Coretan di bawah dicedok sebahagiannya daripada princessuna dot blogspot dan diolah sebahagian darinya. It is soo trueee….pals.
****************
Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita (isteri) sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan? Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.
1.Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar. [We have to, sebab ada someone yang bergantung sepenuhnya pada kita kan?]
2.Kita akan merindui saat 9 bulan melihat kehamilan isteri walaupun dia terpaksa mengendong perut yang boyot!! Kita jadi tak kesah melayan kerenah mengidam dan mengada2 yang dibuat si isteri.
3.Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!! Abah… bangun subuh.!!
4.Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru. [Dulu pun dah sayang mak abah, lepas ada anak jadi makin bertambah sayang. Tapi, bila ada anak, masa makin terbatas nak jumpa kerap macam dulu :( Doesn't mean I love them less right?]
5.Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit. [Biarlah abah yang kembong perut. Biarlah abah yang gatal kena gigit nyamok. Biarlah abah yang demam..Nur Arissa sehat-sehat jer yer..]
6.Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat dan lain-lain malamnya...;-)
7.Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak. [Selama ini tak berapa peduli apa orang nak kata pasal aku, but when it comes to my daughter, you better think twice before doing it].
8.Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9.Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan happy bila anak kita poo-poo!
10.Kita akan lebih menghargai diri kita.
11.Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja. [Sejak ada anak, working hours aku ngam-ngam jer per week.]
12.Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis/meragam nak tidor. Mama..Nur Arissa tidor lepas abah tepuk la [Walaupon si anak dah memang mamai sangat-sangat]
13.Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh. Timbang anak. Ukur tinggi anak, guna pita ikea tuuu.
14.Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukakannya. [Ehem.. Ehem.. mama, 5 more to go kekeke :D]
15.Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka. [Juga kalau tengok ibu bapa lain marah anak di khalayak ramai pun, kita jadi macam tak sampai hati tengok anak tu and mesti akan cakap dalam hati, 'Aku takkan buat macam tu pada anak aku']
16.Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17.Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak! [Tiba-tiba kenal semua jiran tetangga siap tahu nama anak masing-masing lagi :p]
18.Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak. [No more internet every night hours]
19.Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20.Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!**
Read more...
20 Perkara Yang Berubah Selepas Anda Mempunyai Anak!