jalil.

17.Pinjaman ini membuat kita tidur lena. tersenyum.

18.Renungkan kenapa pinjaman yang satu ini percuma.jawabnya,dia sayangkan kita.

19.Masa utuk kita membayar sentiasa ada.dia cuma mahukan sesuatu dari kita.Jadilah hamba yang setia.itu sahaja.

20.Kita hamba, Dia yang empunya.!

nukilan.

azri.


Share/Bookmark

No Response to "Pinjaman Tanpa Bunga Dan Penjamin"

 
Blog Widget by LinkWithin

Copyright © 2009 Hidup Tanpa Penghujung All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Anshul Theme By- WooThemes