Rumah Tolak Tangga


Pinjaman rumah 100 % untuk golongan muda

sumber.klik untuk selanjutnya

Kerajaan memperkenalkan 'skim rumah pertamaku' melalui Cagamas bagi membantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah.

Skim itu menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.


"Skim ini adalah untuk pembeli rumah pertama berpendapatan isu rumah kurang daripada RM3,000 sebulan," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini.

"Dalam kata lain, pembeli rumah mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahulun, seperti amalan lazim," tembahnya.

Pada masa yang sama, tambahnya, pembeli rumah pertama juga diberi pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus di atas surat cara pindah milik rumah yang berharga tidak melebihi RM350,000.

"Kerajaan juga mencadangkan pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus diberi ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi membiayai pembelian rumah pertama tersebut.


Sementara itu, perdana menteri berkata, kerajaan juga akan memperbaiki lagi syarat-syarat untuk pinjaman perumahan bagi kakitangan awam, dengan:

1. Membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik.

2. Menggandakan kadar pinjaman kepada RM20,000 berbanding RM10,000 untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi kumpulan sokongan dua; dan

3. Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini.

"Kesemua langkah penambahbaikan pinjaman perumahan ini akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.


Sumber:http://www.malaysiakini.com/news/145456


1. Terkebil-kebil seketika aku meneliti intipati bajet 2011 yang baru dibentangkan jumaat lalu.Langsung tiada point yang dapat menarik minat aku.

I am not interested at all. nothing to deal with me. ringkasnya,tiada yg relevan dengan aku.


2.  Suddenly aku terjengil kat satu word, RUMAH. yes!rumah. Barangkali ini yang paling related dengan pencarian selama ini.

la laa laaaa... rumah here i come!


3. 0% downpayment. menarik untuk orang tak berduit macam aku. maksudnya tak perlukan duit pendahuluan yang normalnya sebanyak 10%.

Banyak ke 10%.? Bagi aku agak sangat banyak. Bayangkan kalau nilai rumah RM 100,000.00, maka RM 10,000.00 cash diperlukan sebagai pendahuluan. Mana nak cari tunai sebanyak itu.!


4. Tapi harus diingat itu hanya pendahulan untuk harga rumah. Yuran lain nya seperti guaman, S&P dan lain lain perlu dilangsaikan. Secara rawak dalam jumlah RM3,000.00. yang ini, insyallah boleh diusahakan.


5. Pro & Cons. Bila pendahulan nya 'kosong' bermakna jumlah penjaman dengan bank semakin banyak. Banyak nya jumlah pinjaman berkadar terus dengan banyak nya 'bunga' yang perlu di jelaskan.


6. Harga rumah RM 100,000.00 genap. katakan bayar kepada bank RM 500.00 sebulan selama 30 tahun. Maka jumlah  bayaran kepada bank ialah 500*12*30=180,000.00.(kiraan jula juli tanpa guna kalkulator)

Wow! banyaknya.Pinjam RM100 dan bayar RM 180.


7. Sedar atau tidak 'harga rumah' tersebut ialah RM 180,000.00 dan bukan nya RM 100,000.00 seperti dalam iklan hartanah. 


8. We all are living in the capitilism world. this is where i live and where we belong to.


9. Mahu atau tidak, ini realiti yang perlu setiap daripada kita tempuhi jika ingin berumahtangga. Yes! I really mean 'rumahtangga'. tet****


10. Opsss..rumah ini tidak punya tangga..lalu apa namanya???


note:masih mencari rumah mampu milik idaman hati.

chiaaaww!



Share/Bookmark

No Response to "Rumah Tolak Tangga"

 
Blog Widget by LinkWithin

Copyright © 2009 Hidup Tanpa Penghujung All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Anshul Theme By- WooThemes