*Kredit Untuk Pemilik Asal*
Bismillahirahmanirrahim..
Semalam 19 oktober 2009 kali kedua aku didatangi seorang kanak kanak seusia belasan tahun.12 tahun.mungkin.
"Bang, mintak derma bang.10 ringgit untuk bantu anak-anak yatim."
"Bang tolong bang" tambahnya lagi.
Sebaik aku menoleh melihat wajah kanak-kanak tersebut, riak terkejut dan gelabah muncul di riak wajahnya.
"Adik ni yang abang jumpa hari khamis lepas kan?"
"Ustaz mana?" Ujarku lagi.
Semakin gelabah kanak kanak tersebut. Kalau tak salah ingat Khairul namanya.
Khamis lalu:
"Dah makan?" Ujarku.
"Mari makan dengan abang".
"Dah bang.tak nak makan"
"Ambil duit ni buat beli air"Ujarku.
"Tak nak bang,nak derma rm10."
Kira kira 10 minit kanak-kanak tersebut tercegat ditepi. Tidak akan berganjak selagi tidak ku beri rm10.
Aku toleh meliar kesekitar kawasan,mencari seseorang.
Pada hemat aku, mungkin ada 'seseorang' yang sedang memerhati kanak-kanak ini.
"Abang dah bagi kan duit minum tadi,baik adik pergi sekarang.atau abang panggil polis" Ujarku berlakon garang.
Semakin gelabah.Namun tetap tidak berganjak.
Itu cerita khamis lalu.
Cerita semalam,riak wajah anak kecil ini umpama melihat hantu sebaik aku menoleh kepadanya.
End.
Benarkah wujudnya sebuah pusat tahfiz bernama PUSAT TAHFIZ AMAL.
Beralamat di Kuala Kedah, Kedah Darul Aman.
Bagi kawan-kawan yang berda di Kuala Kedah tolong pastikan kesahihan pusat tahfiz amal ini.
Mungkin beribu orang diluar sana sudi menghulurkan bantuan kepada anak anak kecil ini (anak yatim), namun yang sering terlintas difikiran, adakah mereka diekploitasi.dipergunakan pihak tertentu.
Beberapa isu mungkin boleh dipertimbangkan:
1. Datang dari Kuala Kedah, merantau seluruh pelusuk negara mencari derma.
Duit minyak dan tol sahaja sudah melebihi kutipan derma.mungkin!
2. Ada kelulusan dari pihak berkuasakah? Mungkin mana mana kementerian terlibat.
3. Siapa nama pengetua? Printed signature wujud di resit derma.
4. Dan pelbagai lagi isu yang boleh difikirkan bersama.
Menyayangi anak anak yatim, amat besar pahalanya.
Mempergunakan hak anak anak yatim?
Sampingan:
Kalau digoogle PUSAT TAHFIZ AMAL ini, berderet entry yang berkanaan. antaranya:
http://shahrulazmi.blogspot.com/2009/08/pusat-tahfiz-amal-selling-posters.html
http://nahdah.wordpress.com/2008/09/08/misteri-pusat-tahfiz-amal-kuala-kedah/
http://nuriman.wordpress.com/2007/11/21/murid-tahfiz-disuruh-kumpul-dana/
http://sautuqalbi.blogspot.com/2009/06/pusat-tahfiz-amal.html
http://ittutor.net/forums/lofiversion/index.php/t31150.html
dan puluhan, malah ratusan yang lainnya.
(kredit untuk semua penulis asal)
29 Response to Pusat Tahfiz Amal
Assalamualaikum...
Guess what.. budak budak nie mengutip derma sampai ke Sibu Sarawak... I got the same thing yang u dapat.. the CD dan resit... dan dengan itu saya search the internet for the so called Pusat Tahfiz Amal. Mix feeling that i'm having now. Adakah tempat ini benar benar wujud dan mengapa mereka sanggup menghantar pelajar mereka mengutip derma sampai ke Sarawak... surely mereka mempunyai dana yang besar sampai dapat hantar student mereka ke Sarawak... Hmmm Wallahualam...
