TagLine From Saibatul Aslamiah

"Bersabar Untuk Mencari Yang Terbaik"
"Tak Mengapa Menunggu Lama Asalkan Berpuas Hati"

Pagi ni aku sempat mengular kat YM. Maklumlah dah lama tak 09.
Maklumlah kat opis ni, nak o9 on pikir lapan or sembilan kali baru leh online.

Sempat la bertegur sapa dengan puan Su. puan su ni sebenarnya ialah ex-analyst programmer kat opis ni.

Di akhir perbualan, ayat tersebut tiba tiba muncul di paparan YM.
Ayat yang cukup ringkas tapi cukup panjang untuk di ertikan.
***
Kita seringkali terburu-buru dalam mengejar sesuatu kerana mahukan hasil yang segera.
Usahanya sikit, tapi hasilnya mau banyak.
Nak cepat kaya, menipu la banyak-banyak, rasuah la hari-hari.
Tapi itukah destinasi kita?

Bagi yang mahu berfikir, mari sama sama kita merenung sejauh mana ayat tersebut dapat memberi kesan sepanjang perjalanan hidup kita.

Life is just like a game, If we dont play, we lose

~cheers..salam bahagia
azri
Read more...
Share/Bookmark

The Finale: On The 24th

Obvious entry? Isn't it?

This the last day on my life. The last count should be exactly at 00:00.
the clock is ticking...

For the past 'few' years the things is repeated again and again..
Tatkala aku lupa akan ditanya;
Siapa tuhanmu....
Apa agamamu..
Siapa rasulmu.....
.
.
.
Apa yang kau lakukan dikala mudamu...

Zaman ini kian berlalu pergi. 24tahun berlalu seakan begitu sahaja. Aku tidak sedar akan sebarang pengisian yang bakal menyelamatkan ku di hari itu kelak..
Zaman yang telah dibazirkan dengan hiasan dunia..tuntutan jiwa..

Waktu ini bukan untuk dirai..
Waktu ini adalah untuk menilai..
Memandang sejenak ke belakang..
Merencana sejenak ke hadapan..

Waktu ini untuk disyukuri..
Untuk ditangisi atas kelalaian yang lalu..
Namun...aku masih begini..

ku kejar segenggam ijazah.
Bukannya segulung kertas..
Ijazah terbaik datangnya dari jalanan nan berliku...
harus dan terus ku cari..

Semoga tempoh yang ada sebelum muncul angka itu..26
dapat dipenuhi,
dapat disusuri,
dapat dimanfaati,
dan bukan untuk dimusuhi..

**monolog seorang azri**
Read more...
Share/Bookmark

Comic Addicted

WE DONT'T HAVE TIME TO WASTE ASKING FOR THINGS WE DON'T HAVE.
WE CAN ONLY LOOK FOR THE BEST WAY TO FIGHT
WITH THE THINGS WE HAVE FOR OUR WHOLE LIVE


I am the comic addicted! I guess so.
Every single week I m waiting for Naruto & Eye Shield 21. where? onemanga dot com offcourse.
Besides every friday i ll be waiting for naruto shippuden manga and anime from various website.
As for monday morning like today, I am looking foward to EyeShield 21.


The best part was on last page which hiruma said the above nice words.
Be corious and passionate to reveal the hidden mesage thru out the script.
May Allah bless us all. amin.

Read more...
Share/Bookmark

Bila Nak Peluk...

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
----
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku .. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu
----
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
----
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu
----
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga padapasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
----
Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

*hargailah mereka sepenuh jiwa.buat ibuku puan munah bt daud, kaulah ratu dihatiku.


dicedok dari isuhangat (credit)
Read more...
Share/Bookmark
 
Blog Widget by LinkWithin

Copyright © 2009 Hidup Tanpa Penghujung All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Anshul Theme By- WooThemes