Tips Doa Buat Kekasih Dari Wanita

______o00o'(.)(.)'o00o_______
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan…
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah Yang Tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan…
Adalah Yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hambaMu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku…
Di dunia dan akhirat….
Dengarkanlah rintihan dari hambaMu yang daif ini…
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kea rah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat…
Dan peliharalah kami dari azab api neraka…
Amin…amin…Ya rabbal aalamin…
Sekadar usaha buat insan bergelar wanita. Ketahuilah betapa hebatnya doa dalam melayari kehidupan…




Share/Bookmark

No Response to "Tips Doa Buat Kekasih Dari Wanita"

 
Blog Widget by LinkWithin

Copyright © 2009 Hidup Tanpa Penghujung All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Anshul Theme By- WooThemes