Waalaikumusalam..
tettyias,
untuk pengetahuan, saya ada berbalas email bersama seorang penuntut senior di tahfiz amal tersebut,
berikut adalah antara petikan 'perbualan kami':
------------------------
MOHD AZRI wrote:
> Asalamualaikum Saudara Tengku,
>
> Sdr ni pelajar (bekas pelajar) Pusat Tahfiz Amal ker?
>
> Boleh berkenalan,saya berminat untuk mendapatkan sedikit info berkenaan pusat tahfiz ni.
>
> terima kasih
Wa'alaikummussalam w.r.t.....
ya sy pljr pusat tahfiz amal.... dan masih study lgi kat pusat nie....
awk nak tahu info fasal apa???
progam yg sek sy buat...
aktiviti sek....
dll...
------------------------
MOHD AZRI wrote:
> Sdr Tengku, terima kasih atas reply anda.
>
> baru baru ini(sebenarnya telah berlualang kali berlaku sejak dulu lagi);
>
> saya didatangi kanak2/remaja yang mengutip derma.
> dari pengakuan dan dokumen yg dibawa,mereka menyatakan mereka adalah dari pusat tahfiz amal ni.mereka ini sentiasa berada di kawasan2 hentian petrol, RnR,kedai2 makan malahan di kaki lima dan pasaraya.
> Tujuannya ialah mengutip derma.
>
> Benarkah isu derma ini dimulai oleh pihak pengurusan sekolah.tanpa ada sebarang diskriminasi atau eksploitasi.?
> memandang kan isu ini telah lama berlarutan, saya terpanggil untuk mencari kebenaran disebalik semua rentetan aktiviti ini.
>
> kalu kita google atau search di internet,terlalu banyak petikan atau artikal berkenaan pusat amal tahfiz dan anak2 remaja ini.
>
> mohon penjelasan dari pihak saudara.
>
> bagi saya menyayangi anak yatim merupakan satu kewajiban dan perbuatan yg amat mulia.tambahan pula mereka belajar dijalan agama seperti yg diseru kpd kita semua.
>
> wassalam.
> terima kasih.
> saya menanti respon dari saudara.
>
>
hmm.. isu pasal kutip derma...
sek sy telah adakan satu progam khas
iaitu progam Kelab Usahawan Muda Pelajar Pusat Tahfiz Amal...JUALAN AMAL = membeli smbil menyumbang
dri ctu kami dpt mmpljri bdng perniagaan dri usia muda lgi..
kami bukannya mntk sedekah atau memnta drma ...awk nmpkkan kami bwk jualan brg2 yg kami twarkan contohnya kalender,minyak angin n cd lagu nasyid keluaran sek kmi...
dan dri hasil jualan itu kami sumbangkan kpd tbung dana kebajikan kursusnya anak2 yatim,fakir miskin, dan saudara yg baru masuk islam utk menampung kehdupan dioarang...
kami wat nie bukannya di paksa atau d prgunakan...
kami wat nie dgn rela hati.. krna ibu bapa kami yg benarkan
dan kami kuar dri luar sek g merata tmpt d bwh pengawasan cg. or warden yg memantau kmi....
oklah setakat nie sja bicara sy..
lau ada apa lg yg nak ditanya..
awk leh hubungi ayah sy
0194752050 (badren)
Assalammualaikum.....
-----------------------
saudara azri ada hubungi bapa pelajar tersebut????
apa pula kata dia???
sayab hairan, kalau sek ini salah mengapa masih belum ditutup...takkan kerajaan negeri tak ambil tindakan atau memang ada siasatan yg dh dibuat membuktikan sek ini tak bersalah, tapi mengapa tidak dihebahkan....????
yang lagi saya hairan mengapa banyak pihak menentang habis habisan sek ini sedangkan tidak pernah ada yang membantu mereka untuk membela diri...????
kalau di mahkamah sekalipun, kita dibenarkan membela diri...
