Serangan Demam Campak

azri: chiken pork tu = daging babi ayam ke.
farha: pox la, bukan pork.
azri: ooo...ruam ayam. ingat daging babi ayam.
farha: hahahahha
(gelak ek..mentang baru lega demam campak.berjangkit la ni.virus!)

untuk makluman: yang sebenarnya ialah chiken pox, bukannya chiken PORK.

Orang melayu kita biasa panggil demam campak je atau cacar air.
Orang kata, seumur hidup mesti kena sekali, lepas tu dah tak kena dah.
Betul ker? Tapi menurut pengalaman orang lain ada jugak yang kena 2 kali, sebabnya campak tu tak keluar habis dari badan.

Tanda campak keluar habis ialah bila dia muncul di tapak kaki. Itu petanda chiken pox tu dah nak berakhir. Mengikut kata pakar perubatan demam campak ini akan berlaku dalam tempoh 10hari ke 14 hari. Bergantung kepada daya tahan setiap individu.

Tapi jangan ingat akan berakhir di situ sahaja, sebabnya kesan parut yang 'meriah' tu akan mengambil tempat untuk tempoh beberapa bulan.

"Tu la kecik kecik dulu tak kena campak, besar besar tua berjanggut baru nak kena campak"

Tahan jer la ayat klise tu setiap kali menerima pelawat :)

ilustrasi:poyo poyo test camera baru seminggu sebelum campak menyerang.

Tujuan posting ini dibuat adalah untuk berkongsi pengalaman dan sedikit petua yang diamalkan sepanjang 2minggu MC diserang pox tersebut. Lain orang lain petua, ikut serasi tuan badan la katakan.

Berikut adalah amalan yang dilakukan:

1. Mandi dalam tandas.
Rumah kampung tandas & bilik mandi asing asing. Kena mandi macam biasa dalam tandas. Tujuanya supaya pesakit tak rasa sakit sakit atau sengal badan. Kerana campak ni akan melemahkan seluruh badan. Mandi 3petang berturut sepatutnya. Tapi memandangkan tandas dan bilik air dalam proses menaik taraf, dapat mandi 2petang sahaja.
Apapun alhamdulillah, sepanjang demam tu badan tak sakit sakit atau sengal sengal.
Bagi aku, petua tu berkesan!
Wallahualam, Allah yang tentukan.

2. Jaga Makanan Dan Pemakanan.
Pesakit dilarang sama sekali makan makanan yang digoreng, ditumis. pendek kata elakan makanan yang dimasak menggunakan minyak.
Makanan berebus atau dibakar adalah pilihan yang ada. Selain makanan berminyak, makanan berasaskan telur, daging amat dilarang. Kerana makanan tersebut akan membuatkan rasa gatal dan demam lambat sembuh. Ada juga pendapat mengatakan daging akan menyebabkan campak menjadi bentan. ingat orang berkhatan je ke ada bentan!
Bentan maksudnya pengeluran campak tu akan terbantut, natijahnya segala bisa bisa campak akan berkumpul dalam badan dan dikhuatiri akan menjadi punca kepada penyakit lain yang lebih kritikal.

ilustrasi: hari ke 3 campak

3. Mandi dan mandi.
Ada pendapat kata orang campak jangan mandi, nanti lagi teruk.
Tapi aku mandi macam biasa je. Orang mandi campak ni lama, macam baru kenal cebuk, gayung, pili air. Amat berhati hati. Takut tersalah gosok nanti pecah campak yang belum matang. Logiknya campak tu satu kotoran atau air bisa, jadi kena la selalu mandi kan supaya kotoran tak melekat di badan. Waktu keringkan badan dengan tuala tu, perlu hati hati, kena lembut lembut. Slow and steady..

4. Sabun dan Shampoo.
Pastikan mandi tu bersabun. Jangan mandi koboi macam biasa tu. Sabun pulak mesti sabun terpilih. Apa yang aku pakai sabun baby. Ala macam jonson jonson, etc tu. Shampu perkara wajib setiap kali mandi, sebab nak buang kotoran di kepala.

ilustrasi: Hari ke 4. semakin kritikal. campak mengganas

5. Daun Semambu
Petua turun temurun, orang demam campak kena mandi bercampur air daun semambu. Ramas daun bersama air mandian, dan mandi sesedap rasa.
Bukan saja dibuat mandi, tidur pon berlapikan daun semambu. Mengikut petuanya daun ni menhilangkan rasa gatal dan merenyam. Pucuk daun pisang pon dipercayai mempunyai khasiat yang sama, tapi aku tak pakai pon.
Alhamdulillah dari awal demam sampai akhir tak rasa pon gatal gatal macam orang selalu gambarkan.

6. Daun Asam Jawa + Bedak Sejuk.
Dah habis sessi melawan gatal gatal campak, ramuan daun asam jawa yang telah ditumbuk halus amat mujarab untuk merawat ruam yang timbul tu. Tumbuk daun asam jawa sampai lumat, campur bersama bedak sejuk dan pakai.
Bila lagi nak pakai bedah sejuk putih melepak. Kalau tak demam jangan harap la nak pakai bedak sejuk. Macho konon.
Padahal daripada zaman nenek kebayan dulu lagi, bedak sejuk ni make up terbaik setiap malam untuk menghalus dan menggebukan kulit.
Tempek jangan tak tempek!! Best ooo..sejuk.

Ilustrasi: hari ke 4. Closed view

7. Jaga Jari dan tangan.
Yang ni sangat penting. Jangan la menggatal nak garu garu atau kupas bekas campak tu. Nanti parut sampai tua oo..Kuku tu banyak kuman, nanti makin teruk parut. Standard jerawat la. Jangan usik usik!

