Aidilfitri dah sampai ke penghujung. Sekarang masa untuk adik-adik menduduki PMR dan SPM.
Ha! apa lagi, rajin rajin la baca buku.
Kat sini ada link untuk download koleksi soalan percubaan SPM negeri negeri seluruh malaysia. Klik dan download-credit untuk crazystuden00(SBPI Sabak Bernam)

Koleksi Soalan Percubaan SPM 2009

Buat Muhammad Aizat & Muhammad Nazmi- Rajin rajin buat latihan.
Selamat Berjaya!

WaniPesona


Tarikh: 20~21 disember 2008
Tempat: WaniPesona, Jelatek Bisnes Center
Perkara: Kursus Pra-perkahwinan Islam (JAKIM)

Aku termanggu sebentar. Macam tak percaya.!
2hari kursus telah selamat dilalui dengan sempurna. alhamdulillah.
Rupa rupanya penulis dah masuk ke fasa kedua merangkap wish lish 2009 onwards.

Mula menyimpan-Sudah bermula.done!
Kursus-Sempurna sudah.tunggu sijil dikeluarkan.done!
Calon-Sudah tersedia.

Dua perasaan yang ada ketika berkursus dan selepas berkursus. Teruja dan Takut.
Teruja?Faham faham la kan. :P
Takut?Begitu besar tanggungjawab seorang lelaki bergelar suami. Bukan sahaja pasangan kepada isteri, malah kekal sebagai anak seorang ibu dan bapa.

Bukan takut yang ingin penulis berkongsi dalam n3 kali ini, tapi berkenaan akidah.

Satu unit modul yang sangat menarik perhatian penulis ialah akidah.

Secara ringkas akidah terbahagi kepada 3:
1.Lisan
2.Perbuatan
3.Hati.

Perkara 1 & 2 amat mudah dikesan oleh mata kasar. Tetapi perkara ke-3 amat sukar dikesan hatta oleh tuan punya diri.

Bak kata ustaz penceramah, akidah kita sebenarnya semakin menurun ketika meningkat dewasa.
Contoh mudah berkenaan perkara fardhu ain.
Dulu semasa sekolah rendah kita hafal rukun iman,islam,nama malaikat,rasul,sifat sifat Allah, nama nama Allah.
Sekarang, cuba kita tanya diri sendiri adakah masih mudah untuk kita sebut semua itu?

Soalan mudah untuk menilai akidah diri sendiri:
1.Apakah rukun iman, islam?
2.Bilangan malaikat yang wajib kita beriman?
3.Bilangan nabi & rasul?

Jawapan kepada soalan tersebut:
1.6rukun iman+5rukun islam.benar.kita masih menyebut secara point2 seperti zaman bersekolah. Lagi manisnya (peningkatan akidah) sekarang kita sudah boleh menghafal hadis atau firman berkenaan rukun tersebut.

2.10 malaikat perlu kita beriman?salah!sama sekali salah.Jika kita percaya hanya 10malaikat maka akidah kita perlu diperbaiki. Malaikat yang perlu kita beriman tidak terkira jumlahnya.terlalu banyak. 10 itu hanyalah malaikat2 yang wajib kita tahu nama dan tugasnya kerana hanya 10 itu disebut dalam Al Quran.

3.25 nabi?25rasul?salah!25 itu hanya mereka yang wajib kita tahu namanya kerana ada disebut dalam Al Quran. 313orang?1400orang?14000orang?kita selidiki akidah dan kepercayaan kita.

Salah kepercayaan, secara ringkasnya terpesong akidah kita.

Jadi kepada bakal bakal suami/isteri malahan kepada kita umat Muhammad SAW khususnya, marilah kia renung dan tarbiah diri kita sendiri sebelum terlewat.

SEMALAM ADALAH SEJARAH
HARI INI ADALAH PENGALAMAN
ESOK ADALAH HARAPAN

Bisnes Madu Bermula

MADU LEBAH? MADU TUALANG?
ANDA SEMUA PASTI MENGETAHUI MENGENAI KHASIAT-KHASIAT MADU LEBAH.
TIDAK DAPAT TIDAK, MADU BEGITU SINONIM DENGAN MASYARAKAT KITA.

KINI TANPA PERLU BERSUSAH PAYAH, SEBOTOL(juga berbotol-botol) MADU
BOLEH DIHANTAR
TERUS KE PINTU ANDA
TANPA PERLU RISAU KOS PETROL ATAU KESESAKAN LALULINTAS YANG PERLU
DIHADAPI.

MADU ASLI DARI TANAH TINGGI CAMEROON HIGHLAND.
YA!! TERUS KE PINTU DENGAN HARGA YANG UHMMPPPHH!!

Harga sebotol kecil (500ml)
Madu Asli = RM 15.00
Harga sebotol besar (1Liter)
Madu Asli = RM 25.00

Harga sebotol kecil (500ml)
Madu Asli Tualang = RM 17.00
Harga sebotol besar (1Liter)
Madu Asli Tualang = RM 27.00

PENGHANTARAN TERUS KE PINTU JIKA ANDA BERADA DI KAWASAN DAMANSARA, KOTA DAMANSARA, PETALING JAYA,SELAYANG, BATU CAVE, KEPONG, DAN SUNGAI BULOH.

