Konklusi 2010

1. Sedar tak sedar tahun 2010 dah berada dihujung noktah.lagi kurang lebih 12 jam tahun 2011 akan menjelma. Bermula kembali aktiviti mengira tarikh "bila la nak sampai hujung 2011 ni..."

2. Masuk tahun baru,ramai la orang pasang pelbagai angan.aneka wish list dan sebagainya. Samada sekadar propaganda atau realiti terpulang kepada agenda masing masing.

3. 2010 memang menyimpan pelbagai kenangan,suka duka rintih tanpa bicara.ceewahh!!

4. Suku pertama 2010 menyasikan aku bertungkus lumus mengumpul modal untuk memperisterikan seorang gadis desa. desa sangat ker??? (,"). Siang malam bekerja berusaha memenuhkan tabung yang pasti tak akan penuh tu. Dalam suku ini,aku bergelar suami kepada seorang isteri.Tiada percikan bunya api bak SM nasimuddin & marion atau dr sheikh muzafar & dr.halina,tapi aku tetap gembira.!ya,aku sudah berpunya secara sah.

Tiada lagi gambar gambar berdua diluar nikah selepas ini.... :p

5. Suku kedua menyaksikan penambahan usia. rumah ka pi,kuboq kata mai laaa..... belajar mengenal erti kematangan dan kesabaran dalam menempuh kehidupan.

6. Akhir suku kedua menyaksikan sedikit peningkatan dalam kerjaya. Kewangan semakin positif ditambah kebetahan isteri mengawal selia urus rumahtangga.

7. Suku ketiga bermula dengan sedikit kekecewaan dalam kerjaya. Urusan kewangan menjadi kalut berkadaran dengan kegawatan ekonomi negara dan syarikat.

8. Setelah sekian lama sihat walfiat, suku keempat menyaksikan aku demam berpanjangan yang sentiasa ada pasang dan surut. Mujur ada isteri yang setia disisi menghulur bantuan dan kasih sayang.

9. Sepanajang 2010 ikatan kekerluargaan semakin kukuh dan erat. aku bahagia!

10. Penghujung 2010 membawa khabar ceria,aku ditawarkan bekerja di sebuah syarikat 'idaman'. Tidak di pohon,tapi rezeki datang bergolek. Syukur! Terima kasih ya allah.



Semoga 2011 membawa lembaran baru untuk kita semua. Rutin yang sama akan berulang dengan cara yang berbeza. kalendar yang sama dicetak dengan nombor yang berbeza.


Tiada yang ketara, cuma kita yang bakal menjadikanya BERBEZA...


Share/Bookmark

No Response to "Konklusi 2010"

 
Blog Widget by LinkWithin

Copyright © 2009 Hidup Tanpa Penghujung All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Anshul Theme By- WooThemes