______o00o'(.)(.)'o00o_______
Apakah tanda di sebalik ciuman suami atau pasangan anda? Tahukah anda
di sebaliknya ada tersirat rahsia? Ya! Apakah rahsia di sebalik sebuah
ciuman? Kalau si lelaki atau pun wanita dilihat sedang mencium manja
seorang kanak2 kecil yg comel, ia boleh dilihat sebagai tanda kasih dan
minatnya terhadap si kecil itu. Ia suatu petanda sayang dan
prihatinnya terhadap kanak2 itu. Tetapi apabila ada pasangan lelaki mencium atau
mengucupi wanita, apakah tanda dan rahsia di sebaliknya?
Sesungguhnya kucupan atau ciuman seorang pasangan lelaki terhadap
pasangan wanitanya itu terselit rahsia yg perlu anda ungkapi dan fahami
persiratannya. Ia mempunyai makna-makna tertentu dan kita akan seronok
apabila benar2 dapat menyingkapnya. Ia memudahkan anda utk memahami sikap
si! dia. Ciuman pada bahagian2 tertentu di tubuh wanita mempunyai
rahsia yg berbeza lagi tersendiri.
Ciuman atau Kucupan pada Tangan
Jika seorang lelaki mencium belakang tangan anda, itu tandanya si dia
menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa sahaja yg bersopan
akan mengucup orang yg dihormati dan disanjunginya pada bahagian
belakang tangan orang yg berkenaan. Ini biasanya dilakukan oleh seorang anak
terhadap ibu bapanya, seorang bawahan ke atas atasannya, seorang murid
terhadap gurunya dan seterusnya... . Jarang berlaku seorang lelaki
mengucup tangan pasangan wanitanya, apatah lagi seorang suami kepada
isterinya. Jikaberlaku juga sedemikian, itu menandakan si lelaki berkenaan
benar-benar menyanjungi dan menghormati wanita tersebut sebagai seorang yg
istimewa dalam hidupnya.
Ciuman di Dahi
Selalu juga kita saksikan seorang lelaki mencium pasangan wanitanya di
dahi. Apakah tandanya? Jika anda pe! rnah dihadiahkan sebuah kucupan di
dahi itu tandanya si dia begitu kasih terhadap anda. Dan kasihnya
begitu kudus Anda dapat berasakan getaran kasihnya pada anda begitu syahdu.
Ciuman Sayang
Jika pasangan anda mengucup anda di pipi, itu tandanya si dia sayang
pada anda. Malah jika anda sedang marah dan dia tiba2 mencium pipi anda,
itu maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yg terjadi. Malah
ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang suami kepada isteri
dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila suami baru
pulang dari kerja atau berjalan jauh, satu ciuman di pipi menandakan dia
sayangkan anda, rindukan anda dan cintanya pada anda terus bersemi.
Ciuman Cinta
Saat anda sedang berdiri, tiba2 suami anda datang sambil memegang kedua
pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia saling berhadapan sehingga wajah
anda bertembung dengan wajahnya. Lalu sebuah kucupan hinggap di bibir
anda.Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang ditebarkan. Anda tetap
dicintainya, bahkan kian hangat sehangat ciuman yang terhinggap.
Kucupan dari Belakang
Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda dengan kucupan dari arah
belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci pinggan, tiba2 pasangan anda
menerpa dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan pipi anda. In
menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram terhadap anda. Dan anda pun
terasa terngiang bulu roma di saat itu. Namun anda patut berasa senang
hati kerana tahu tahu betapa dia terngidamkan anda!
Kucupan Lutut
Hah! Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda. Benar, jika anda
terjumpa lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun masih beralaskan
pakaian, itu tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap anda. Dalam ha
ini, mudah pula anda mengambil kesempatan kerana dia akan tunduk pada
setiap kemahuan anda.
Ciuman Di hujung Kaki
Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita melainkan dalam
sesetengah budaya dan adat resam India. Jika ada juga lelaki luar
melakukannya , ia kira sudah luar biasa. Perlakuan ciuman di hujung kaki yang
bukan kerana adat, itu petanda si lelaki berkenaan sudah terlalu
merendah diri dan terlampau memuja anda.Anda boleh menganggap si dia boleh
diperlakukan apa saja oleh anda. tapi, tengoklah juga. Lelaki pandai
berlakon dan mungkin dia cuma melakonkan saja utk mendapat perhatian anda
sedang hakikatnya tidak boleh diperlakukan seperti yg anda tafsirkan. Apa
pun, kucupan sedemikian tidak seharusnya dilakukan.
Pastikan pencium anda di tanggung halal
Kenangan Berteman Carlos
2 years ago
No Response to "for girls---->RAHSIA CIUMAN LELAKI"
Post a Comment