Begitu? Kenapa Bukan Begini

Peristiwa 1:
Kita berarak beramai membantah penubuhan sebuah kuil. Sesak!
Kita kalut membawa kain rentang dengan pelbagai istilah.
Kita sanggup menyembelih seekor lembu, dan berarak dengan kepala lembu tak berdosa.
Kita bertelagah antara dua pihak menyalahkan pihak lain dengan harapan memperoleh kredibiliti pemimpin!

Kita tak kisah masjid dan surau kosong.
Hanya imam dan tok bilal setia setiap 5 waktu.
Kita tak kisah anak muda termasuk bapak bapak dan mak anak anak muda berpelesaran ketika azan memanggil.
Kita leka berjemur di tasik klcc, sedangkan imam di masjid sebelah sudah mengankat takbir!
Masjid dan surau begitu indah, tapi tiada penghuni.
Kisahkah kita?

Peristiwa 2:
Cik, salah ni awak berniaga di kaki lima.
Ada lesen/permit berniaga?
Cik, kita terpaksa angkut gerai cik dengan lori DBKL kita yer.
Oii..nak berniaga pergi beli lesen la...
Yang berniaga kecil kecilan tepi kaki lima tu, peniaga berpendapatan tinggi ker?
Tidak!

Sudah lama bapak bisnes sini?
Enggak lama, baru 3penggal.
Bagus perniagaan bapak. Kasut ni kapan boleh siapnya pak?
Berlalu..

Peristiwa 3:
Sempena RMK ke 15 ni, kita kan tambah bajet sektor pengangkutan awan.
Kita bina aliran transit ringan.
Kita tambah highway putrajaya-KL.Lorong mesti 4.
Kesian orang bandar, sesak! Kita bagi rebat tol sempena merdeka.

Kampung Cengkudu, jalan nya masih merah. Sejak zaman Onn Jaafar lagi.
Felda Mawar, bas ke bandar hanya 2jam sekali.
Bas Rapid? Jagan haraplah.. Red & Yellow hanya,
Jalan 2 lorong hanya impian. Kalau berselisih, kena la 'go stan' dulu..

Peristiwa 4.
Hari ni menteri kita datang.
Rasmi sawah bendang baru dibuka.
Biasalah, menteri akan drive kabota atau traktor.
Traktor mesti bercat baru dan harum setidak tidaknya.

Nak ke dia drive traktor pak mat yang tak berbumbung ni?
Pacat lintah naik kaki oi..
Anak muda suka sangat temgok lintah naik kaki anak dara..

Peristiwa 5:
pakcik..tanah pakcik ni dah lama tak bayar cukai..
Cukai pintu 5tahun lepas mesti pakcik tak bayar lagi kan?
Ni tanah rezab kerajaan, salah pakcik tanam pokok durian kat sini.

Cantik rumah kongsi kamu?
Ya pak, selesa disini.
Air, elektrik percuma, kita cuma potong sambung wayarnya.


Share/Bookmark

1 Response to Begitu? Kenapa Bukan Begini

September 08, 2009

kerana hidup memang begitu & begini..=)

 
Blog Widget by LinkWithin

Copyright © 2009 Hidup Tanpa Penghujung All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Anshul Theme By- WooThemes