Aidilfitri dah sampai ke penghujung. Sekarang masa untuk adik-adik menduduki PMR dan SPM.
Ha! apa lagi, rajin rajin la baca buku.
Kat sini ada link untuk download koleksi soalan percubaan SPM negeri negeri seluruh malaysia. Klik dan download-credit untuk crazystuden00(SBPI Sabak Bernam)

Koleksi Soalan Percubaan SPM 2009

Buat Muhammad Aizat & Muhammad Nazmi- Rajin rajin buat latihan.
Selamat Berjaya!

29 Mei 1963

Ini adalah antara gambar 'termahal' yang aku pernah ada.
its the most precious picture I ever had.
Muka muka yang sentiasa menguntum senyuman dalam apa situasi sekalipun.
Ini jugalah antara harta dan nikmat yang dikurniakan kepada seorang hamba bergelar aku.

Melihat wajah wajah ini, membuat aku terus berfikir dan merenung bahawa tiada yang
lebih utama dalam hidup ini.

Wajah-wajah yang sentiasa mengerti isi hati walau tak pernah aku luahkan.
Wajah wajah yang kadang kala membuatkan hati ini bergelora, namun wajah ini
tetap akan kekal di hati buat selamanya.

Buat pelahir wajah-wajah ini, Puan Munah Binti Daud, sekalung doa dan terima kasih
dari anakmu-azri.

SELAMAT HARI LAHIR IBU!

Love is Living

Kita pasrah, kita yakin dan kita mengakui serta kita memerlukan kasih & sayang.
Berapa ramai daripada kita yang berani berkata "ah! aku tak perlukan kasih sayang"
Mungkin ada tapi yang pasti itu hanya fantasi.
Realitinya setiap insan yang keluar dari rahim seorang perempuan bergelar ibu, nikmat kasih dan sayang merupakan satu kemestian.

Kasih & Sayang: Jika tidak dicari, ia pasti akan hadir sendiri.
Kenapa? Kerana Kasih dan Sayang itu merupakan hak dan zat yang maha pencipta.

Sedarlah, akuilah, Allah sentiasa sangat menyayangi kita. Perasaan itu dijelmakan melalui seseorang yang bergelar ayah,ibu,saudara mara,rakan-rakan,kekasih, hatta musuh.

Bagi insan bercinta, berkasih sayang, dilamun ombak kejiwangan, sedarlah Allah itu memberikan cintaNYA melalui si-dia.
Dan janganlah bersedih jika cinta dan kasih itu terhenti dipertengahan jalan, kerana nikmat itu tak akan terhenti di situ sahaja.

Jangan dipandang luaran, terokailah apa yang ada didalam.
Namun sebagai manusia, kita sentiasa lalai dan sentiasa mencari kesempurnaan menggunakan mata kasar. (Rujuk kisah burung pipit-credit to hasanah)
Aktifkanlah mata hati, mata minda,mata akal dan mata iman untuk menilai apa yang kita punya.

Akhir kalam, bagi hati hati yang merasakan sudah tiada apalagi untuk dinikmati di dunia,segeralah sedar bahawa cinta AGUNG itu sentiasa ada.
Caranya,bagaimana,bila,untuk apa, sentiasa berbeza, kerana hanya DIA yang lebih mengetahui.!

Burung pipit terbang melayang,
Melayang pergi dipagi hari,
Mari kita berkasih sayang,
Moga hidup lebih diberkati.

nukilan: Mohd Azri Bin Mohd Said

TEST: ANTI VIRUS WORKING OR NOT

1. Copy & Paste command kat bawah ni dalam notepad

X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

2. Savekan file tu dengan nama eicar.com atau fakevirus.exe

3. Selesai sudah. Biarkan sementara, tengok adakah anti virus anda mengesan file tersebut sebagai virus.

4. Kalau dikesan sebagai virus, thats OK!. jangan panik. It shows that antivirus dalam PC masing-masing is working very well.

extra info:
Sekiranya anti virus anda updated atau berfungsi, ia akan memberi amaran segera kepada anda dengan arahan tertentu atau terus didelete file itu.

Bagi mereka menggunakan Avira Anti Virus, seperti saya, pc anda akan berbunyi dan ada arahan untuk anda memdeletenya. So my anti virus berfungsi.

Kalau tiada detection atau anti virus anda buat dek,bermakna anti virus anda tidak updated atau 'tidur'. Mula updated anti virus anda atau cari anti virus baru.

File eicar.com diwujudkan untuk keselamatan. Ia bukan virus. Ia adalah satu ujian standard yang dibangunkan oleh Penyelidikan Anti Virus Komputer untuk Insitut Eropah (EICAR).

Semua produk anti-virus diprogram untuk mengesan file ini seperti kelihatan virus sebenar. Kerana itu, anda boleh dengan selamat mengujinya sama ada untuk menentukan anti virus anda berfungsi, tanpa bimbang ia akan menjangkiti komputer anda.

Sekiranya anti virus anda 'tidur' dan file ini tidak didelete, anda usah risau, ia tidak akan merosakkan pc anda dan sekiranya mahu mendelete file ini.

