Dalamnya Ada Barakah

1. Nabi junjungan Muhammad s.a.w pernah berkata yang diantaranya berbunyi "ramadhan barokah". Bermaksud dalam ramadhan itu terdapat keberkatan. Berkat itu maksud mudahnya mendapat kurnian allah.


2. Bukti mudah berkatnya ramadhan amat mudah dilihat. Kita lihat sahaja suasana setiap surau dan masjid setiap kali ramadhan. Cukup meriah. Solat lima waktunya ramai jemaah. Berlumba lumba kita mengerjakan amalan solat sunat yang dua rakaat itu. Terbukti kata nabi s.a.w "ramadhan barokah"


3. Kata nabi lagi, yang membezakan puasa umat islam dengan yahudi & nasara hanya terletak pada satu perkara.iaitu 'sahur'. Dengan fikiran logik ringkasnya, jika kita tidak bersahur,maka sama lah beza puasa kita dengan kaum yahudi & nasara itu. 


4. Sahur itu mengikut istilah bermaksud 'terjaga' atau 'bangun'. bangun dari tidur untuk menikmati sedikit makanan.


5. Mengikut penjelasan para ulama, waktu sahur itu dalam lingkungan 2 jam sebelum terbitnya fajar (baca:berkumandang azan subuh).


6. Kata nabi s.a.w melewatkan sahur itu lebih utama. 


7. Di dalam amalan bersahur juga punya barakah. Sahur puasa ramadhan sebenarnya berbeza dengan sahur puasa puasa sunat yang lainnya. Kerana bersahur ramadhan itu memperolehi ganjaran pahala yang sangat besar. Tidak seperti sahur puasa lainya (baca:harus).


8. Makan minum pada bukan waktu sahur (baca: 1 pagi,2 pagi, 3 pagi dan sebagainya) (baca:sebelum 2 jam waktu fajar terbit) sama sifatnya seperti aktiviti makan harian. Tiada pahala sahur. Itu kita perlu faham.


9. Sewaktu bersahur elakan memakan makanan yang susah untuk dihadam dan pedas. Mengikut sunnah,akhiri sahur dengan minum susu kambing.


10. Semua coretan diatas diulas secara peribadi oleh penulis berdasarkan tazkirah ringkas oleh ustaz suhaimi b abdullah pada malam tadi (baca: terawih malam kedua)


Share/Bookmark

No Response to "Dalamnya Ada Barakah"

 
Blog Widget by LinkWithin

Copyright © 2009 Hidup Tanpa Penghujung All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Anshul Theme By- WooThemes