20 Disember 2011- Hi World!

Pagi ni memang schedule abah bawak mama pi PMC untuk check up nur arissa. Abah n mama dalam borak-borak kata maybe ni last check up nur arissa. Sebab mama dah masuk 40 minggu. Memang abah bangun awal hari ni, bajet nak time-off 2 jam.

Sampai PMC mama relaks lagi, kadang2 jer rasa perut tak selesa.
Dalam 930am mama masuk bilik doctor ratna,abah ikut sekali. Mana pernah abah tinggal mama sorang sorang macam tu.

Abah memang excited giler nak tengok dr ratna scan nur arissa, tengok nur arissa gerak-gerak sambil buat aksi stunt mmg feberet abah n mama.

Ha!! Awak dah bukak 3cm ni.. kata dr ratna. Masuk labour room jer lah yer.

Abah n mama dok sok-sek sejekap bincang ting tong. Okay, mama setuju masuk labour room.

Abah ni excited bukan main,berpeluh dahi pon ada. Aku dah nak jadi abah.

Lepas tolak mama masuk labour room,salin baju bagai, abah lari jap pegi office untuk submit boring cuti. Seminggu direct balun cuti. Excited punya pasal..

Bila setel semua abah pecut balik ke PMC. Mama dah mula tunjuk tanda2 sakit yang kerap. Tapi sempat lagi bergambar romantic dgn abah tau.

Dalam mama sakit digigit semut tu, dr ratna masuk. Pecah air ketuban.
Sakit mama dah makin kerap, kerap dan kerap. Mujur ada kakak nurse yang sangat prihatin, sentiasa bagi kata semangat.
Abah ni hilang kata dah, tak tau nak ayat apa kat mama. Yang mama pulak asyik mintak epidural dgn abah n nurse.
Abah n nurse siap kenyit2 kening kening pakat cool down kan mama (sebenarnya xnak kasi epidural).

“7 cm dah ni, xboleh induce epidural dah” kata nurse tu.

1.15 tengahari, mula proses active labour. Dr ratna dah stanby n mama mula fasa meneran.
Memang lebam lebam tangan abah mama cekam.

“eeeee jangan tarik leher suami awak,patah nanti” tegur dr ratna. Kuat rupanya mama dgn nur arissa ni.
1.58petang, nur arissa dah keluarkan seluruh kepala,tak sampai 5saat,semua tubuh dah keluar ke dunia abah n mama.

Hi world!!! Nur Arissa dah keluar.

Bermula juga dunia baru abah n mama…


Nur Arissa Binti Mohd Azri


Share/Bookmark

2 Response to 20 Disember 2011- Hi World!

March 04, 2012

hello arissa..sgt mudah dan rileks..btw aku suke entry ko.ntah nape. maybe sebab cite dr seorg laki psl wife die bersalin. selalu dgr pompuan je cite psl die bersalin..

March 05, 2012

wah tahniah..alhamdulillah dah jadi bapa ya..

 
Blog Widget by LinkWithin

Copyright © 2009 Hidup Tanpa Penghujung All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Anshul Theme By- WooThemes