pernah saya terbaca satu keratan akhbar mengatakan sebuah maahad tahfiz yg diarahkan tutup diputuskan tidak bersalah oleh mahkamah, malangnya artikel itu terlalu kecil sehingga saya tak perasan pun ada pada kali pertama saya membaca akhbar itu, yang saya kesalkan apabila mendakwa maahad tahfiz itu salah pihak akhbar mnyiarkannya seluas 3 mukasurat akhbar tetapi keterangan tidak bersalah hanyalah 1per sepuluh mukasurat....saya pelik melihat senario ini...rasa kasihan pula pada maahad tahfiz itu kerana akhirnya mereka tidak bersalah sedangkan sek itu telah ditutp sebelum mahkamah memberi keputusan, apa agaknya nasib pelajar2 disitu????
assalamualaikum
hari ini (18.10.2010) saya juga didatang oleh remaja untuk meminta derma. Bila saya tnya dia datang dgn siapa, katanya dengan ustaz , naik van. Dia beri saya resit dan CD sama seperti yg saudara/saudari bincangkan tadi.
Saya cuma berharap, pusat tahfiz ini benar2 wujud..dan wang didermakan digunakan untuk tujuan sewajarnya. Kerana kita sama-sama mencari rezeki yang halal di bumi Allah ini.
saya mula2 pun beri derma, sekali tu saya beli CDnya sebab budak tu kata dia berjualan untuk kelab usahawan sekolah. tapi disebabkan murid2 ni seolah-olah sentiasa ada di bangi (tak pasti budaknya sama atau tidak) saya mula berasa hairan. kerana, soalan cepu emas saya: tidakkah budak2 ini ada kelas sepertimana budak2 sekolah lain? bagaimana mereka boleh merantau jauh2 dan masih cukup masa untuk menghadiri sesi sekolah biasa? bagaimana boleh dibenarkan mereka tidak menghadiri kelas pembelajaran kurikulum sekolah biasa, hanya untuk aktiviti kelab usahawan? saya terasa tergerak nak tanya kepada wakil rakyat atau pihak berkuasa.
saya rasa tidak lagi akan beri derma kepada pusat tahfiz ini. jika nak bantu anak yatim, saya akan pergi ke rumahnya sendiri dan beri direct. terasa was-was sekarang.
Nuraini, Bangi
sy baru je bagi derma kat bebudak nie, seblom nie dah byk kali nampak tapi buat2 xlayan. tp lama2 rasa pelik jugak knapa dari dulu smpi skang pusat tahfiz nie duk kutip derma.
sy tanya bdk tue (umur 14 taun) brapa lama da mengaji tahfiz nie n brapa juzuk da hafal. katanya da 3 taun tp xhafal satu juzuk pon, baru hafal surah2 penting.
sy agak tkejut coz kalo tahfiz sy dulu 3 taun da boleh hafal 30 juzuk, kalo xdpt 3o juzuk pon at least 15 juzuk ke atas. nie da 3 taun tapi 1 juzuk pon xsmpi, apa yg dorang buat selama nie?????
sy tanya dia lagi utk apa kutip derma. budak tue kata dorang nak wat skol baru coz skol skang nie disewa. xtaw la btol ke x, sy pon pcaya la bulat2 apa yg budak tue ckp.
sy nasihat dia kalo nak hafal quran kena hafal btol2 n kena smpi 30 juzuk. pas bg rm10, dia ucap trima kasih n terus cium tgn sy.
blk je umah sy google nama tahfiz nie, btimbun2 isu dia. baru sy tau kebenarannya, dan skol dorang nie x menekankan langsung bab hafazan, tp lebih kpd menjual brg2 (e.g. cd, kalendar).
bg sy bnda nie mmg xmasuk akal langsung, nie bukannya melatih para pelajar menjual, tapi lebih kpd meminta sedekah dgn bertopengkan jualan.
pas nie mmg sy xmo bg sedekah langsung, ajak dorang gi makan lagi bagus. skurang2 nya perot dorang kenyang n duit tue sy tau x akan jatuh ke tgn org lain.
