Entry Pendek

Kita manusia, bekerja siang dan malam. Seolah tiada esok. Mencari rezeki yang diberkati. Kadang kadang tetap tercalit nokhtah noda pada rezeki. Bukan tidak mengerti, kadang kadang tanpa kita sedari.

Kisah burung, keluar mencari rezeki setiap pagi, pulang kala terbenam matahari.
Pulang tanpa bekalan. Kerana esok masih ada.
Sedarkah kita, ketentuan rezeki seekor burung.

Manusia sentiasa rakus mencari 'rezeki'.
Tapi burung, wujud rezeki setiap hari.

Pagi: Terbang Pergi. Malam: Terbang Kembali.

Andai aku bersikap seperti burung.
Mampukah aku?

Yang benar aku sokong, tak kira siapa dan dimana.
Yang melencong tetap dibenci, tak kira apa dan bagaimana.

Demo ka, rusuh ka, hangpa punya pasal.
Selagi tak menyusahkan orang lain,--- for me; it's okay!

Kalau dah menyusahkan orang ramai, adakah itu perjuangan?
Menganggu suasana sejahtera, adakah itu satu perhitungan.

tak kira siapa kita, siapa anda, aliran mana
kalau menyusahkan orang, itu tidak patut!!

*nota: gambar dari google & isuhangat.


Share/Bookmark

No Response to "Entry Pendek"

 
Blog Widget by LinkWithin

Copyright © 2009 Hidup Tanpa Penghujung All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Anshul Theme By- WooThemes