Balik Cuti Maulud Nabi S.A.W

sejak dua menjak ni bila dah ada kamera compaq (impian dlsr belum tercapai) rajin sungguh aku snap sana sini. sampaikan kucing tidor pon nak candid gak.

sempena maulidur rasul s.a.w yang lepas, sempat la ambik kesempatan dalam kesempitan balik bertandang ke kampung. Rasa lama dah tak balik (padahal xsampai 3minggu pun), macam macam perubahan kat rumah tu. Nak sambut 'orang baru' la katakan.

Ada yg rajin mengemas, rajin bersepah pon ada, suka mengecat, suka tengok orang sapu cat, macam macam la. macam karenah ada. menarik!

warna warna keluarga ku.

proses cat bilik memakan masa hampir 3jam. tu pon setakat 2 dinding. niat di hati nak double colour, boring tengok kiri, boleh tengok kanan. Tapi akhirnya seluruh bilik bermandikan cat bitu laut yang menyamankan. Tidor pon rasa macam tengah scuba diving. nikmat!


Hari ahad pagi nak balik KL dah, Lama betul tak naik RED & YELLOW omnibus. Bas yang gegar gegar, bunyi enjin yang bingit, tapi masyuk abis bila kena angin tingkap. 


Ni yang ke2 bongsu. manja bukan main. konon tak nak naik bas.hampeh. jumlah tambang untuk sorg dewasa+kanak kanak riang = rm 10.60. (Tawai~Lenggong) 


-seat exclusive mengalahkan air asia budget class-


-pemandangan bandar lenggong dari kacamata stesen bas- 

jeng jeng..yang ni oren, nak tengok yang purple..jemput jemput la ke rumah 20mac nanti ek.


Share/Bookmark

5 Response to Balik Cuti Maulud Nabi S.A.W

March 02, 2010

bila ada kemre, terus ko pun akan ada byk point nak update blog..betoi tak?

March 03, 2010

betul syed, aku setuju 100%. kalu xder gambar, aduyaii jenuh nak mengarang,kalau cikgu (ngajar BM form 3 yg tudung labuh tu..sapa nama ek?) bace, mesti banyak tanda merah kesalahan hukum DM etc.

March 05, 2010

ri, ni kamera ape? mcm 12.0 megapixel je..terang ;)

March 05, 2010

yien: aku anggap tu satu pujian.hahah

8.0MP je. DLSR belum termakbul

alizarin
March 12, 2010

dslr la

 
Blog Widget by LinkWithin

Copyright © 2009 Hidup Tanpa Penghujung All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Anshul Theme By- WooThemes