Saya pun pernah terjumpa seorang budak perempuan dari Pusat Tahfiz Amal ni di luar ATM Maybank di Kuala Terengganu. Oleh kerana saya berketurunan Cina, budak ni tak menghampiri saya lepas saya keluarkan duit di ATM. Kebetulan saya tengah tunggu kakak saya datang menjemput saya. Saya tgk org ramai tak endahkan budak ni jadi saya pun sapa dia. Saya tanya, derma ke? Dia angguk dan tunjukkan resit. Saya tanya berapa, dia kata RM10. Jadi, saya pun hulur RM10 kat dia dan ambil resit tu. Resit tu beralamat di Kuala Kedah. Jauh betul budak2 ni kutip derma. Harap2 jgn teraniaya sudahlah.
nampak sangat komen kat dalam ni semua tak paham tentang JUALAN AMAL. JUALAN AMAL ni adalah berbentuk jualan barangan dan hasil jualan akan di sumbangkan ke tabung sekolah bukan nya kutip DERMA! dah nama pun jualan so memang la dia sampai bila2. ape yang diorang buat ni semua adalah berbentuk "praktikal ekonomi" di bawah KELAB USAHAWAN SEKOLAH n yang terlibat dalam kelab ni bukan semua student tp yang berminat tentang pelajaran uasahawan sahaja. bagus nya ape yang diorang dapat dalam ni semua adalah secara PRAKTIKAL. Diorang berdepan terus dengan masaalah masyarakat sekarang ni n secara tak langsung akan mematangkan diorang dalam bidang peniagaan. memang lah nampak macam kutip derma tapi sebenar nya tidak sebab dilengkapi dengan barang jualan dan resit. so aku cadangkan pada korng semua cuba cari positif nya benda ni. setiap ape yang berlaku mesti ada hikmah nya. aku bagitau kat sini sebab aku dah lama perhati n buat kajian tentang diorang ni semua. aku dah pun pernah pergi ke sekolah diorang. sekolah ni lengkap segala kemudahan.tapi ape yang aku dapati student2 pusat tahfiz ni tak macam student biasa.. tahap kematangan diorang berbeza dengan budak biasa
nampak sangat komen kat dalam ni semua tak paham tentang JUALAN AMAL. JUALAN AMAL ni adalah berbentuk jualan barangan dan hasil jualan akan di sumbangkan ke tabung sekolah bukan nya kutip DERMA! dah nama pun jualan so memang la dia sampai bila2. ape yang diorang buat ni semua adalah berbentuk "praktikal ekonomi" di bawah KELAB USAHAWAN SEKOLAH n yang terlibat dalam kelab ni bukan semua student tp yang berminat tentang pelajaran uasahawan sahaja. bagus nya ape yang diorang dapat dalam ni semua adalah secara PRAKTIKAL. Diorang berdepan terus dengan masaalah masyarakat sekarang ni n secara tak langsung akan mematangkan diorang dalam bidang peniagaan. memang lah nampak macam kutip derma tapi sebenar nya tidak sebab dilengkapi dengan barang jualan dan resit. so aku cadangkan pada korng semua cuba cari positif nya benda ni. setiap ape yang berlaku mesti ada hikmah nya. aku bagitau kat sini sebab aku dah lama perhati n buat kajian tentang diorang ni semua. aku dah pun pernah pergi ke sekolah diorang. sekolah ni lengkap segala kemudahan.tapi ape yang aku dapati student2 pusat tahfiz ni tak macam student biasa.. tahap kematangan diorang berbeza dengan budak biasa
Salam, hari 22 May 2011 saya pun ada bg duit RM10 dan dpt resit yg sama mcm tu. Balik rumah saya google kewujudan pusat tahfiz amal ni.
salam,
saya juga tertanya2 ttg pusat tahfiz amal ini. baru mlm tadi saya berjumpa budak lelaki dari pusat ini. tak tahu selama mana dia mula mengutip derma ini sbb saya baru sahaja pindah ke bangi. budak ini ada di Bangi Utama/ Warta. saya tanya datang dengan siapa? katanya cikgu. tinggal kat mana? katanya di kota damansara. jauhnya...saya tanya, rumah siapa kat sana? katanya rumah transit. masa tu malam pulak tu. wonder nak kutip derma sampai pukul berapa?
