Nur Arissa dah genap 100 hari, jadi abah dan hidup tiga beranak. Dalam 100hari pertama ni macam-macam peel yang dia buat.
Nur Arissa dah pandai borak. Bila dia borak, abah rasa mengalir air mata. Rasa terharu dan gembira.
Dah pandai lawan cakap even tak paham sepatah haram. Lagi dilayan, lagi kuat dia borak.
Mesti jiran ingat aku pasang TV home teater loud speker.
Dia paling teruja bila tengok TV ada lawan-lawan. Tengok Merlin dengan Hawaii Five O memang dah jadi feveret. Sama naik suara dia dengan bunyi tembakan. Bila bab bulletin utama elok jer duduk kat riba, khusyuk, macam paham apa kamaruddin mape tu cakap.
Masuk 93hari Nur Arissa dah pandai meniarap. Jaga dari tidor, terus meniarap. Mimpi meniarap agaknya. Alhamdulillah, hati abah mana yg tak teruja dapat tengok anak dah pandai meniarap.
Tapi ada jugak peel yang buat abah dengan mama dia pening kepala. Tiap-tiap malam nak tidor mesti mengamuk sakan. Nak tidor atas dukung. Gilir-gilir, hari ni abah dodoi, esok nak mama pulak dodoi.
Apa perasaan bila anak peluk kita time dia tidor? Best kan!
Tiap tiap malam abah nak ajar Nur Arissa mengaji. Sekarang bila abah mengaji, dia dah pandai diam. Mata dia perati jer gerakan mulut abah.
Mama dah mula ajar dia dengan flash card. Ajar tentang warna. Dia nampak cukup teruja.
Abah doakan Nur Arissa membesar dengan sehat, ceria dah kuat.
Semoga Nur Arissa menjadi anak yang solehah dan abah mampu mencorak Nur Arissa dengan acuan yang baik.
Januari 2022
2 years ago
No Response to "20 Disember 2011 – 28 Mac 2012"
Post a Comment