Aidilfitri dah sampai ke penghujung. Sekarang masa untuk adik-adik menduduki PMR dan SPM.
Ha! apa lagi, rajin rajin la baca buku.
Kat sini ada link untuk download koleksi soalan percubaan SPM negeri negeri seluruh malaysia. Klik dan download-credit untuk crazystuden00(SBPI Sabak Bernam)

Koleksi Soalan Percubaan SPM 2009

Buat Muhammad Aizat & Muhammad Nazmi- Rajin rajin buat latihan.
Selamat Berjaya!

10 Jam Bersama PV3

Pernah dengar nama KD PERAK?
Bukan Kris Dayanti (KD) atau Kapal Dagang yer.

Sedikit info berkenaan KD Perak (dipetik dr internet)

KD PERAK merupakan Kapal Ronda Generasi Baru yang ke-3 ditauliahkan ke dalam TLDM selepas KD KEDAH dan KD PAHANG. Malah lebih dibanggakan kapal ini adalah merupakan kapal Patrol Vessel (PV) pertama yang pembinaan telah dilaksanakan sepenuhnya oleh Industri Pembinaan Tempatan iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) di Lumut, Perak
Patrol Vessel KD Perak

Alkisahnya, semalam 30 oktober 2009 aku berpeluang 'mengembara' sekitar laut china selatan bersama seluruh anak kapal.
Bukan jalan jalan makan angin, tapi jalan jalan menunaikan tugasan kerja.
Angin yang dicari,mabuk laut yang dapat!

PV Hangar.

Hampir sebelas jam berada di 'Main Control Room' memberi pengalaman baru. Mendengar deruan enjin memacu pergerakan kapal cukup mengujakan.

Paling mengujakan bila melihat shaft propeller sebesar tayar lori balak sedikit menggerunkan. Kelajuan shaft berputar ditambah keadaan kapal yang tidak seimbang memang cukup membuatkan lidah sentiasa mengucap panjang (padahal mmg digalakn sentiasa membasahkan lidah dgn zikrulllah kan)

Aksi Control Mabuk Laut

*to be updated

2 Reader Responses:



SYED NAHAR said...

eh ...apa yg tersembunyi di sebalik baju kemeja ko tuh? seperti aku jugak...
perut kian tebal.
bahahaha..

azri said...

syed, itu tandanya kita makin senior.
hahah