Salam, saya ada upload video temuramah dengan kanak-kanak ini. Berikut adalah playlist di YouTube.
http://www.youtube.com/playlist?list=PLF78DC23E091F70AE
assalamulaikum
tadi saya pergi shell isi minyak past ade bdk pompuan tunjuk cd dan resit mcm yg korang citer kan tu.mcm korang jugak blk terus serach nk cari pusat tahfiz ni sb kesian tgk bdk tu tak bljaer ker asik wat jualan.samapi biler perkara ini berlarutan pihak mane yg bertanggunjwb utk selesaikan masalah ini.kesian kt bdk tu diorg ade hak utk belajo.kitakan 'satu malaysia'....utk pengetahuan semua saya berada di kuantan.
assalamulaikum
tadi saya pergi shell isi minyak past ade bdk pompuan tunjuk cd dan resit mcm yg korang citer kan tu.mcm korang jugak blk terus serach nk cari pusat tahfiz ni sb kesian tgk bdk tu tak bljaer ker asik wat jualan.samapi biler perkara ini berlarutan pihak mane yg bertanggunjwb utk selesaikan masalah ini.kesian kt bdk tu diorg ade hak utk belajo.kitakan 'satu malaysia'....utk pengetahuan semua saya berada di kuantan.
last week they have come in tanjung malim.(student tahfiz amal). i asked the student. 'kamu dapat kelulusan ke buat donation. and then student tidak mnjwab my answer. so i decide to give donations to him. i hope this student tahu utk mmbezakn mana baik atau sbliknya. sy confuse la bleh ke student buat kutipan derma walhal mrk still lg bljar(student....
saya juga di datangi seorang budak perempuan minta sedekah. saya bagi rm10 dan dapat resit sama macam yang tertera. saya pun tak tahu betul ke tak saya sendiri memang tinggal di kedah...
Asalamualaikum saudara sekalian, hari ini saya didatangi oleh seorang budak perumpuan yang berkata dia datang pusat tahfiz amal yan kedah, meminta derma, persoalanya adakah betul budak tu dari tahfiz atau ini sebahagian dari kerja sindiket?? tapi kesian betul tengok dia sorang2..harap2 dapat jumpa dia lagi..mustahil budak dari yan ada dekat rawang (selangor) semata2 nak minta derma??
a
ssalam...saya pun tak fikir panjang pulak semalam...fikir nak buat amal jariah jer...doakan yang terbaik untuk anak anak ini...Ameen...
a
ssalam...saya pun tak fikir panjang pulak semalam...fikir nak buat amal jariah jer...doakan yang terbaik untuk anak anak ini...Ameen...
Assalam, Mlm td, jam 8.30pm, depan Maybank Damansara Damai, Sg Buloh, seorang budak lelaki tuju ke arah saya, sy kata sebentar ..sy trus menuju ke Mesin ATM, sambil menekan ATM tu...hati ni terasa terkilan x dpt nak hulur bantuan pd budak tu.. (budak tu lbh kurang umurnya 14 thn... lembut, bersih betul mukanya) Kuar je dr maybank, saya trus p ke suami tnye ade RM x? Sbb kat tgn smua RM beso2... Suami kate x de... sy rs serba salah... seluk poket..tetiba ade RM10... Alhamdulillah sy trus p jumpa budak tu....n trus bertanya dr mane.. dan bla bla....
Balik rumah masih memikirkan psl kes sebegini... Esoknya sy call tmpt ni tp x berjawab... so cr kat internet.... dan sy pun bertnyer pd member len....
