______o00o'(.)(.)'o00o_______
Isu semasa sentiasa mengaitkan berkaitan keinginan dan apa yang wanita mahu dalam kehidupan seharian mereka. Kita selalu mendengar masyarakat sekeliling memperkatakan tentang wanita yang membujang hingga ke tua tidak mendapat perhatian. Antara sebab wanita membujang kerana belum sampai jodoh atau ada sememangnya yang enggan berkahwin. Tetapi ada satu perkara yang tertinggal, hakikatnya wanita sekarang lebih materialistik dan terlalu memilih. Saya sendiri pernah bertanya kepada beberapa kenalan wanita tentang pilihan mereka. Hatta satu senarai panjang 'kualiti tersohor' yang perlu ada pada seseorang lelaki berjaya direkodkan dalam nota-nota yang saya kumpulkan itu. Antaranya 'kelakar',pandai mengambil hati, baik,beriman,bermoral, a family type, Mr. Nice Guy dan bermacam-macam lagi.
uh..huhh..yer lah tu!. Tapi bila saya tanyakan semula kepada mereka, bagaimana jika ada seeorang lelaki berprofil tinggi dan berkerjaya sebagai seorang profesional serta memiliki segala kemewahan yang mempu dibelinya tiba-tiba muncul walaupun cukup terkenal dengan sikap angkuh dan menyakitkan hati, mereka seakan lupa tentang 'kualiti tersohor' yang telah disenaraikan itu dan berkata. "Saya tak kisah, asalkan hidup saya senang" dalam erti kata lain, kepada Mr.Nice Guy semua, selamat tinggal dan boleh jalan!. Saya ingatkan wanita di Singapore sahaja yang kiasu, rupa-rupanya Malaysia pun sama!.
Jadi benarlah wanita sebenarnya penuh dengan tipu helah. Mereka sering menipu lelaki dan tanpa disedari mereka juga sedang menipu diri sendiri. Penipuan yang dimaksudkan ini adalah dengan memberi harapan kepada lelaki bahawa wang ringgit dan harta kekayaan tidak mungkin dapat mengaburi mata mereka. Malah segala senarai 'kualiti tersohor' jejaka idaman yang disebut-sebut itu adalah semata-mata untuk mengaburi mata lelaki dan menutup kelemahan serta siapa diri mereka sebenarnya. Mereka enggan mengakui yang mereka sebenarnya mahukan kemewahan.
Saya pernah terbaca satu artikel yang menyebut, majoriti wanita moden hari ini menganggap bercinta dan perkahwinan itu sama seperti sebuah perniagaan. Mereka hanya akan memilih untuk bercinta atau berkahwin dengan lelaki berstatus sahaja. Terma 'ditakdirkan bersama','kerana perasaan cinta semata-mata ' atau 'suka sama suka' sudah mula terpadam di dalam kamus hidup mereka.
Hakikatnya seorang lelaki akan mengahwini seseorang wanita asalkan dia baik dan cukup cantik di matanya. Sebaliknya perkara ini tidak akan terjadi kepada wanita moden hari ini. Jadi jangan terkejut jika ada yang begitu terbuka dan sanggup mengakui bahawa mereka hanya akan memilih lelaki dengan aset material yang boleh di'eksploitasi'kan. Jangan percaya bulat-bulat pada apa yang mereka tuturkan. Perhatikan tindak tanduk mereka bila berhadapan degan lelaki. Jika mereka memberi alasan bahawa semua lelaki yang baik sudah diambil, sebenarnya apa yang mereka maksudkan ialah lelaki yang 'baik' berkedudukan dan poketnya.
Januari 2022
2 years ago
No Response to "Yang Perempuan Tahu"
Post a Comment