Kita pasrah, kita yakin dan kita mengakui serta kita memerlukan kasih & sayang.
Berapa ramai daripada kita yang berani berkata "ah! aku tak perlukan kasih sayang"
Mungkin ada tapi yang pasti itu hanya fantasi.
Realitinya setiap insan yang keluar dari rahim seorang perempuan bergelar ibu, nikmat kasih dan sayang merupakan satu kemestian.
Kasih & Sayang: Jika tidak dicari, ia pasti akan hadir sendiri.
Kenapa? Kerana Kasih dan Sayang itu merupakan hak dan zat yang maha pencipta.
Sedarlah, akuilah, Allah sentiasa sangat menyayangi kita. Perasaan itu dijelmakan melalui seseorang yang bergelar ayah,ibu,saudara mara,rakan-rakan,kekasih, hatta musuh.
Bagi insan bercinta, berkasih sayang, dilamun ombak kejiwangan, sedarlah Allah itu memberikan cintaNYA melalui si-dia.
Dan janganlah bersedih jika cinta dan kasih itu terhenti dipertengahan jalan, kerana nikmat itu tak akan terhenti di situ sahaja.
Jangan dipandang luaran, terokailah apa yang ada didalam.
Namun sebagai manusia, kita sentiasa lalai dan sentiasa mencari kesempurnaan menggunakan mata kasar. (Rujuk kisah burung pipit-credit to hasanah)
Aktifkanlah mata hati, mata minda,mata akal dan mata iman untuk menilai apa yang kita punya.
Akhir kalam, bagi hati hati yang merasakan sudah tiada apalagi untuk dinikmati di dunia,segeralah sedar bahawa cinta AGUNG itu sentiasa ada.
Caranya,bagaimana,bila,untuk apa, sentiasa berbeza, kerana hanya DIA yang lebih mengetahui.!
Burung pipit terbang melayang,
Melayang pergi dipagi hari,
Mari kita berkasih sayang,
Moga hidup lebih diberkati.
nukilan: Mohd Azri Bin Mohd Said
Aidilfitri dah sampai ke penghujung. Sekarang masa untuk adik-adik menduduki PMR dan SPM.
Ha! apa lagi, rajin rajin la baca buku.
Kat sini ada link untuk download koleksi soalan percubaan SPM negeri negeri seluruh malaysia. Klik dan download-credit untuk crazystuden00(SBPI Sabak Bernam)Koleksi Soalan Percubaan SPM 2009Buat Muhammad Aizat & Muhammad Nazmi- Rajin rajin buat latihan.
Selamat Berjaya!
Love is Living
- May 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








0 Reader Responses:
Post a Comment