Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat pembaca budiman.
Sungguh lama penulis tidak berkesempatan untuk 'membebel' di ruang blog ini. Dengan faktor kesukaran mencari masa lapang atas faktor kerja dan akses internet yang terhad maka sekian lama blog ini menyepi tanpa sebarang entri yang baru.
Hari ini penulis nak berkongsi/membebel berkenaan motivasi diri. Berkenaan Ular.!
Sedarkah kira dalam diri setiap daripada kita wujudnya seekor ular malahan ada yang mempunyai berekor-ekor ular. Anda Terkejut???
Ya!Benar ada ular didalam jiwa dan pemikiran kita (dipetik daripada Dr. Tuah Iskandar).
Kita & Ular dikaitkan dengan perasaan TAKUT, GELI, MEREMANG BULU ROMA, FOBIA dan sebagainya..Ramai orang takutkan ULAR termasuk diri penulis sendiri.
Sedarkah kita sebenarnya seekor ULAR turut takutkan seseorang yang bergelar MANUSIA.
Manusia mempunyai banyak kelebihan anggota. Leher untuk menoleh, dua mata di hadapan kepala, dua tangan & kaki serta minda dan akal yang tajam! Nah!itu bukti manusia mempunyai kelebihan dan kuasa berbanding ULAR.
Pernah dengar kisah gadis/kanak-kanak/ahli silap mata bermain/tidur/makan/tinggal bersama ULAR?
Terpikirkah kita kenapa insan-insan sebegini begitu berani bermain/berkawan dengan ular.
Jawapanya hanya satu: Psikologi Minda.
Tiada perasaan TAKUT & GELI.
Anda tahu apa itu EMAS?
Bila disebut emas antara kita pasti akan terbayang kemewahan, kekayaan, kecantikan dan sebagainya..Segalanya positif.
Bila disebut Ular...KETAKUTAN, KEGELIAN segera terbayang.
Sedarkah kita bahawa perasaan ini telah ditanam sejak kita kecil lagi. Lama kelamaan perasaan itu akan tersemat dihati dan terlalu sukar untuk merubah definisi seekor ULAR dan sekalung EMAS.
Sebuah cerita untuk tatapan:
Seorang pengambara British bernama Martin Frobisher mencetuskan demam emas di England pada 1578 dengan membawa 20tan bijih timah dari sebuah kepulauan.Persiapan segera dibuat untuk kembali melombong lebih emas di pulau tersebut. Mereka sudah terbayangkan kemewahan dan kekayaan tetapi selepas diperiksa dengan teliti, rupa rupanya logam yang disangkakan emas itu adalah sejenis besi kuning. Besi itu kemudian dilebur dan digunakaln untuk membaik pulih keadaan jalanraya.
Cerita Kedua:
Tahukah kita sebelum Sepanyol menakluk Amerika Selatan, orang Inca(penduduk pribumi) tidak mempunyai bekalan besi. Untuk itu mereka menggunakan emas untuk membuat paku, sudu, garfu, sikat dan pelentik bulu mata.
Nampakkah kita, psikologi manusia masih boleh diubah meskipun sinonim manusia geli dan takut dengan ular, sebagaimana sinonimnya masyarakat Inca terhadap emas hinggakan mereka membuat paku, sudu, garfu, sikat dan pelentik bulu mata daripadanya.
Kita boleh membentuk psikologi diri jika sedar akan hal ini.
Nota Jalanan:
Ular yang dimaksudkan oleh penulis adalah sifat negatif di dalam minda setiap individu.
Pandangan terhadap seekor Ular dapat diubah sekiranya minda dan psikologi yang positif dapat dibentuk..
Renung renungkan lah bersama..
(segala tulisan diulas daripada Membina Personaliti Terbilang- Dr Hm Tuah Al Haj)

1 Response to Membunuh Ular Di Dalam Minda
ular sudah membelit aku
Post a Comment