30 SEBAB KENAPA SAYA SUKA NAIK MOTORSIKAL.
1.Kos minyak kurang berbanding kenderaan lain.
2.Jarang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di KL.
3.Berangin..sejuk..nyaman.
4.Tak perlu tengok rear mirror,tengok side mirror je.
5.Boleh parking celah celah kawasan yang sempit.
6.Tak perlu bayar tol walaupon dapat diskaun 10% selepas 12 tengah malam
7.Tak perlu bayar parking atau kena saman sebab tiket lebih masa.
8.Boleh naik dua orang jer. Tak berat sangat.
9.Siang siang pon boleh pasal lampu, bagi high beam, tiada siapa nak marah
10.Kalau hujan saya pon basah bersama hujan.Boleh main hujan. Siapa pon tak marah.
11.Tanpa motor tu saya tak boleh pegi kuliah dengan senang.
12.Boleh balik kampung dengan motor.Tak kisah Hiway jam atau tol yang sesak.
13.Bawak 110kmj pon speedometer saya tetap 0kmj (dah 5bulan rosak.huhu)
14.Ada laluan khas untuk motor jer..lain lain kenderaan jangan nak menyibuk
15.Dapat claim rebat petrol Rm150
16.Tak perlu pergi carwash atau motor wash. Setiap kali hujan, automatik motor dah bersih disiram air hujan.
17.Boleh lalu jalan lopak lopak tanpa risau driveshaft akan rosak.
18.Tak perlu beli minyak gear,power stereng atau isi air wiper.
19.Claim perjalanan pon masih kekal dan murah.Rm0.35 sekilometer walaupun harga2 lain makin meningkat.
20.Kalau habis minyak lebih mudah ditolak berbanding kereta.
21.Tak perlu layan orang busy body tanya pakai kereta apa.
22.Dapat bau asap hitam pekat diudara. Orang naik kereta mesti pasang aircond, hilang satu 'nikmat'.
23.Ada baju hujan. Pakai waktu panas terik pon orang tak kisah.
24.Tak perlu lalu Terowong SMART, Takut tenggelam kalau banjir tiba tiba macam filem sinking of Japan tu.
25.Boleh tukar lorong suka suka hati selepas bagi signal dan situasi selamat.
26.Bawak slow kat MRR2,NKVE,LDP pon tak kena hon.
27.Boleh sukat petrol dalam tank pakai jari jer.Tak perlu panik kalau meter minyak rosak.
28.Polis suka amik kisah, selalu buat roadblok tanya tentang motor. Caring what!
29.Tak perlu susah hati pikir nak pasang tinted, cover line konon.
30.Kalau hujan lebat leh buat reunion motor-motor bawah jejambat tepi jalan.
Tamat tapi bukan terakhir...SAYA SAYANG MOTOR SAYA (motor abah saya sebenarnya)
Aidilfitri dah sampai ke penghujung. Sekarang masa untuk adik-adik menduduki PMR dan SPM.
Ha! apa lagi, rajin rajin la baca buku.
Kat sini ada link untuk download koleksi soalan percubaan SPM negeri negeri seluruh malaysia. Klik dan download-credit untuk crazystuden00(SBPI Sabak Bernam)Koleksi Soalan Percubaan SPM 2009Buat Muhammad Aizat & Muhammad Nazmi- Rajin rajin buat latihan.
Selamat Berjaya!
30 SEBAB KENAPA SAYA SUKA NAIK MOTORSIKAL.
Mari Bersenyum
senyum seindah suria,
yang membawa cahya,
senyumlah dari hati,
duniamu berseri,
senyum umpama titian dalam kehidupan,
kau tersenyum,
ku tersenyum
kemesraan menguntum....
senyum,..kepada semua...
senyumanmu,amatlah berharga...
senyum,..membahagiakan,
dengan senyuman,
terjalinlah.......IKATAN....
*******
Renungan
My Wish List
SONY ERICCSONHampir dua tahun mengidamkan hanset fold by SE ni. Siap ada 3G lagi. Tapi tu la, belum ada kemampuan. Bila ada pun perkara utama telah didahulukan.
Sabarlah wahai SE yang telah menawan hati ini.
p/s:Bukan warna pink tau.ilustrasi adalah hiasan semata-mata. Warna biru tetap menjadi idaman.
iPhoneTiba-tiba di penggal pertama 2008, iPhone pulak release kat pasaran. Tapi bukan kat Malaysia. Pertengahan Jun baru release kat Malaysia tapi bukan secara offical. Dah pergi belek-belek kat Lowyat. RM1800 untuk 1G manakala RM2800 untuk 2G. Perrghh!!!Kalau dapat satu ni best gak. Touch screen. Apple based technology.
