Aku rasa bersalah..
Rasa berdukacita..
Memang dah plan dah..
tup..tup..
Memang nyata, kita hanya mampu merancang, dia menentukan segalanya.
Aku plan, 12 jun nak balik umah. Nak pi kenduri si sahabat nama sufian. Kononya nak jadi pak bentara, tolong tolong hidang ka, basuh pinggan ka, makan yang lebih banyak banyak ka..
Tapi..semua tak menjadi.
Untuk Mohd Suffian B Ramli, sungguh rasa bersalah sebab tak balik kampung pi kenduri hang untuk pertama kali ni ( xkan ada kedua ketiga keempat dan seterusnya ek.. :p.jgn menggatai tambah pencawang lain.)
Alkisahnya 5~7 jun aku memang balik kampung.
Sehari isnin kat opis. malamnya dapat sms dari adik aku bagitau wan(orang lain panggil tokwan, datuk etc.aku panggil wan) pergi mengadap Ilahi.
Jadi selepas sehari ja kat masuk opis, aku bergegas balik ke kampung yang baru ditinggalkan tak sampai 24 Jam.
Menguruskan segala keperluan dan apa yang patut, aku kembali ke opis hari khamis.
Dalam hati memang bergelora nak balik kampung balik, tapi apakan daya, kekuatan badan tak mengizinkan.
Penat yang amat sangat, buat rasa nak tertidor ja atas motor.
Dipendekan cerita, weekend hari kejadian, memang tak balik kampung merangkap pi kenduri Suffian Ramli dan pasangan.
Lambat ka, lewat ka, aku masih nak ambik kesempatan mengucapakan;
SELAMAT PENGANTIN BARU,
SEMOGA DIBERKATI DUNIA WAL AKHIRAH.
Yang pakai spek tengah tengah tu suffian ramli. berbaju putih Fazli Tarmizi. Keduanya sudah berpunya merangkap suami soleh.
cheers~~~
azri
No Response to "Untuk Pengantin Baru"
Post a Comment