Sebenarnya budak2 ini bukannya meminta sedekah... mereka mmg diajar menjual...berdikari...Kebanyakan mrk adalah anak2 yatim... Sedar ataupun tidak, sbenarnya anak2 yatim yg ditmptkan di sini atau di mana2 shj...tidak dpt bantuan yg secukupnya....Adakah kerajaan memandang isu ini dgn serius.... Apakah tanggungjawab kite sbgi seorg muslim terhadap anak2 yatim???? Pusat tahfiz Amal ini mmg wujud... ianya bukan Sindiket,...ia adalah tmpt perlindungan bg anak2 yatim ini.... Sebenarnya anak2 yatim di malaysia ni bukannya mendapat perhatian yg sewajarnya. Bukan shj di Pusat Tahfiz AMAL ini saja yg tidak menitikberatkan pengetahuan akademik...malah ditempat saya di Kundang...ade kes sebegini... ade pengasas tp fasliti kurang memuaskan....mungkin mrk meminta sumbangan dari mana2 pihak tp sedikit sgt yg diperolehi...Bg menyelamatkan anak2 yatim ini.... mrk terpaksa melakukan aktiviti menjual produk untuk melatih anak2 ini berdikari... Bg mrk rezeki di tgn Allah... Ilmu akhirat mrk ttp ade wpun akademik mrk tidak perolehi.... Tp anak2 ini jauh lbh matang dr anak2 kite zaman skrg ini yg hanya menunggu utk kite menyuap mrk sahaja... Same2 kite pk2 kan bgmana utk atasi masalah ini...
Wallahhualam...
Assalamualaikum...discuss yg menarik. Untuk makluman pihak saudara saudari di sini, saya anak jati kedah yg tinggal tak jauh dari pusat tahfiz ni, alamat diaorang ni yg lebih specific ialah Jalan Batas Paip atau Simpang Kangkong. So, tahu la serba sedikit kisah pusat tahfiz ni. Dahulunya ia adalah sebuah sekolah agama rakyat (SAR) yg bernama Sekolah Menengah Agama Al-Falah. Mmg sekolah yg gah. "Malangnya", pada tahun 2003, kerajaan telah menyerap hampir semua guru2 SAR di negeri kedah sehingga sekolah ini dan seangkatannya tiada guru untuk mengajar. Dari 50-70 org guru tinggal berbelas org saja. Maklum la, gaji 300-500 sebulan, sudah tentu akan terima tawaran k'jaan yg beri gaji DG41 slepas tamat kursus di maktab2. Guru yg tinggal hanya mereka yg tidak cukup syarat penyerapan. Mmg azab pd masa itu, so...sy sendiri berhenti dari mengajar di kolej swasta yg gaji 1k+ apply kejer kat SAR yg menawarkan gaji RM350 sebulan, kerana kasihan..sbb sy pun bekas anak didik SAR dahulunya!!! Org kata sy buang ikhtiar. So, ada sekolah yg terpaksa ditutup ekoran dari pelajar dah lari ke SMK krn ketiadaan guru. Antaranya SAR Al-Fallah. Jadi, dari dibiarkan skolah tu menyembah bumi dimakan anai2, ada la pihak yg "memakmurkannya" sebagai Pusat Tahfiz Amal. Dah bertahun2 beroperasi, rata negeri ibubapa datang hantar anak. Walhal, saya sendiri pun heran dan pelik dengan pusat tahfiz ini dari sudut pengajian dan pengoperasian mereka. K'jaan negeri kedah pernah meminta mereka datang ke Majlis Agama untuk berbincang tp tiada jwpn. Mmg mereka mempergunakan anak2 kecil ini utk mencari sumber pendapatan. Bagi saya ia adalah satu kesalahan yg serius. Cari makan/duit kerja org dewasa, bukan tugas anak2 kecil yg dtg dari jauh utk menagih ilmu pengetahuan. Saya sendiri selalu sangat terserempak dengan mereka dan mmg saya akan menghulurkan wang krn kasihankan mereka...Yang paling ajaib, kegiatan pusat tahfiz ni mmg dah satu dunia tahu akan ‘ketidakbetul’ caranya, khususnya area berdekatan, tapi sampai sekarang mereka survive dan takder sapa2 pulak yg nak tahan/tangkap/lokap para pentadbirnya. Hmmm. Kesian kat budak2 tu. Ibubapa mereka tahu ke tak ntah la.
