Aidilfitri dah sampai ke penghujung. Sekarang masa untuk adik-adik menduduki PMR dan SPM.
Ha! apa lagi, rajin rajin la baca buku.
Kat sini ada link untuk download koleksi soalan percubaan SPM negeri negeri seluruh malaysia. Klik dan download-credit untuk crazystuden00(SBPI Sabak Bernam)

Koleksi Soalan Percubaan SPM 2009

Buat Muhammad Aizat & Muhammad Nazmi- Rajin rajin buat latihan.
Selamat Berjaya!

Pusat Tahfiz Amal

Resit Dan Cd Yang Diperolehi Semalam


Kanak-Kanak Mengutip Derma
*Kredit Untuk Pemilik Asal*


Bismillahirahmanirrahim..

Semalam 19 oktober 2009 kali kedua aku didatangi seorang kanak kanak seusia belasan tahun.12 tahun.mungkin.

"Bang, mintak derma bang.10 ringgit untuk bantu anak-anak yatim."
"Bang tolong bang" tambahnya lagi.


Sebaik aku menoleh melihat wajah kanak-kanak tersebut, riak terkejut dan gelabah muncul di riak wajahnya.

"Adik ni yang abang jumpa hari khamis lepas kan?"
"Ustaz mana?" Ujarku lagi.


Semakin gelabah kanak kanak tersebut. Kalau tak salah ingat Khairul namanya.

Khamis lalu:

"Dah makan?" Ujarku.
"Mari makan dengan abang".

"Dah bang.tak nak makan"

"Ambil duit ni buat beli air"Ujarku.

"Tak nak bang,nak derma rm10."


Kira kira 10 minit kanak-kanak tersebut tercegat ditepi. Tidak akan berganjak selagi tidak ku beri rm10.

Aku toleh meliar kesekitar kawasan,mencari seseorang.
Pada hemat aku, mungkin ada 'seseorang' yang sedang memerhati kanak-kanak ini.

"Abang dah bagi kan duit minum tadi,baik adik pergi sekarang.atau abang panggil polis" Ujarku berlakon garang.

Semakin gelabah.Namun tetap tidak berganjak.

Itu cerita khamis lalu.

Cerita semalam,riak wajah anak kecil ini umpama melihat hantu sebaik aku menoleh kepadanya.

End.

Benarkah wujudnya sebuah pusat tahfiz bernama PUSAT TAHFIZ AMAL.
Beralamat di Kuala Kedah, Kedah Darul Aman.
Bagi kawan-kawan yang berda di Kuala Kedah tolong pastikan kesahihan pusat tahfiz amal ini.

Mungkin beribu orang diluar sana sudi menghulurkan bantuan kepada anak anak kecil ini (anak yatim), namun yang sering terlintas difikiran, adakah mereka diekploitasi.dipergunakan pihak tertentu.

Beberapa isu mungkin boleh dipertimbangkan:


1. Datang dari Kuala Kedah, merantau seluruh pelusuk negara mencari derma.
Duit minyak dan tol sahaja sudah melebihi kutipan derma.mungkin!

2. Ada kelulusan dari pihak berkuasakah? Mungkin mana mana kementerian terlibat.

3. Siapa nama pengetua? Printed signature wujud di resit derma.

4. Dan pelbagai lagi isu yang boleh difikirkan bersama.

Menyayangi anak anak yatim, amat besar pahalanya.
Mempergunakan hak anak anak yatim?


Sampingan:

Kalau digoogle PUSAT TAHFIZ AMAL ini, berderet entry yang berkanaan. antaranya:

http://shahrulazmi.blogspot.com/2009/08/pusat-tahfiz-amal-selling-posters.html
http://nahdah.wordpress.com/2008/09/08/misteri-pusat-tahfiz-amal-kuala-kedah/
http://nuriman.wordpress.com/2007/11/21/murid-tahfiz-disuruh-kumpul-dana/
http://sautuqalbi.blogspot.com/2009/06/pusat-tahfiz-amal.html
http://ittutor.net/forums/lofiversion/index.php/t31150.html

dan puluhan, malah ratusan yang lainnya.
(kredit untuk semua penulis asal)

2 Reader Responses:



tettyias said...

