30 SEBAB KENAPA SAYA SUKA NAIK MOTORSIKAL.

30 SEBAB KENAPA SAYA SUKA NAIK MOTORSIKAL.

1.Kos minyak kurang berbanding kenderaan lain.

2.Jarang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di KL.

3.Berangin..sejuk..nyaman.

4.Tak perlu tengok rear mirror,tengok side mirror je.

5.Boleh parking celah celah kawasan yang sempit.

6.Tak perlu bayar tol walaupon dapat diskaun 10% selepas 12 tengah malam

7.Tak perlu bayar parking atau kena saman sebab tiket lebih masa.

8.Boleh naik dua orang jer. Tak berat sangat.

9.Siang siang pon boleh pasal lampu, bagi high beam, tiada siapa nak marah

10.Kalau hujan saya pon basah bersama hujan.Boleh main hujan. Siapa pon tak marah.

11.Tanpa motor tu saya tak boleh pegi kuliah dengan senang.

12.Boleh balik kampung dengan motor.Tak kisah Hiway jam atau tol yang sesak.

13.Bawak 110kmj pon speedometer saya tetap 0kmj (dah 5bulan rosak.huhu)

14.Ada laluan khas untuk motor jer..lain lain kenderaan jangan nak menyibuk

15.Dapat claim rebat petrol Rm150

16.Tak perlu pergi carwash atau motor wash. Setiap kali hujan, automatik motor dah bersih disiram air hujan.

17.Boleh lalu jalan lopak lopak tanpa risau driveshaft akan rosak.

18.Tak perlu beli minyak gear,power stereng atau isi air wiper.

19.Claim perjalanan pon masih kekal dan murah.Rm0.35 sekilometer walaupun harga2 lain makin meningkat.

20.Kalau habis minyak lebih mudah ditolak berbanding kereta.

21.Tak perlu layan orang busy body tanya pakai kereta apa.

22.Dapat bau asap hitam pekat diudara. Orang naik kereta mesti pasang aircond, hilang satu 'nikmat'.

23.Ada baju hujan. Pakai waktu panas terik pon orang tak kisah.

24.Tak perlu lalu Terowong SMART, Takut tenggelam kalau banjir tiba tiba macam filem sinking of Japan tu.

25.Boleh tukar lorong suka suka hati selepas bagi signal dan situasi selamat.

26.Bawak slow kat MRR2,NKVE,LDP pon tak kena hon.

27.Boleh sukat petrol dalam tank pakai jari jer.Tak perlu panik kalau meter minyak rosak.

28.Polis suka amik kisah, selalu buat roadblok tanya tentang motor. Caring what!

29.Tak perlu susah hati pikir nak pasang tinted, cover line konon.

30.Kalau hujan lebat leh buat reunion motor-motor bawah jejambat tepi jalan.

Tamat tapi bukan terakhir...SAYA SAYANG MOTOR SAYA (motor abah saya sebenarnya)


Share/Bookmark

2 Response to 30 SEBAB KENAPA SAYA SUKA NAIK MOTORSIKAL.

November 27, 2008

a nice story from heart!i miss my DAJ 570...!

November 28, 2008

i miss my WJF8591 =)

 
Blog Widget by LinkWithin

Copyright © 2009 Hidup Tanpa Penghujung All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Anshul Theme By- WooThemes