CANON 1000DDaripada zaman belajar lagi dah mengidam nak camera sendiri. Sampai sekarang tak termakbul lagi. Tup tup..dalam awal tahun 2008, minat baru dalam dunia fotografi datang. Tiap-tiap bulan beli DIGITAL CAMERA MEGAZINE. Tak pernah miss even satu issue. Kalau ikutkan nafsu yang beraja di hati bukan setakat 1000D ni jer, 50D,450D, Sony Alpha3 semua nak angkut sekali. Tapi apakan daya..jauh duit dari poket. wink!!wink!!
Buat masa ni DSLR for beginner with affordable price is 1000D, RM1999.
Sasaran perolehan adalah tahun 2009. Sebelum melangkah ke alam 'yang satu' itu.
Brunei Darul SalamJalan jalan di Brunei menjadi idaman sejak akhir akhir ini. Membaca artikal berkenaan keindahan negara Brunei, kedaulatan,pentadbiran dan dunia islam di sana amatlah mengujakan. Sebuah negara kecil tapi dinaungi kedaulatan tersendiri. Bila ek nak pegi? Jalan-jalan bulan madu agaknya.
CIVIC Type R
HONDA CRVDua buah kereta idaman kalbu. Agaknya lagi 5tahun menabung pon belum tentu boleh beli satu. Kalau dapat beli lah kan, Puan Munah dan Encik Mohd Said lah antara orang pertama akan diberi kebenaran untuk merasmikanya.

Kenapa baitil azri? Sebab tu la rumah idaman untuk bersama keluarga. Sejak dua menjak ni rajin sangat penulis kunjungi expo-expo perumahan, survey harga-harga, lokasi, design dan sebagainya. Kena la angan-angan dulu..kalau tak macam mana mimpi nak direalisasikan betul tak. Insyallah dalam banyak-banyak ni, rumah ini yang menjadi keutamaan. Ada hanset, camera, kereta pon bukan boleh buat berlindung dan berteduh kan. Maka wish list ini mengumumkan bahawa Baitil Azri merupakan priority bagi semua2 wish list.
Disamping itu ada satu wish list utama yang terpaksa dirahsiakan buat seketika. nantikan kemunculanya bagi yang berminat (,")
Wassalam
Berhenti Menjadi Gelas (Qalbi)
*Artikel ini dipetik dari speedfinger*
“"Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya kebelakangan ini selalu nampak moody.”Kenapa kau selalu moody, nak?
Bukankah banyak hal yang best best dan indah di dunia ni? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?” sang Guru bertanya.
“Guru, kebelakangan ini hidup saya penuh masalah. Berat bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya,” jawab sang murid muda.
Sang Guru terkekeh. “Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam.Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.”Si murid pun beranjak perlahan tanpa semangat.
Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.”Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu,” kata Sang Guru. “Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit.”
Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini merengis kerana minum masin.”Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru.”Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih merengis.
Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya .”Sekarang kau ikut aku.” Sang Guru membawa muridnya ke danau berhampiran tempat mereka.
“Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau.”Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya.
Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu fikirnya.”Sekarang, cuba kau minum air danau itu,” kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.
Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di kerongkongnya, Sang Guru bertanya kepadanya, “Bagaimana rasanya?”Segar, segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibirnya.
Danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah.Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang tersisa di mulutnya.”Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?” “Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.
“Nak,” kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. “Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih.Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu.
Jumlahnya tetap, man man saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.”Si murid terdiam, mendengarkan.”Tapi Nak, rasa masin dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya ‘qalbu’(hati) yang menampungnya. Jadi Nak,supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu jadi sebesar danau.”
Pepohon Cinta Yang Mekar
Pagi ni seperti biasa sebelum memulakan tugas, penulis membelek-belek inbox setiap email. Ada satu petikan yang menarik perhatian penulis di inbok yahoo mail.
Walaupun sudah acap kali penulis pernah membaca kisah kisah seperti ini, kelazatan ceritanya tidak pernah hilang sama sekali.
Disini penulis kongsi kan cerita berkenaan (kredit kepada sdr.hasanah)
Kisahnya seperti berikut:
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...
Pelajar: Guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya..?
Guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.
Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
Guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?
Pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
Gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...
Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?
Guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
Maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?
Pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...
Maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......
Tamat....
Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.
*nota: terima kasih kepada insan-insan mulia yang sudi menyayangi dan mengasihi penulis seadanya. Insan-insan yang bergelar ibu, ayah, keluarga, kekasih, rakan-rakan, guru-guru dan sekalianya.
Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan kalian.
Sekalung TAHNIAH Buat Adikku
Ada Apa Dengan MAmak Stall
*Copy & Paste*
Terus saya berhenti makan dan tanya pekerja tu.. You ISLAM? Dengan takut2 dia jawab saya hindu tapi BOSS saya ISLAM.














