10 Jam Bersama PV3

Pernah dengar nama KD PERAK?
Bukan Kris Dayanti (KD) atau Kapal Dagang yer.

Sedikit info berkenaan KD Perak (dipetik dr internet)

KD PERAK merupakan Kapal Ronda Generasi Baru yang ke-3 ditauliahkan ke dalam TLDM selepas KD KEDAH dan KD PAHANG. Malah lebih dibanggakan kapal ini adalah merupakan kapal Patrol Vessel (PV) pertama yang pembinaan telah dilaksanakan sepenuhnya oleh Industri Pembinaan Tempatan iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) di Lumut, Perak
Patrol Vessel KD Perak

Alkisahnya, semalam 30 oktober 2009 aku berpeluang 'mengembara' sekitar laut china selatan bersama seluruh anak kapal.
Bukan jalan jalan makan angin, tapi jalan jalan menunaikan tugasan kerja.
Angin yang dicari,mabuk laut yang dapat!

PV Hangar.

Hampir sebelas jam berada di 'Main Control Room' memberi pengalaman baru. Mendengar deruan enjin memacu pergerakan kapal cukup mengujakan.

Paling mengujakan bila melihat shaft propeller sebesar tayar lori balak sedikit menggerunkan. Kelajuan shaft berputar ditambah keadaan kapal yang tidak seimbang memang cukup membuatkan lidah sentiasa mengucap panjang (padahal mmg digalakn sentiasa membasahkan lidah dgn zikrulllah kan)

Aksi Control Mabuk Laut

*to be updated


Share/Bookmark

2 Response to 10 Jam Bersama PV3

November 01, 2009

eh ...apa yg tersembunyi di sebalik baju kemeja ko tuh? seperti aku jugak...
perut kian tebal.
bahahaha..

November 02, 2009

syed, itu tandanya kita makin senior.
hahah

 
Blog Widget by LinkWithin

Copyright © 2009 Hidup Tanpa Penghujung All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Anshul Theme By- WooThemes