MAT RANJAU

Untuk bekas pelajar SMS Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) pada era kegemilangan Pengetua Hj Mat Roli & yang sebelumnya, istilah ini memang cukup sinonim.

MAT RANJAU di sinonimkan dengan individu yang suka mengadu,mereport,mata mata gelap, pengintip, dan sebagainya. yang pasti, MAT RANJAU memang dipandang sebelah mata dan amat dibenci oleh sekalian penduduk asrama kecuali warga atau golongan MAT RANJAU tersebut sendiri.

Ntah kenapa, pagi ni, bila ternampak muka seorang hamba Allah ni, terus terdetik gelaran MAT RANJAU kat kepala aku.
Sah! Memang kategori & keluarga sejenis MAT RANJAU.
Dan yang paling ironiknya MAT RANJAU ni wujud di zaman aku meniti kerjaya.
Sedangkan dulu MAT RANJAU di zaman hingusan persekolahan yang telah ada titik nokhtahnya.

Ciri ciri MAT RANJAU amat mudah dikenali, antara keperluan menjadi MAT RANJAU ialah:

1) Anak mak

2) Anak Bapak

3) Makan bersuap, shitting* berbasuh

4) Ala ala baik dimata umum

5) Hilang/ghaib diwaktu yang tidak sepatutnya

6) Baik ada makna, cari 'lubang' tu..

7) Telinga capang (kalu dalam peribahasa: Telinga Kuali). Cukup aktive memasang lubang telinga sebesar2nya

8) Jeling jeling control

9) Datang, pergi, keluar, masuk berhantar dan berjemput

10) Aku yang memandang rasa cukup meluat!

Adakah kita/anda/aku/kamu tergolong dalam kesepuluh ciri tersebut.
Jika YA, anda tergolong dalam kumpulan MAT RANJAU!


Share/Bookmark

1 Response to MAT RANJAU

May 15, 2009

Oh, 1st time aku dgr term nih.
al maklum lah, bebudak sek. keb. tak pakai2 istilah mengarut mcm tuh. ahuahuahauhaua~

anyway, mat ranjau mesti x penah ponteng kelas kan? n mesti suka mengadu.. ;p

 
Blog Widget by LinkWithin

Copyright © 2009 Hidup Tanpa Penghujung All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Anshul Theme By- WooThemes