Nk je tengok muka para pentadbirnya..
Nak je tgk muka para pentadbirnya..
Pusat Tahfiz Amal.
Sering didatangi kanak-kanak yang membawa resit dan pelbagai jualan. Rakan-rakan lain didatangi dengan CD SM Amin. Saya pula didatangi dengan Minuman Herba Sakti SM AMIN.
Pusat Tafiz Amal ni byk dh dibicarakan dlm blog En Mazidul antaranya : http://www.mazidulakmal.com/2012/09/jom-bantah-for-sake-of-children.html
Salam, saya pun derma kat bebudak ni kat Tesco Ampang Kuala Lumpur pada 22 Nov, 2012 (Rabu). Tgh makan kat KFC, datang 2 orang budak bersongkok dgn bag, pergi satu meja ke satu meja. Saya nampak saya kesian, terus saya standby kuar note 10. Kononnya bila diorang datang kat meja saya, saya pun bagi je lah. Memang betul, salah sorang dari bebudak ni datang kat meja saya. Belum sempat nak hulur duit, datang Manager KFC cakap kat bebudak ni untuk kuar dari KFC dgn cara yang baik. Alamak.. lagi kesian saya tgk. Malas nk citer banyak, saya pun kuar ikut budak yang sorang ni dan terus menyapa, -Dik, ni ha akak derma- sambil hulur duit. Senyum budak tu, comel orang nya. Lps tgk dia happy, saya pun dengan selamba tanya, "Ni betul ke derma anak yatim? Jangan tipu tau, penat akak keje buat overtime sumer". Saya senyum + buat muka kesian sket (buat lawak). Budak ni senyum balik, tapi macam terkantoi sbb saya tanya direct. Dia pun balas, "Ye kak, betul. Nama saya sipolan, (terlupa). Tima kasih kak". Dia pas kat saya resit bernombor, alamat, no tel sumer ada, lps tu dia blah.
jadi, tu je la yang saya share kat sini. Saya ikhlas nk derma, saya bantu pun tak banyak, RM10 je. Kalau bebudak ni tipu, takpe la. Saya halal kan. Sama2 la kita doa pada Allah, agar bebudak ni selamat dan tak buat lagi keje2 macam ni. Amin.. Salam ;D
salam,
pengalaman sy dlm tempoh setahun terserempak pelajar maahad tahfiz ini.
kes 1)di R&R seremban.
budak perempuan sambil kunyah chewing gum meminta derma melalui suami sy yg menunggu sy habis solat disurau..selamba je mcm tk tau adab kunyah2 chewing gum tu..then dia minta derma dan bg air herba..bila ditanya tk beljar ke?dia jawab, dia kerja kt situ..erkk..muka cam 16 thun, pompuan pulak tu...
kes 2)R&R seremban lg...lorong ke surau.
skrip yg sama, tp yg ni lebih sopan penampilan.dalm 17 thun..perempuan jugak..muka baik je..tp tk jual apa2..nk bg resit je, sy tk ambil...
kes 3)restaurant GElas Besar selayang.budak lelaki 15 thun..pukul 11mlm..ingat dialog sbb time tu santai2 makan.
me:duk mana?
budak:Sri damansara
me:tgh2 mlm ni balik naik apa?
budak:ada van amik kejap lg.
me:buat keja ni, bila masa belajar?
budak:skrang ni cuti.
me:kpg halaman mana?
budak:Port dickson
me:kat mana.alamat apa?
budak:(diam..tk mo cakap..)..sy tk ingat sbb baru pindah..
me:ok..boleh bg akak no tel mak/ ayah?
budak:saya tk tahu..
me:erkk..pelik pulak..takan no mak/ayah tak tau.
budak:(geleng pala)
me:habis tu, kalau apa2 berlaku kat adik camna nk bgtau keluarga?
budak:tkpe, ustaz boleh uruskan semua..
me:sapa nama ustaz?