Assalamualaikum...

Guess what.. budak budak nie mengutip derma sampai ke Sibu Sarawak... I got the same thing yang u dapat.. the CD dan resit... dan dengan itu saya search the internet for the so called Pusat Tahfiz Amal. Mix feeling that i'm having now. Adakah tempat ini benar benar wujud dan mengapa mereka sanggup menghantar pelajar mereka mengutip derma sampai ke Sarawak... surely mereka mempunyai dana yang besar sampai dapat hantar student mereka ke Sarawak... Hmmm Wallahualam...

azri said...

Waalaikumusalam..
tettyias,

untuk pengetahuan, saya ada berbalas email bersama seorang penuntut senior di tahfiz amal tersebut,
berikut adalah antara petikan 'perbualan kami':

------------------------
MOHD AZRI wrote:
> Asalamualaikum Saudara Tengku,
>
> Sdr ni pelajar (bekas pelajar) Pusat Tahfiz Amal ker?
>
> Boleh berkenalan,saya berminat untuk mendapatkan sedikit info berkenaan pusat tahfiz ni.
>
> terima kasih
Wa'alaikummussalam w.r.t.....
ya sy pljr pusat tahfiz amal.... dan masih study lgi kat pusat nie....
awk nak tahu info fasal apa???
progam yg sek sy buat...
aktiviti sek....
dll...

------------------------
MOHD AZRI wrote:
> Sdr Tengku, terima kasih atas reply anda.
>
> baru baru ini(sebenarnya telah berlualang kali berlaku sejak dulu lagi);
>
> saya didatangi kanak2/remaja yang mengutip derma.
> dari pengakuan dan dokumen yg dibawa,mereka menyatakan mereka adalah dari pusat tahfiz amal ni.mereka ini sentiasa berada di kawasan2 hentian petrol, RnR,kedai2 makan malahan di kaki lima dan pasaraya.
> Tujuannya ialah mengutip derma.
>
> Benarkah isu derma ini dimulai oleh pihak pengurusan sekolah.tanpa ada sebarang diskriminasi atau eksploitasi.?
> memandang kan isu ini telah lama berlarutan, saya terpanggil untuk mencari kebenaran disebalik semua rentetan aktiviti ini.
>
> kalu kita google atau search di internet,terlalu banyak petikan atau artikal berkenaan pusat amal tahfiz dan anak2 remaja ini.
>
> mohon penjelasan dari pihak saudara.
>
> bagi saya menyayangi anak yatim merupakan satu kewajiban dan perbuatan yg amat mulia.tambahan pula mereka belajar dijalan agama seperti yg diseru kpd kita semua.
>
> wassalam.
> terima kasih.
> saya menanti respon dari saudara.
>
>
hmm.. isu pasal kutip derma...
sek sy telah adakan satu progam khas
iaitu progam Kelab Usahawan Muda Pelajar Pusat Tahfiz Amal...JUALAN AMAL = membeli smbil menyumbang
dri ctu kami dpt mmpljri bdng perniagaan dri usia muda lgi..
kami bukannya mntk sedekah atau memnta drma ...awk nmpkkan kami bwk jualan brg2 yg kami twarkan contohnya kalender,minyak angin n cd lagu nasyid keluaran sek kmi...
dan dri hasil jualan itu kami sumbangkan kpd tbung dana kebajikan kursusnya anak2 yatim,fakir miskin, dan saudara yg baru masuk islam utk menampung kehdupan dioarang...
kami wat nie bukannya di paksa atau d prgunakan...
kami wat nie dgn rela hati.. krna ibu bapa kami yg benarkan
dan kami kuar dri luar sek g merata tmpt d bwh pengawasan cg. or warden yg memantau kmi....
oklah setakat nie sja bicara sy..
lau ada apa lg yg nak ditanya..
awk leh hubungi ayah sy
0194752050 (badren)
Assalammualaikum.....
-----------------------