Teruskan Berlari...
Terguling
Terlentang
Meniarap
Mengesot
Merangkak
Berjalan
Berlari
..terus berlari.
Kini kita dewasa.
Dewasa menyusuri liku liku kematangan
Adakalanya kita tetap tersungkur,
Tetap terjatuh
Namun kita terus bertatih
Adakalanya kita kembali berlari
Dugaan silih berganti,
Cabaran datang dan pergi,
Kaki ini tetap berlari.
Saat gembira menjadikan kita lupa kepada derita
Saat bahagia menjadikan kita lupa kepada si DIA.
Tiba derita hilang ketawa
Tiba sengsara hilang suka ria.
Namun DIA masih disitu untuk kita.
Lapangkah masa kita untuk si DIA
Yang pasti masa si DIA untuk kita sentiasa ada
Tanpa tercicir walau terpejam mata.
Cinta menjadikan kita alpa
Cinta membuatkan kita derita
Cinta merubah hidup kita.
Adakala....
Sayang menjelmakan cinta
Cinta menjanjikan rasa bahagia
Cinta itu tak kan pernah hilang
Kenapa?
Tatkala kita lupa,
Dia masih di situ.
Tatkala kita kembali mengingat
Dia masih disitu
Itulah cinta si dia.
Untuk diri ini,
Lapangkan lah masa mu untuk si DIA
walau seketika.
Kerana diri ini tidak boleh terus alpha.
Diri ini bukan abadi.
Kebolehan itu bukan hakiki.
Pinjaman sementara hang harus disyukuri
Bukan dikufuri.
Redha seadanya
Maaf setulusnya
Doa seikhlasnya
Hidup sepenuhnya.
Mati itu pasti
Sangat pasti
Oleh itu kenapa perlu kita mungkiri??
Bingkisan: Mohd Azri Bin Mohd Said
03 June 2009: 1145Hrs.
Pusat Latihan Perang Bersama
MINDEF, Kuala Lumpur
Jika esok masih ada....
Terguling
Terlentang
Meniarap
Mengesot
Merangkak
Berjalan
Berlari
..terus berlari.
Kini kita dewasa.
Dewasa menyusuri liku liku kematangan
Adakalanya kita tetap tersungkur,
Tetap terjatuh
Namun kita terus bertatih
Adakalanya kita kembali berlari
Dugaan silih berganti,
Cabaran datang dan pergi,
Kaki ini tetap berlari.
Saat gembira menjadikan kita lupa kepada derita
Saat bahagia menjadikan kita lupa kepada si DIA.
Tiba derita hilang ketawa
Tiba sengsara hilang suka ria.
Namun DIA masih disitu untuk kita.
Lapangkah masa kita untuk si DIA
Yang pasti masa si DIA untuk kita sentiasa ada
Tanpa tercicir walau terpejam mata.
Cinta menjadikan kita alpa
Cinta membuatkan kita derita
Cinta merubah hidup kita.
Adakala....
Sayang menjelmakan cinta
Cinta menjanjikan rasa bahagia
Cinta itu tak kan pernah hilang
Kenapa?
Tatkala kita lupa,
Dia masih di situ.
Tatkala kita kembali mengingat
Dia masih disitu
Itulah cinta si dia.
Untuk diri ini,
Lapangkan lah masa mu untuk si DIA
walau seketika.
Kerana diri ini tidak boleh terus alpha.
Diri ini bukan abadi.
Kebolehan itu bukan hakiki.
Pinjaman sementara hang harus disyukuri
Bukan dikufuri.
Redha seadanya
Maaf setulusnya
Doa seikhlasnya
Hidup sepenuhnya.
Mati itu pasti
Sangat pasti
Oleh itu kenapa perlu kita mungkiri??
Bingkisan: Mohd Azri Bin Mohd Said
03 June 2009: 1145Hrs.
Pusat Latihan Perang Bersama
MINDEF, Kuala Lumpur
Jika esok masih ada....
3 Response to Aku Berlari..
dirimu bagai usman awang atau azlina awang had? haha...puisi ke luahan hati??
diriku bagai A.Samad Said.
Luahan hati merangkap pesanan untuk diri sendiri.
Diriku begitu beharga~
ingatan dan pesanan yg sgt menyentuh hati...hohoho
Post a Comment