Hari ni semua orang hebat memperkatakan tentang DEBAT malam tadi. Mana tak nya dalam keadaan perkembangan ekonomi dan politik yang bergolak sudah pasti rakyat mahu mencari dan mengetahui ketelusan setiap perkara.
Malam tadi lepas main badminton dengan kawan-kawan office, kelam kabut aku balik semata-mata nak tengok detik bersejarah ni. Sekali terlewat sampai la. 910 malam baru sempat mengadap TV9.
Sepanjang debat tersebut,berikut adalah ulasan peribadi aku (note that aku bukan la pro kepada sesuatu parti. apa yang dicari hanyalah ketelusan dan keikhlasan pemerintah)
Semangat betol kawan-kawan kita ni
Anwar & Shabery mengatasi kesedapan sup tulang makcik bedah
Anwar & Shabery mengatasi kesedapan sup tulang makcik bedah
1. Anwar nak RM 5 billion...adakah itu susah untuk kerjaan dapatkan berbanding penyelewengan perjawa steel??
2. Dengan RM 5 billion itu, RM 0.50 sen dapat diturunkan
3. Pakatan Rakyat TIDAK pernah menjanjikan penurunan RM 0.50 sen jugak dalam manifesto sebelum Pilihanraya Umum lalu....Harap pihak2 berwajib semak la semula manifesto PR yerk sebelum berhujah kosong mcm shaberry
4. Pakatan Rakyat tetap berjanji turun RM 0.50 sen, dari KERAJAAN BN dan UMNO yang turut berjanji kenaikan harga minyak dunia tak da effect kat government oleh Mohamed Yaakob (Menteri Kwngn II)....So, maner JANJI kerjaan untuk ini???Tetapi PR tetap janji untuk turunkan harga minyak....
5. Pakatan Rakyat TIDAK menolak bahawa kerajaan menaikkan harga minyak, YANG PR tolak adalah kenaikan itu dilakukan dengan MENDADAK.
6. DSAI berulang2 kali menyatakan bahawa PR bukan nak ambik duit petronas, yang pakatan rakyat nak amik duit adalah duit yg SEDIA ada diberikan petronas kepada kerajaan...Itu pun shaberry susah nak faham ker???BUKAN NAK AMIK DUIT PETRONAS, TETAPI NAK MANAGE DUIT PETRONAS YANG SEDIA ADA DIBERIKAN OLEH PETRONAS KEPADA KERAJAAN.
7. Kepada Nordin , pi bukak kitab balik sebelum datang debat...wat malu jerk....IPP pun tak tahu ker ada kaitan dgn petroleum...sakit jiwa aku la..
8. Kepada shaberry plak, anwar langsung TAK USIK peeribadi engkau...kecuali Semangat 46 kau tuh...1 tuh jerk...tapi engkau usik peribadi si Anwar tuh tak silap perkiraan aku ader dalam nak dekat 20 la....bengap ker aper??
9. Kenapa semua nak kecam anwar dengan IMF???Anwar dah bgtau dah, tuduhan/ fitnah itu masih diteruskan sedangkan dier boleh berikan penerangan tentang aper yg berlaku antara dier dgn IMF...dier pun kater dier tak da kaitan...Ini lah masalah BN dan UMNO yg suka memutarbelitkan isu
10. Aper la shaberry nie tergagap-gagap dan hilang punca...
Bagi aku tak kira lah siapa pon di pihak kerajaan, kepentingan rakyat adalah perkara utama.
seperti mana 'Tagline' yang dibangga-bangga kan
"Berkhidmat Untuk Negara"
wallahualam
No Response to "Antara Dua Darjat"
Post a Comment