Aidilfitri dah sampai ke penghujung. Sekarang masa untuk adik-adik menduduki PMR dan SPM.
Ha! apa lagi, rajin rajin la baca buku.
Kat sini ada link untuk download koleksi soalan percubaan SPM negeri negeri seluruh malaysia. Klik dan download-credit untuk crazystuden00(SBPI Sabak Bernam)

Koleksi Soalan Percubaan SPM 2009

Buat Muhammad Aizat & Muhammad Nazmi- Rajin rajin buat latihan.
Selamat Berjaya!

Ramadhan 1997

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera untuk semua.

Salam 1 Malaysia??
Abaikan ucapan itu. Hanya pembaca berita RTM yang setia membaca skrip ucapan klise itu.
Salam Ramadhan untuk semua.

Syed Nahar-http://glimpse4glee.blogspot.com/
Sebagai silent reader kat blog 'Nahar Abdullah Yahya Ningah' tu, aku amat kagum dengan daya ingatan dia yang tersangat la tinggi.
Bukan setakat memori semalam, kelmarin dan kelmarin dulu, memori 10 tahun lepas masih kukuh dalam ingatan dia.
Kalu diterjemahkan kepada skrip filem, pasti! sangat pasti tiada satu ayat atau perkataan pon yang akan tertinggal.
Tahniah syed atas kurniaan daya ingatan yang unik tu.

Ramadhan pertama di Seratas-
Hari sabtu, time outing ke bandar Taiping.
Sangat excited.
Maklumlah minggu pertama di asrama selepas orientasi.
Dari Taman Tasik Taiping ke Bandar Taiping saggup menapak. Jauh?
Dalam kiraan 3-4km.mungkin lebih!
Tu baru pergi jer, tak masuk balik lagi.

Dalam ingatan yang sengkek ni, hanya aku,syaihan,suffian yang terlintas dikepala.Termasuk beberapa yang lain yang langsung tak dapat aku ingat.
Lagak macho berjalan kaki pulang dari bandar Taiping, dengan segala produk (bekalan makanan) untuk berbuka merangkap stok seminggu.

Tandas Awam Taman Tasik-
Mata aku tak dapat lepas dari sebotol kecil air coca cola dalam plastik beg the store bewarna putih merah.

Tertelan air liur!

Lagi 2 jam waktu untuk berbuka puasa.

Azri:Weh! aku nak terkucil la.

Syaihan:Meh aku tolong pegang plastik hang.

Azri: Tak pa.tak pa. aku pegang sediri

Syaihan:Cepat sikit. Satgi gate tutup.

Dalam Tandas:
nak buka ke tak!

ishh.leh tahan lagi ni.

tahan!

sambil tangan membuka tutup botol coca cola.

tahan la.sat ja lagi nak buka dah.

Tutup botol kembali ditutup rapat.

Guk.guk!guk! alhamdulillah...

Kantoi! akhirnya aku tewas dengan godaan sebotol coca cola.

Hari ini:
13 tahun telah berlalu.
Setiap kali ramadan detik ponteng puasa dengan coca cola kembali menjelma.

Kini, aku tak ponteng lagi! :D

p/s:masih ingat kali terakhir ponteng puasa?

2 Reader Responses:



MiSsZiLa said...

sungguh tak caya ang ponteng posa di zaman seratas.hehe

azri said...

caya jgn caya.hehe