Read more...
Ramadhan 1997
Read more...
Allah Nampak Tau..
Bila berpuasa macam macam hal akan timbul..
Sambil menyelam, minum air tu perkara biasa..
Bukan pepatah tau, memang betul menyelam dlam sungai, sambil sambil sedut air.
Bila naik jer ke daratan, muka tersenyum puas..tekak telah basah dek air sungai..
manis sungguh zaman sebelum baligh itu..
petikan berikut dipetik dari Bersama Mazidul
Sewaktu kecil, Ramadhan mempunyai pengertian tersendiri. Diakui,
menahan diri daripada dahaga, antara cabaran terhebat berpuasa di zaman
kanak-kanak.Telan atau tidak? Persoalan menerjah minda setiap kali mandi
tengahari di sungai berair jernih di depan rumah. Air sungai berbatu mengalir
dingin dari gunung terasa mencabar kekeringan tekak. Telan atau tidak?“Kalau tak puasa orang lain tak nampak tapi Tuhan nampak,” kata
emak.Air diceduk menggunakan tangan kecil, tiba-tiba menitis, tiris di
celah jari basah.Sejuk akibat penat berenang dan menyelam, perut semakin lapar,
hampir kebuluran. Tekak kering kontang bagai air perigi di musim kemarau.
Perlahan berjalan menyelinap ke belakang rumah, berdiri merenung buah rambutan
masak ranum tinggi di ranting pokok. Rambutan berkulit merah, lekang berair dan
manis. Perlahan galah buluh dicapai, rambutan dikait, jatuh ke tanah satu
persatu.“Apa fasal menjolok rambutan pula tengahari?,” jerit emak dari
dapur.Tiba-tiba rambutan di genggaman terjatuh sendiri bagai ditarik
graviti.“Untuk berbuka mak”Alasan spontan terpancul dari mulut berbibir
kering.“Berbuka apanya? Ini baru pukul 1 tengahari,” balas emak
bersahaja.Di rumah, emak sibuk memasak kuih bahulu. Kepulan asap kulit
kelapa diletak di atas tudung periuk, ditiup dek angin menerjah tingkap.
Percikan api berterbangan umpama kelip-kelip di waktu malam.“Aduh! Api masuk mata mak!”“Pergi basuh mata di kolah tu.
Melayan awak, sampai bila kuih nak masak,” rungut emak.
Berlari menuju bilik air, tangan pantas mencapai gayung terapung.
Hati melonjak ceria, peluang muncul lagi buat kesekian kalinya. Air kolah terasa
sejuk. Tekak meraung minta dibilas. Haus keterlaluan. Minum atau tidak?“Basuh mata, bukan tekak,” nada suara emak sederhana.
Emak bagai memiliki deria ke enam.
Gayung di tangan tiba-tiba terjatuh semula ke kolah.
“Tuhan nampak apa kita buat,” sambungnya.
Saya tersenyum sendiri.Kini Ramadhan tiba lagi.
Isteri mengingatkan dua anak kecil berulangkali.
“Puasalah selagi terdaya. Jangan mengelat, Tuhan nampak”
Saya tersenyum sekali lagi.
Semoga Ramadhan kali ini lebih sempurna berbanding sebelumnya.
Read more...
Allah Nampak Tau..
Kembali Pada Yang Utama
Diceritakan bahwa Musa as. pernah mengeluh kepada Allah swt karana menderita sakit gigi. Maka Allah swt memerintahkan: “Ambillah rumput orang itu dan letakkan pada gigi kamu!” Lalu Musa a.s pun berbuat demikian, maka sakitnya pun sembuh.azri:semoga bermanfaat.salam ramadhan.
Beberapa hari kemudian, sakit gigi yang dialami Musa a.s datang lagi. Maka Musa a.s pun mengambil kembali rumput yang pernah diambil dulu dan meletakkan pada giginya. Hasilnya bukan bertambah sembuh, sebaliknya sakit giginya bertabah teruk dari biasa. Lansung dari itu Musa a.s pun mengadu kepada Allah swt dengan katanya, “ Wahai Tuhanku, bukankan engkau mengarahkan aku untuk berbuat demikian tetapi mengapa ianya tidak melegakan aku?”
Allah swt menjawab: “Wahai Musa, Akulah yang menyembuhkan dan Akulah yang menyehatkan. Aku yang memberi bencana dan akulah yang memberi manfaat. Kali pertama kamu datang kepadaKu dan mengharapkan pertolongan Aku, lalu Aku sembuhkan sakit kamu. Sekarang engkau menuju kepada rumput dan tidak menuju kepada-Ku.”
( Petikan dari : “Nuruzh-Zhalâm” karya Syekh Nawawi Banten dengan sedikit olahan )
Read more...
Kembali Pada Yang Utama
Destinasi
Yang kaya-makin nak kayaYang miskin-nak jadi kaya
Yang kecil-makin membesar
Yang besar-makin melaram
Yang lemah-terus dilemahkan
Yang kecil-terus tertindas
Yang bekerja-terus dikerah tenaga
Yang menganggur-gelisah jiwa
Sebagaimanapun kita.TETAP akan ke situ!
Ini hanya pinjaman.
Ini hanya persinggahan.
Yang pasti,
Kita meniti destinasi.
MATI!!!
Read more...
Destinasi
Entry Pendek
Kita manusia, bekerja siang dan malam. Seolah tiada esok. Mencari rezeki yang diberkati. Kadang kadang tetap tercalit nokhtah noda pada rezeki. Bukan tidak mengerti, kadang kadang tanpa kita sedari.Kisah burung, keluar mencari rezeki setiap pagi, pulang kala terbenam matahari.
Pulang tanpa bekalan. Kerana esok masih ada.
Sedarkah kita, ketentuan rezeki seekor burung.
Manusia sentiasa rakus mencari 'rezeki'.
Tapi burung, wujud rezeki setiap hari.
Pagi: Terbang Pergi. Malam: Terbang Kembali.
Andai aku bersikap seperti burung.
Mampukah aku?

Yang benar aku sokong, tak kira siapa dan dimana.Yang melencong tetap dibenci, tak kira apa dan bagaimana.
Demo ka, rusuh ka, hangpa punya pasal.
Selagi tak menyusahkan orang lain,--- for me; it's okay!
Kalau dah menyusahkan orang ramai, adakah itu perjuangan?
Menganggu suasana sejahtera, adakah itu satu perhitungan.
tak kira siapa kita, siapa anda, aliran mana
kalau menyusahkan orang, itu tidak patut!!
*nota: gambar dari google & isuhangat.
Read more...
Entry Pendek



