Hadis mengenai bahaya wanita

______o00o'(.)(.)'o00o_______
Rasulullah s.a.w., pula mengingatkan umatnya mengenai kehidupan dunia dengan hadis yang berikut:

137- Dari Abu Said al-Khudri, r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya dunia ini manis dan indah dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu wakil menguruskan apa yang ada padanya, maka dengan itu ia sentiasa memerhati bagaimana cara kamu menjalankan urusan itu; oleh itu hendaklah kamu menjaga diri dari keburukan yang disebabkan oleh dunia, dan khasnya oleh perempuan, kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa kaum Bani Israel adalah berpunca dari orang-orang perempuan."

(Muslim)

Hadis ini mengandungi:

(1) Daya penarik dunia dan tujuannya.

(2) Cara menghadapi daya penarik dunia.

Dunia dan daya penariknya:

Tak dapat dinafikan bahawa dunia ini mempunyai daya penarik yang kuat, kerana Tuhan telah menjadikannya berkeadaan demikian adalah untuk menguji manusia siapakah yang lebih menguasai hawa nafsunya dan dapat menggunakan dunia itu menurut yang diredhai Allah setelah ia diberi kuasa menguruskan mana-mana yang ada padanya; (7 Surah al-Kahfi).

Cara menghadapi daya penarik dunia:

Rasulullah s.a.w., menyuruh umatnya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan keindahan yang menjadi daya penarik dunia, dengan sentiasa bertaqwa, iaitu mencegah diri daripada melakukan segala larangan Allah serta menyempurnakan suruhan-Nya sambil mengingati kerendahan mutu segala kesenangan dan kemewahan yang ada di dunia dan kesingkatan masanya, berbanding dengan segala nikmat akhirat yang kekal abadi.

Di antara daya penarik dunia yang ditentukan oleh Rasulullah s.a.w. supaya seseorang memelihara dan mengawal diri daripada runtunannya ialah daya penarik perempuan, kerana daya penariknya amat kuat sehingga lelaki yang tegas pendiriannya dan bijak pandai sanggup memusuhi akal fikirannya, menentang ilmu pengetahuannya, meruntuhkan rumah tangganya, dan melanggar undang-undang negara dan hukum agama, sebagaimana yang terkandung dalam hadis Abu Sa

Rasulullah s.a.w tentukan daya penarik perempuan dengan ingatan nya s.a.w, yang demikian, kerana jenis perempuan - selain daripada kurang akal fikirannya dan agamanya, sebagaimana yang terkandung juga pada hadis Abu Sa'id yang tersebut menjadi alat pemancing syaitan, sebagaimana yang dinyatakan pada hadis Huzaifah, r.a., yang diriwayatkan oleh Razin, bahkan Rasulullah s.a.w., telah pun menyatakan bahawa di antara daya penarik dunia yang besar sekali bahayanya kepada jenis lelaki ialah daya penarik jenis perempuan, kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menarik dan pakaian yang memberahikan - melakukan maksiat dan melalaikannya daripada menjalankan tanggungjawabnya.

Mengenai ini Ibn Abbas r.a., pernah berkata, maksudnya: "Kebanyakan lelaki dari umat-umat yang telah lalu menjadi kafir adalah berpunca dari perempuan, dan pada masa yang akan datang pun ada juga orang-orang lelaki berlaku kufur disebabkan angkara perempuan."



Share/Bookmark

No Response to "Hadis mengenai bahaya wanita "

 
Blog Widget by LinkWithin

Copyright © 2009 Hidup Tanpa Penghujung All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Anshul Theme By- WooThemes