Hukum mengucapkan Merry Christmas

______o00o'(.)(.)'o00o_______
Hukum mengucapkan Merry Christmas kepada teman-teman kita yang beragama Kristian adalah Haram lagi Syirik. Ia lebih besar dosanya daripada menyuruh orang berzina, minum arak, membuka aurat, main judi, membunuh dan sebagainya. Ini adalah kerana dosa syirik adalah dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah jika seseorang itu mati sebelum sempat bertaubat daripada dosa syiriknya.

Bagaimana mengucapkan Merry Christmas boleh menjadikan kita syirik? Kita tahu bahawa agama Christianity adalah agama yang batil (salah) lagi sesat kerana mempertuhankan manusia dan rasul yang bernama Isa yang mereka sebut sebagai Jesus Christ. Ada pula yang mempertuhankan ibunya, iaitu Maryam. Mempertuhankan seseorang ada banyak cara, samada dengan jelas menyembahnya atau dengan takut kepadanya atau dengan mengharap dan meletakkan sandaran kepadanya, atau ghalu (melampau) dalam menyanjungnya dan sebagainya. Jadi, agama Christianity adalah agama syirik, agama yang bukan sahaja menduakan Allah, tetapi mentigakan Allah dengan ajaran Trinity mereka yang mengajarkan konsep the Father, the Son and the Holy Ghost atau Holy Spirit.

Nah, hari Natal atau Christmas adalah hari keagamaan mereka, syiar dan lambang kegembiraan mereka. Ia adalah perayaan yang ada sangkut paut dengan agama sesat ini. Mengucapkan Merry Christmas memberi implikasi bahawa kita menyuruh atau menggalak atau memberi perangsang kepada orang Kristian supaya terus sesat dan menyesatkan. Ucapan Merry Christmas mempunyai unsur-unsur redha dan rela dengan kesyirikan yang mereka lakukan, atau yang mereka percayai atau yang mereka yakini, sekaligus memberikan kesetiaan kita kepada Bibel yang mereka anggap sebagai wahyu!

Apa yang perlu kita buat bila teman kita berikan kita hadiah Christmas? Ambil sahaja sebagai suatu kurniaan Allah kepada kita. Kalau ianya makanan yang halal, makanlah. Kalau benda yang baik, gunakanlah. Kalau tidak halal, buang sahaja. Ini bukan membazir. Sebagai contoh, memakan daging babi diharamkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan Al-Quran tidak mengharamkannya untuk orang Islam sahaja, tetapi untuk manusia secara umum. Jadi, kalau hadiah makanan itu tidak halal, buang sahaja. Kita tidak perlu membalas kembali pemberian itu. Kita pun tidak meminta diberikan sesuatu, jadi mengapa mesti kita terasa perlu untuk membalas kembali? Kalau ingin berikan hadiah sangat, berikan pada kesempatan yang lain yang tidak ada kaitan dengan hari kebesaran mereka atas dasar persahabatan biasa. Kalau teman Kristian kita mengucapkan Merry Christmas, cukup kita senyum sahaja dan tidak perlu membalas ucapan itu dengan kata-kata "same to you" atau yang senada atau yang sewaktu dengannya; kerana membalas kembali memberi implikasi yang telah kita bincangkan tadi. Senyuman kita itu pun bukan kerana gembira kepada Christmas itu, tetapi kerana kita telah diberikan rezeki oleh Allah yang memang patut kita bergembira dan tersenyum.

Kalau mengucapkan Merry Christmas sahaja adalah haram, apatah lagi bersuka ria dan berpesta menyambut Christmas? Apatah lagi menghias pokok Christmas dan sibuk-sibuk di situ? Tidak cukupkah dengan Idul Fitr, Idul Adha dan hari Jumaat yang Allah telah kurniakan kepada kita sebagai Hari Raya? Wajarkah kita hapuskan pahala ibadah puasa kita dengan kesyirikan yang amat tidak terasa itu? Dalam hadith sahih disebutkan bahawa syirik itu adalah seperti seekor semut hitam berjalan di atas batu yang hitam di malam yang gelap gelita yang berada di belakang kita. Begitulah hakikat syirik, tidak terasa kehadirannya, tetapi berbahaya untuk dunia dan akhirat kita. Sesungguhnya mengucapkan Merry Christmas adalah aqidah yang berlaku setiap hujung tahun yang menghapus amalan ibadah kita sepanjang tahun itu dan jika ia tidak diiringi dengan Taubat Nasuha, bererti amal ibadah kita selanjutnya adalah null and void kerana dilakukan oleh orang-orang yang sudah rosak aqidahnya.

Jadi, ucapan mudah dan ringan seperti Merry Christmas ada kuasa untuk menghapuskan keimanan kita sepertimana ucapan dua kalimah syahadah mempunyai kuasa untuk menjadikan kita orang yang memeluk Aqidah Tauhid. Beza antara keduanya ialah, ucapan Merry Christmas menghancurkan keimanan dan membawa kepada kemurkaan Allah manakala kalimah syahadah membawa keredhaan-Nya.

Firman Allah di awal Surah Al-Kahfi yang bermaksud: Segala pujian bagi Allah yang telah menurunkan Al-Kitab (Al-Quran) kepada hamba-Nya (Muhammad) dan tidak menjadikan baginya sesuatu kebengkokan. (Diturunkan) untuk memberikan peringatan mengenai siksaan yang keras dan berat dari sisi-Nya dan untuk memberikan berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang beramal soleh bahawa bagi mereka pahala yang baik (Syurga). Mereka tinggal di dalamnya (Syurga) selama-lamanya. Dan untuk memberi peringatan kepada mereka yang berkata Allah telah mengambil seorang anak (eg. Christians). Tidak ada bagi mereka dengan kata-kata itu daripada ilmu dan tidak pula bapa-bapa mereka; besar implikasi/risiko kalimat yang keluar daripada mulut-mulut mereka; mereka tidak mengatakan kecuali dusta. Jadi, kata-kata Allah mempunyai anak itu adalah kata-kata yang besar implikasi dan risikonya dan besar pada pandangan Allah. Maka ucapan Merry Christmas yang memberi makna anjuran supaya bersukaria di hari kebesaran orang Kristian itu juga mengandungi anjuran supaya terus menganut ajaran sesat itu. Sepatutnya kita berdakwah kepada mereka mengenai ajaran Islam, bukan menggalakkan mereka terus dalam kesesatan. Wassalaam


Share/Bookmark

No Response to "Hukum mengucapkan Merry Christmas"

 
Blog Widget by LinkWithin

Copyright © 2009 Hidup Tanpa Penghujung All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Anshul Theme By- WooThemes