Aidilfitri dah sampai ke penghujung. Sekarang masa untuk adik-adik menduduki PMR dan SPM.
Ha! apa lagi, rajin rajin la baca buku.
Kat sini ada link untuk download koleksi soalan percubaan SPM negeri negeri seluruh malaysia. Klik dan download-credit untuk crazystuden00(SBPI Sabak Bernam)

Koleksi Soalan Percubaan SPM 2009

Buat Muhammad Aizat & Muhammad Nazmi- Rajin rajin buat latihan.
Selamat Berjaya!

Azri @ Chelsea Fc vs Malaysia XI

Front
Side
Gempak!Gempak!Gembak!

Dah lama mengidam nak tengok bola secara live n loud! kat stadium. Akhirnya semalam angin mengidam aku tu surut setelah dapat satu panggilan:

Farha: Hello..
Azri: Yer hello..
Farha: Nak bagitau ni, kita dapat 2 tiket tengok Chelsea vs Malaysia
Azri: EH! yer ker? dapat seat mana?
Farha: Dapat yang RM100+ punya..
Azri: Wah!tu seat sebelah VIP tu.
Farha: Ntahla..agaknya..
Azri: Ok,thanks..nak sambung keja jap.
Farha: Ok. tapi petang ni pegi ambik tiket kat The Mines ek
Azri: Okay!

Sampai malam aku tersenyum-senyum sorang (pagi ni pon dok sengih-sengih lagi). Dapat gak nak tengok wakil team EPL lawan kat Malaysia. Tak dapat tengok Arsenal, dapat tengok seteru Arsenal pon dah ok. Dah lama dah ngidam nak tgk Joe Cole buat larian laju gila kat sideline..(Impian tu beb)

Yang lebih membuatkan aku tersenyum, bukan tiket duduk tepi VIP, rupa-rupanya tiket memang VIP. Harga nya mak bapak RM303. Nak harap aku yang beli dengan duit gaji...hampeh!!

Dapat VIP seat, Row 12, Seat 26..

Yang lagi syok nya dapat temankan cik farha yang first time nak tengok bola tu. THANKS for the tiket. VIP tu..wink!wink!!

Salinan tiket..tu ha kat atas tu.. sekali lagi wink!wink!
To fathi..let shout Chelsea!!!

Living The Life

THIS IS LIFE..


In the picture, just look at their condition.. No place to sleep, still they have made some space for d cat n d dog...

Water poring from the roof but still each 1 of them have a peaceful smile on their face.. Simply amazing!!!!!

The happiest people in the world are not those who have no problems, but those who learn to live with things that are less than perfect.

Keep Smiling Always.
*Credit to Hasanah*

Antara Dua Darjat

Hari ni semua orang hebat memperkatakan tentang DEBAT malam tadi. Mana tak nya dalam keadaan perkembangan ekonomi dan politik yang bergolak sudah pasti rakyat mahu mencari dan mengetahui ketelusan setiap perkara.
Malam tadi lepas main badminton dengan kawan-kawan office, kelam kabut aku balik semata-mata nak tengok detik bersejarah ni. Sekali terlewat sampai la. 910 malam baru sempat mengadap TV9.

Sepanjang debat tersebut,berikut adalah ulasan peribadi aku (note that aku bukan la pro kepada sesuatu parti. apa yang dicari hanyalah ketelusan dan keikhlasan pemerintah)

Semangat betol kawan-kawan kita ni

Anwar & Shabery mengatasi kesedapan sup tulang makcik bedah


1. Anwar nak RM 5 billion...adakah itu susah untuk kerjaan dapatkan berbanding penyelewengan perjawa steel??

2. Dengan RM 5 billion itu, RM 0.50 sen dapat diturunkan

3. Pakatan Rakyat TIDAK pernah menjanjikan penurunan RM 0.50 sen jugak dalam manifesto sebelum Pilihanraya Umum lalu....Harap pihak2 berwajib semak la semula manifesto PR yerk sebelum berhujah kosong mcm shaberry

4. Pakatan Rakyat tetap berjanji turun RM 0.50 sen, dari KERAJAAN BN dan UMNO yang turut berjanji kenaikan harga minyak dunia tak da effect kat government oleh Mohamed Yaakob (Menteri Kwngn II)....So, maner JANJI kerjaan untuk ini???Tetapi PR tetap janji untuk turunkan harga minyak....

