Azri Kembali


Alhamdulillah setelah hampir dua minggu penulis berada di kampung tercinta, semalam penulis telah kempali ke 'kampung' tanah tumpah di tengah-tengah kesibukan kota metropolitan Kuala Lumpur/Selangor.
Seminggu lebih berada di kampung memang merupakan satu kepuasan yang tiada timbang tara. Sesuatu yang tidak boleh di nilaikan dengan emas, duit dan harta benda di dunia.
Ketenangan & kedamaian yang dicari telah berjaya ditemui. Setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadratNya.
Ada dua perbezaan ketara diantara dua kampung penulis; tanah tumpah darah di kl dan tanah tempat membesar di gerik tercinta. Dua darjat yang sungguh berbeza. Dua situasi yang jarang menemui titik nokhtah. Dua dunia yang seolah olah terpisah.

Kepada kawan-kawan yang selamat melangsungkan perkahwinan, berkhatan, bertunang dan sebagainya, sekalung tahniah penulis ucapkan. Walaupun jasad di kampung, jiwa tetap bersama kalian disana.

10 hari yang akan tiba betul betul menguji kesabaran penulis. Kerana selepas 10 hari berikutnya, penulis kan kembali ke kampung selama seminggu dengan misi dan visi yang berbeza. Sungguh!sungguh! Bulan disember memang mengujakan. Bulan untuk bercuti.

Selamat bercuti kepada yang bercuti. Kepada yang tidak bercuti kerana kehabisan cuti tahunan, teruskan usaha anda.

Selamat berjaya untuk semua!!


Share/Bookmark

No Response to "Azri Kembali"

 
Blog Widget by LinkWithin

Copyright © 2009 Hidup Tanpa Penghujung All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Anshul Theme By- WooThemes