Anda boleh sama ada menggunakan cara manual, drag ke thrash bin atau open task manager (ctrl-alt-delete) dalam satu masa, click pada bahagian processes (sebelah application kat atas tu) kemudian cari program atas nama tadi (fakevirus.exe), click sekali (bold) pada program itu dan click end process kat bawah tu.

Click ya untuk alihkan dari aktif atau dlm English (yes this should remove it from being active).

kredit goes to: PsyCO

Bila aku dah....

Antara hari yang amat! membosankan. Aku BOSAN!!!!

Kerja-kerja tanpa sedikitpun melibatkan input/output teknikal membuatkan segalanya menjadi bosan.

BOSAN!!!!!!

Menyumbang penuh kepada kemalasan.

Amat rajin jika kerja-kerja melibatkan teknikal tapi amat malas tehadap kerja-kerja kekeranian.


Note: Dari aku yang bosan!

Bila..

Bila ALLAH cepat memakbulkan doamu,
Maka DIA manyayangi mu.

Bila DIA lambat memakbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu.

Bila DIA tidak memakbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.







Oleh itu, sentiasalah bersangka baik kepada ALLAH
Dalam apa jua keadaan sekalipun.


Kerana kasih sayang ALLAH itu
Mendahului kemurkaanNYA.

KISAH BENAR SEORANG TAN SRI

Salam sejahtera untuk semua pembaca.
Sedar tak sedar sudah hampir dua~tiga minggu entry MAT RANJAU menjadi paparan muka hadapan. Itu adalah tanda protes penulis kepada mereka yang bergelar MAT RANJAU!

Hari ini ketika mebelek-belek sebuah laman maya yang mejadi kemestian kepada penulis, begitu menarik perhatian,satu artikel bertajuk
Kisah Benar Seorang Tan Sri.

Lain yang penulis jangakakan, dan lain pula isi kandungan artikel tersebut.
Namun petikan artikel berkenaan memberi sedikit suntikan minda dan dapat difikirkan dengan lebih mendalam.

Sama-sama kita baca dan renungkan kisah artikel tersebut:


KISAH BENAR SEORANG TAN SRI
(kredit untuk Luqyan)

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,

Tan Sri:
Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan:
Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri:
Oh... .sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan:
Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri:
Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta.. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan:
Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri:
... ... ... ... . ... ... ... ... ... ... ... ... .. ... ... ..

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan. Pendapat anda?


MAT RANJAU

Untuk bekas pelajar SMS Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) pada era kegemilangan Pengetua Hj Mat Roli & yang sebelumnya, istilah ini memang cukup sinonim.

MAT RANJAU di sinonimkan dengan individu yang suka mengadu,mereport,mata mata gelap, pengintip, dan sebagainya. yang pasti, MAT RANJAU memang dipandang sebelah mata dan amat dibenci oleh sekalian penduduk asrama kecuali warga atau golongan MAT RANJAU tersebut sendiri.

Ntah kenapa, pagi ni, bila ternampak muka seorang hamba Allah ni, terus terdetik gelaran MAT RANJAU kat kepala aku.
Sah! Memang kategori & keluarga sejenis MAT RANJAU.
Dan yang paling ironiknya MAT RANJAU ni wujud di zaman aku meniti kerjaya.
Sedangkan dulu MAT RANJAU di zaman hingusan persekolahan yang telah ada titik nokhtahnya.

Ciri ciri MAT RANJAU amat mudah dikenali, antara keperluan menjadi MAT RANJAU ialah:

1) Anak mak

2) Anak Bapak

3) Makan bersuap, shitting* berbasuh

4) Ala ala baik dimata umum

5) Hilang/ghaib diwaktu yang tidak sepatutnya

6) Baik ada makna, cari 'lubang' tu..

7) Telinga capang (kalu dalam peribahasa: Telinga Kuali). Cukup aktive memasang lubang telinga sebesar2nya

8) Jeling jeling control

9) Datang, pergi, keluar, masuk berhantar dan berjemput

10) Aku yang memandang rasa cukup meluat!

Adakah kita/anda/aku/kamu tergolong dalam kesepuluh ciri tersebut.
Jika YA, anda tergolong dalam kumpulan MAT RANJAU!

Demi Hati

Carilah Hatimu Sewaktu Membaca Al-Quran.

Jika Kau Tidak Temui, Carilah Hatimu Ketika Mengerjakan Solat.

Jika Kau Tidak Temui, Carilah Hatimu Ketika Kau Duduk Tafakur Mengingati Mati.

Jika Kau Tidak Temui Juga, Berdoalah Kepada Allah,
PINTA HATI YG BARU.... "


Coretan:
Segalanya bermula dari hati. Segalanya juga berakhir di hati.
Hati milik individu tetapi rasa hati itu dapat dikongsi bersama.
Begitulah agungnya ciptaan, Tanpa hati kita mati.!

Walau hati milik abadi, tiada erti jika tak dapat dikongsi. Hati menjadikan dunia kita berseri, menjadikan hidup kita penuh erti.

Ada kalanya hati menghukumi, namun ia tetap di hati.

*monolong seorang azri.

HATI HATI DI JALAN RAYA EK (,")