5. Pakatan Rakyat TIDAK menolak bahawa kerajaan menaikkan harga minyak, YANG PR tolak adalah kenaikan itu dilakukan dengan MENDADAK.

6. DSAI berulang2 kali menyatakan bahawa PR bukan nak ambik duit petronas, yang pakatan rakyat nak amik duit adalah duit yg SEDIA ada diberikan petronas kepada kerajaan...Itu pun shaberry susah nak faham ker???BUKAN NAK AMIK DUIT PETRONAS, TETAPI NAK MANAGE DUIT PETRONAS YANG SEDIA ADA DIBERIKAN OLEH PETRONAS KEPADA KERAJAAN.

7. Kepada Nordin , pi bukak kitab balik sebelum datang debat...wat malu jerk....IPP pun tak tahu ker ada kaitan dgn petroleum...sakit jiwa aku la..

8. Kepada shaberry plak, anwar langsung TAK USIK peeribadi engkau...kecuali Semangat 46 kau tuh...1 tuh jerk...tapi engkau usik peribadi si Anwar tuh tak silap perkiraan aku ader dalam nak dekat 20 la....bengap ker aper??

9. Kenapa semua nak kecam anwar dengan IMF???Anwar dah bgtau dah, tuduhan/ fitnah itu masih diteruskan sedangkan dier boleh berikan penerangan tentang aper yg berlaku antara dier dgn IMF...dier pun kater dier tak da kaitan...Ini lah masalah BN dan UMNO yg suka memutarbelitkan isu

10. Aper la shaberry nie tergagap-gagap dan hilang punca...
Bagi aku tak kira lah siapa pon di pihak kerajaan, kepentingan rakyat adalah perkara utama.
seperti mana 'Tagline' yang dibangga-bangga kan
"Berkhidmat Untuk Negara"
wallahualam

Kesempurnaan Itu..

sedikit renungan bersama: Dipetik daripada seorang sahabat.

Mukadimah:
Hari2 kita asek memikirkan teknik2 kuruskan badan, tips2 mencantikkan muka, teknik2 malam pertama (ops) dan sebagainya tapi kita lupa pula nak mencari tips2 bagaimana mendapatkan khasiat solat yg sebenarnya. kita asek mencari alasan kelekaan kita spt gangguan bising, gangguan syaitan dan sbgnya tapi hakikatnya kita tidak pula ingin menguatkan diri mencari kekhusyukan dalam bersolat.

Tips tips mudah:
Sebenarnya byk tips2 kita pelajari, tapi kebanyakkannya adalah dlm bentuk abstrak spt pastikan tempat solat bersih, ambil wuduk sempurna, solat dalam gelap dan sbgnya, tapi tiada gunanya jika kita solat tidak fokus kpd apa yg kita kerjakan.

Ini ada tips yg lebih mudah kita buat:

1) LIHAT SEJADAH DAN BYGKAN GAMBAR KAABAH ITU SEOLAH2 ANDA DI HADAPANNYA KETIKA ITU.
Dgn cara ini, anda mendapat keikhlasan dan kesungguhan dlm bersolat kerana merasakan anda telah berada di dpn Rumah Allah.

2) FAHAMI MAKNA BACAAN DAN TERJEMAHKANNYA KETIKA SOLAT
Membaca tanpa tahu maksud apa gunanya. jika kita membaca di mulut tapi di waktu yg sama kita menlafazkannya di hati, kita akan lebih mengerti akan maksud kata2 kita itu dan melahirkan kekhusyukkan dalam solat. cthnya ketika menyebut Allahu Akbar ketika takbiratul ihram, pastikan di dalam hati anda menyebut "allah maha besar". begitu juga dgn bacaan lain.

Maksud Bacaan di dalam solat:

Takbiratul-Ihram & Takbir:
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah:
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk:
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal:
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

3) MAKSUDKAN DI DALAM HATI APA YG DILAFAZKAN KETIkA DUA KALIMAH SYAHADAH.
Semasa duduk tahiyat, pastikan ketika melafaz syahadah, kita tetapka dalam hati dgn berkata "tiada tuhan selain Allah, nabi muhammad pesuruh Allah"

4) KETIKA INGIN MEMBERI SALAM PERTAMA, ANDAIKAN ITULAH KALI TERAKHIR KITA BERSOLAT KPD ALLAH.