CAJ RM2.00~RM3.00 BAGI SETIAP PENGHANTARAN

"Satu sudu di pagi hari, aktif sepanjang hari"
"Satu sudu di pagi hari, wajah berseri-seri"

Azri Kembali


Alhamdulillah setelah hampir dua minggu penulis berada di kampung tercinta, semalam penulis telah kempali ke 'kampung' tanah tumpah di tengah-tengah kesibukan kota metropolitan Kuala Lumpur/Selangor.
Seminggu lebih berada di kampung memang merupakan satu kepuasan yang tiada timbang tara. Sesuatu yang tidak boleh di nilaikan dengan emas, duit dan harta benda di dunia.
Ketenangan & kedamaian yang dicari telah berjaya ditemui. Setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadratNya.
Ada dua perbezaan ketara diantara dua kampung penulis; tanah tumpah darah di kl dan tanah tempat membesar di gerik tercinta. Dua darjat yang sungguh berbeza. Dua situasi yang jarang menemui titik nokhtah. Dua dunia yang seolah olah terpisah.

Kepada kawan-kawan yang selamat melangsungkan perkahwinan, berkhatan, bertunang dan sebagainya, sekalung tahniah penulis ucapkan. Walaupun jasad di kampung, jiwa tetap bersama kalian disana.

10 hari yang akan tiba betul betul menguji kesabaran penulis. Kerana selepas 10 hari berikutnya, penulis kan kembali ke kampung selama seminggu dengan misi dan visi yang berbeza. Sungguh!sungguh! Bulan disember memang mengujakan. Bulan untuk bercuti.

Selamat bercuti kepada yang bercuti. Kepada yang tidak bercuti kerana kehabisan cuti tahunan, teruskan usaha anda.

Selamat berjaya untuk semua!!

Koleksi Gambar Wang Ringgit Malaysia yg Dah takde sekarang!

Hari ini penulis nak membawa semua pembaca kepada zaman zaman terdahulu.
Memandangkan ekonomi dunia dilanda krisis, sama samalah kita menjamu mata dengan 'notes-notes' lama duit Malaysia.
Enjoy!!

RM1000 1989

RM500 1989

RM20 1989


RM50 1998

RM1 1972-76

RM1 1976

RM1 1976-83


RM10 1976


RM1 1981-1983

RM1 1986


RM1 1989
RM5 1986 & 1989 (Tiang bendera Bentuk Salib)

Lihat gambar tiang bendera kat belakang wang Rm5 ni. Ada khabar angin pada masa tu yang kononnya kerajaan tarik duit jenis ini kerana bentuk bendera yang berbetuk Salib.

Ini pula adalah wang 1 Dollar North Borneo (Sekarang negeri SABAH) pada 1927..

CUTI CUTIAN

Yeaargghhhh!!!!
Tidak sabar rasanya hendak pulang bercuti cutian.
Seperti biasa macam tahun lepas, bulan disember merupakan bulan bercuti.
Banyak cuti umum, banyak annual leave yang berbaki, maka bercuti-cutian lah sepuas puasnya.

Jadi kepada yang berkenaan sepanjang bercuti-cutian, I am not available at all~~~ (,")

Tinggalkan sms atau pesanan suara anda di talian hayat saya.


Lambaian Baitullah

Bismillahirahmanirrahim-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah,Petang sabtu semalam kurang lebih jam 4.48petang, kami selamat tiba di rumah pengantin perempuan di Senawang, Negeri Sembilan.
Pasangan mempelai (mimie & azlan) begitu cocok mengenakan pakaian coklat sedondon bercatahkan tengkolok dan 'crown'.

Semoga mahligai bahagia kalian kekal ke akhirat.


Farhana-Mimie-Azlan

Tepat jam 6.00petang,kami bertolak kembali ke KL.
Setelah selesai tuntutan wajib, perjalanan diteruskan ke Komplek Tabung Haji di Kelana Jaya.

Masyallah, betapa teruja nya rasa bila berada di dalam lautan manusia atau lebih tepat lagi jemaah jemaah yang bakal menjadi tetamu Allah.

Bagi penulis ini merupakan satu kenangan manis yang bakal dikenang sepanjang hayat, memandangkan inilah kali pertama penulis merasai suasana lambaian kaabah.

Buat Pak Ngah dan Mak Ngah saya doakan kalian selamat pergi dan tiba dan segala amalan diterima dan mendapat haji mabrur yang utamanya.

Pak Ngah, Mak Ngah & Keluarga
Rasa terharu melihat sesak tangis para jemaah dan ahli keluarga.

Pelukan erat yang menunjukan betapa cinta dan kasihnya akan setiap insan yang bergelar keluarga.

Dalam diam satu niat terencana. .

Semoga niat itu dapat dilaksanakan dan dipermudahkan hendaknya.

Suasana sesak di Komplek Tabung Haji

Bagasi Para Jemaah Yang Siap Disusun Atur

'Protokol' Bagasi Yang Perlu Diikuti

Suasana di pintu masuk komplek

Para Jemaah Menunggu Giliran Untuk Sessi Taklimat

Peluang terakhir untuk melihat ahli keluarga sebelum sessi bermula tepat 930malam

Penulis Berlatar Belakangkan Ruang Bagasi
Setelah tamat sessi taklimat terakhir daripada pihak pengurusan Tabung Haji, Jemaah akan dibawa menaiki bas ke KLIA.
Ini merupakan penerbangan jemaah Malaysia yang ke 92 daripada 95 penerbangan keseluruhannya.
Semoga perjalanan para jemaah dilindungi dan diberkati.