8. Air Hujan
Yang ini pantang terbesar hatta lepas baik demam pon. 2~3 bulan lepas demam tu jangan la main hujan. Bisa!
Titisan air hujan yang jatuh pada kesan campak tu boleh membuatkan kulit dan eperdemis pesakit berlubang. Parut sampai tua.


ilustrasi: Hari hari terakhir pulih dari demam. Hari diantaranya tu kritikal sampai tak larat bangun capai kamera.

9. Doa.
Ni perkara utama daripada yang paling utama. Banyak banyak la berdoa supaya tabah dan mampu menahan dugaan daripadaNya. Nabi pon kata setiap penyakit tu penghapus dosa. Masa terbaring tu, renung renungkan la dosa lampau yang sengaja dan tidak. Supaya selamat di 'sana' kelak.

catatan tambahan:
Campak ni ada pelbagai jenis. ada janis sekecil ruam hingga sebesarnya. Yang aku kena ni orang panggil pelentung. Yang paling dasyat. Setiap ruam yang tumbuh tu akan bernanah. Maka disinilah peranan besar daun asam jawa + bedak sejuk.
Tak sakit, tak gatal. mungkin tu side effect campak jenis pelentung. Apa pun sangat bersyukur sebab tak gatal gatal macam orang cakap.

Ketika posting ni ditulis, hari ke 18 campak. kesan peninggalan parut masih jelas kelihatan.
meriah sungguh parut tu.

ilustrasi: hari ke 18. Petua orang tua, lepas 21hari baru boleh buang/potong/cukur segala kuku/misai/janggut. Dah misai macam Sivaji The Boss.

*Air nyor / air kelapa perlu diamalkan selalu sepanjang campak tu. ada kata minum lepas abis campak, ada kata minum time campak supaya semua cepat keluar. wallahualam.
Sedap ooo demam demam minum air nyok!


Share/Bookmark

12 Response to Serangan Demam Campak

January 05, 2010

hahahaha!!!! kesian doo kena campak! aku dah pernah kena kecik2 dulu mmg huduh muka aku masa tuh (la ni pun huduh jugak)

tapi kira ok lah kena campak lambat laun parut tu slow2 fade away...

ada org (malas sebut nama) kawan kita kat seratas dulu cuba ingat!!! jerawat dia (bukan bekas sebab ia sedang dan terus berlaku so guna continuous) lagi meriah..muka jadi merah... kesian beb. lagi meriah dari kulit muka hang tika campak itu..

kenalkah siapa beliau?

January 05, 2010

oo syed, sempat lagi mengenang kisah lalu.
tak baik oo..kalu ingat pon buat buat lupa dah la.

meriahnya MC 2minggu.hahahah.

January 05, 2010

uish..dahsyat..aku kene dulu x dahsyat camni..aku dulu hampir x meninggalkan parut walopun kene dikala usia agak tua gak..hehe..

January 06, 2010

hasanah,patut la hang awek muda parut pon takut nak singgah.

mujur tak sakit/ gatal waktu kena tu,
ubat gatal doktor bagi pon xmakan. haha

January 06, 2010

gel meriah gile....
aku ingat campak biasa...
baik-baik jgn bg jangkit kat kak azan...


p/s:aku pon lupa aku dah kena campak lum..risau ni....

Anonymous
September 20, 2011

thanks for sharing the info..

posting ni bagus n membantu saya dalam menghadapi campak sekarang ni..

semoga usaha anda ini diberkati Allah.

(p/s : tak boleh blah tengok gambar hari ke 18 kena demam campak, misai bersepah.. hehe jgn marah eh.. tapi mmg nampak perubahan misai dari 1st day sampai hari 18. saya dan isteri tak berenti ketawa... anyway, thanks for the good post..)

Anonymous
October 17, 2011

syukur-syukur, kami sekeluarga beres belaka. semuanya masa kecik.

Anonymous
November 29, 2011

Askm.
Ramai masih keliru antara demam campak dan chicken pox (cacar air). Dua-dua ni penyakit yang berbeza.
Secara fizikalnya, campak tu ruam merah pada kulit sahaja manakala chiken pox tu biji-biji berair. Lanjut sila lihat link ni.

http://www.ciktom.com/perbezaan-penyakit-demam-campak-rubeola-dan-cacar-air-chicken-pox/

TQ

December 13, 2011

post ni dh bkurun...tp sy tgh mhdpi dmm cmpk skrg ni...br 1st day...waaaaa

Anonymous
April 08, 2012

Terima kasih atas tips2 yg berguna.. Saya skrg terlantar sakit chicken pox yg anda katakan pelentung, berair dan bernanah di seluruh muka.. Tersiksa tp mujur tak gatal sgt. Cuma demam panas utk beberapa hari mencecah 40 celcius..

April 12, 2013

thnks utk entry yg sgt bguna... hr ni 1st day sy kena.... hope bleh than la... doakan sy smoga sentiasa tabah hdapi dugaan chicken pox ni ea... smua ptua yg ad akn sy amalkan sbaik mungkin... thnks again...

June 27, 2013

thanx for sharing.. sy sdg mengalami campak hari ke-4.. muka dh x mcm org, mcm zomba je..huhu..nk cari petua camane nk kurangkan bijik2 yg pesat membangun kat muka ni..tp x jumpe pulok.. maybe air asam + bedak sejuk boleh cuba.

 
Blog Widget by LinkWithin

Copyright © 2009 Hidup Tanpa Penghujung All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Anshul Theme By- WooThemes