Bila kita merasakan kita akan mati selepas selesainya solat itu, kita akan lebih menghargai kerja2 kita dan mencintai solat lantas kita tidak leka dan mengharapkan solat itu akan membantu kita di akhirat kelak.

Semua tips ini bukanlah 100% berhasil jika kita tiada usaha utk melahirkan keikhlasan dalam bersolat. oleh itu, berusahalah utk menunaikan solat dgn tekun dan bersungguh, bkn terpaksa atau dlm keadaan malas. nescaya kita akan menemui kekhusyukan itu.
AAMIIIN...

Apa Ada Padanya

*Beberapa keping gambar (di ambil dari internet) untuk tatapan dan renungan bersama..
wallahualamm..









From Gerik With Love

"It feels like nobody ever knew me until you knew me.Feels like nobody ever loved me until you loved me.Feels like nobody ever touched me until you touched me.Baby nobody, nobody,until you.Baby it just took one hit of you now I'm addictedYou never know what's missingTill you get
everything you need,yeah"
Baby life was good to me.But you just made it better...arrgghh berjiwa sekejap untuk mencari mood sebelum masuk ke office tercinta. Setelah sekian lama, akhirnya aku kembali ke office yg 'agak' dirindui.
Setelah hampir 'seminggu' mencari ketengangan di kampung tercinta akhirnya terlepas jua semua lelah di dada. Balik ke kampung menatap wajah-wajah yang disayangi memang merupakan satu nikmat yang tak terhingga dan aku bersyukur di atasnya.
Mencari ketengan bersama kicauan burung dan ngomelan adik-adik memang suatu yang mendamaikan. Redup pohon getah, rimbunan durian dan ulasan rambutan amatlah mendamaikan jiwa. Jiwa yang damai tersentak dengan kehadiran beberapa ekor pacat yang mencari setitis rezeki darah di celah-celah dari kaki. Aku tersenyum sendirian memerhati betapa rakusnya darah aku dihirup.
Terkenang beberapa tahun, berbelas tahun yang lalu, di situ lah aku membersar bersama-sama unggas hutan, redup pepohon yang tak mungkin aku kecapi kembali. Zaman kanak2 yang jauh dari rakan-rakan namun dekat bersama jiwa alam semulajadi. Dekat bersama bunyi alam yang menghijau. Ketika kanak-kanak lain riang berlari berkejaran bersama taulan, aku sibuk berlari bersama hidupan hutan, sibuk mencari 'rakan' permainan walau aku tahu tak kan ku temui.
Tika mereka yang lain ceria bersama keluarga menonton cerita kegemaran, aku berteman kan buku-buku bercahayakan pelita. Bertemakan bunyi-bunyi cengkerik malam. Beralaunkan bunyi-bunyian yang tak pernah ku kenal empunya suara sehingga kini.
Aku bersyukur, atas kehidupan yang telah aku lalui sehingga lah aku begini pada hari ini. Aku gembira di atas pengalama yang aku lalui dan aku yakin tak semua orang berkesempatan seperti aku untuk hidup bertemankan alam hijau sepenuhnya.
Tika asyik melayan jiwa, bunyi-bunyi dan larian beberapa ekor 'kerbau pendek' (babi/khinzir) menyentak lamunan. Aku kembali tersenyum sendiri. Pada aku itu adalah pandangan biasa pada kehidupan malam di dalam kegelapan rimba. Terbukti DIA sangat adil pada makhluknya, sehina haiwan seperti itu juga masih mempunyai kasih sayang bersama anak-anak kecil. Si ibu mampu melayan kerenah anak-anak yg ligat berkejaran dan menyondol-nyondol tanah mencari makanan. hiba rasanya bila terkenangkan sifat makhluk sebangsaku yang kadang-kadang langsung tak punya nilai kasih sayang sesama makhluk.
Teringat aku pada kenangan lalu dikejar si ibu. Lintang pukang lari mencari pokok getah. Sepohon getah tu menjadi penyelamat tempat aku bertaut dr terus menjadi mangsa sondolan si ibu..Sepertinya kenangan itu tak akan luput dari ingatan.
Seperti aku tersedar dari lamunan yang telah berulang kali bermain di minda, telah berulang kali aku insafi..walau pahit tetap perlu ditelan,kerana aku manusia selagi itulah aku terus melakukan kesilapan yang sama.
To my younger sister angah, selamat menjalani latihan praktikal seadanya.
To my younger brother nazmi, rajin-rajin sket bac buku, kata nak jadi pegawai ATM
To my younger aizat, jangan merayap sangat.rajin-rajin mandi
To my younger sister kak yang, selamat menduduki percubaan UPSR esok.
To my younger sister ain, jangan dok kacau kak yang baca buku
To all..I LOVE YOU from the deep inside of my heart!!!

