Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
(hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada
Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana
mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati
dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas
cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia
bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya
kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam
kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya
bergantung bagaimana kita melihatnya.
Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan
secara rahsia supaya tidak seorang pun yang
mengetahuinya kerana nasihat yang disampaikan
di hadapan khalayak ramai itu bukanlah teguran
atau nasihat melainkan suatu kecemaran yang
memalukan
Kalau rajin... Tolong sebarkan maklumat ini
kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar
menjadi renungan dan pelajaran kepada kita
semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu
amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal
dunia...
Januari 2022
2 years ago
No Response to "MANUSIA DAN KEHIDUPAN"
Post a Comment