budak:ust hawarikh
me:hafazan sampai juzuk brpa dah?
budak:juz 3..
kesudahan dgn resit..tanpa brg dijual.
kes4)lokasi tk ingat sama ada R&R seremban or KFC Kl central.
skrip yg sama.budak lelaki..tk ingt dialog..tp sempat minta nama dia..Md Dehyak MD ZAKI..
kesudahan dgn resit..tak ada brg dijual..
kes 5)kfc R&R seremban..kol 10 lebih..budak perempuan dlm 14thun..
sy dah nmpak dia dr jauh yg singgah ke meja muslim yg lain..masuk je dlm kfc dia terus ke meja sblh saya..skrip yg sama(hafal sunggu) utk minta derma sambil pegang buku resit..this girl mcm berani je, padahal kecik je dia..then lps tu dia dtg kt saya dan skrip yg sama, sy tunjuk kt dia resit2 yg sy kumpul sama dak?dia angguk dan terus pegi..
byk lg insiden dl tempoh setahun je..byk nye berlaku dia R&R seremban sbb sy rajin balik kpg..kdg2 sebulan 2 kali...for sure mesti ada budak2 ni..
sian budak2 ni..ntah bila masa depa bljr..mostly ramai yg meminta2 dr jual brg..nabi mana ajar meminta2 ni..
ada jugak sy call pusat ni..tk ada pun org jawb..
macamana mngmt pusat tahfiz ni.?
sy terbca satu komen dr blog mazidul akmal..
"Azhar wahab adalah pemilik pusat tahfiz ini. Kini dia telah menggunakn nama SM AMIN dan memiliki empayar bisnez frm ladang sawit, perubatan tradisional and of course hasil derma yg kita sumbangkn..atas alasan utk sekolah...sila cek bangunan SM AMIN yg GAH dan Baru dibina di SHAH ALAM..si kaya raya ni serta 4 org isteri hidup mewah sedangkn anak2 yatim dan miskin dikerah kutip derma@ buat jualan amal...dimana logiknyaa? Ini bukan omong kosong tp fakta krn saudara saya adalah salah seorg ahli lembaga dlm company SM AMIN.. Di gelar YANG MULIA RAJA krn dikatakan dialah yg sepatutnya menjadi raja di sebuah negeri..apatah lg dlm setiap event besar company ini..akan kelihatanlah kerabat2 raja memenuhi meja2 VIP. Mungkin itu yg menjadi penyelamat kpd pusat tahfiz ini drpd siasatan pihak berkuasa. En Mazidul..anda boleh membongkar kes ini...kasihan anak2 ini yg ketinggalan pelajaran.. "
siapa tahu kesahihan komen ini?
Salam,
Sabtu lepas (26 Jan 2013), masa minum petang dengan kawan2 kat PapaRich Kuantan dekat Magamall, ada budak laki dari skolah ni datang mintak derma. Dia tanye nak resit ke tidak & nak tak cd lagu P.Ramlee yang supposedly diorang jual. Aku tak ambik cd, ambik resit je. & budak tu apparently dok hang out area PapaRich tu sampai malam (aku tau sebab aku pun lepak situ pun sampai malam :p).
Tadi aku call nombor kat resit tu sebab nak check tapi takde orang angkat jadi aku pun GOogle, memang rata2 cite sama je sume, sebijik macam yang korang dok cite sini.
Aku tengok balik # resit aku dengan resit kat blog ni, aku kira dah RM455,190 dah diorang kutip. #resit aku 093992. Tu tak termasuk yang diorang tak bagi resit..
Masa bagi tu aku dah suspicious dah tapi aku kira nak buat amal. Kalau pengetua dia ambik kesempatan kat budak2 tu untuk kayakan diri sendiri pepandailah dia jawab esok nanti.. Tapi aku lepas2 ni memang ikutkan xnak 'derma' dahlah kat diorang.
Baru je jumpa diorang mtk derma ptg tadi dpn maybank lipis...tgk resit pusat tahfiz amal..
Post a Comment