What Happen To My BMI..Goosshhh!!

To Enlarged double click the figure

Tiba-tiba aku rasa nak memeriksa tahap kesihatan badan. Walaupun terlalu kerap menilai melalui angka-angka kesihatan aku tak pernah risau. Tapi hari ni tiba-tiba this is a big deal for me..
GOssshh!!I am overweight guy. Is it real. Yeah..just admit the reality. I got 25.8 which mean 0.8 more than require index. 

They said i am slim enough. They said because i am tall. But the BMI said i am overweight.!! Pity me.

Last time when I was on final year at usm my weight is around 65kg-72kg. The final reading before i graduate was 67kg. One year later after I got job the weight increasing to ~83kg. Where did the 16kg came from??? Stomach?muscle?Maybe. How can the 16kg is hidden inside my body without major physical changes.

CHANGE MY LIFE  as pak lah said might be a better way to reduce the weight till 78-80kg.

till again.....79kg.

Beware of Your Withdrawal Money!!

Picture 1

Picture 2

This incident happened on today morning (02 July 2008). On my way to the office, I went to the Damansara Utama (Also known as Old Uptown) cimbank to withdraw RM500. As usual I count the money every time I made the transaction.  Unfortunately for me, I found two pieces of RM50 teared off into two parts. The money was arranged firmly. The note was on second and eight layer.

I was so upset because I have no proof that the ATM gave me the ripped money since the ATM machine was out of receipt too. After much hesitation, I finally decided to go to cimbank to complain about the incident knowing that I may not get back my money (maybe). But at least I can caution them of such incident. When I told of my situation to the cimbank Customer Service Representative, to my surprise, I was informed that I'm not the first victim. It seems that similar cases have occurred before. The lady explained that it is the malfunction of the ATM and the money may accidentally get ripped in half.

I believe this is the new technique of cheating money, done by the people who are responsible of placing the money into the ATMs. In the stack of money which is to be placed into the ATM, one ripped RM50 note is placed nicely, for every one note taken out of the stack of money (to replace the unvalued teared notes). With that done, every one ripped note would be counted by the machine as normal notes.

I may be wrong about how and why it happened, but I would like to warn everyone about this incident. Please be careful when withdrawing money from the ATM (it may happen to other banks as well) and do count your money to be sure. If such an incident really happened to you (*touch wood*), please do call up the bank to complain about this. If everyone keeps quiet about this, the bank may be unaware of such incidents and the people responsible may just continue doing what they do without getting caught! Even if it is actually because of the ATM malfunctioning, the bank should know about this and there is also a chance of you getting your money back.

Best Regards,
Mohd Azri

*Picture 1 - Two RM50 notes. The note ripped into two.
*Picture 2 – The closer view of the money






FAKTA SAINS: SOLAT JEMAAH

Sumber Asal: Berita Harian


Profesor AS akui solat berjemaah tersirat aspek sains fizik

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli


SEORANG profesor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.

Berdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.


Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian.


Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.


Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.


Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.


Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh.


Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.


Ilustrasi: Caj +ve dan -ve Dalam Badan

Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam.


Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.


Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan yang sudah digunakan.


Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.


Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.


Seperti solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.


Lazimnya, selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.


Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.


Timbul persoalan dalam fikiran profesor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat.


Secara logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.


Selepas kajian lanjut dilakukan , didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak.


Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.


Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).


Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.


Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam semesta ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.


P/s : Jangan plak solat dilakukan hanya semata untuk mendapatkan kelebihan di atas. Buatlah kerana Allah. Yang lain-lain tu anggaplah sebagai bonus daripadaNya