30 SEBAB KENAPA SAYA SUKA NAIK MOTORSIKAL.

30 SEBAB KENAPA SAYA SUKA NAIK MOTORSIKAL.

1.Kos minyak kurang berbanding kenderaan lain.

2.Jarang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di KL.

3.Berangin..sejuk..nyaman.

4.Tak perlu tengok rear mirror,tengok side mirror je.

5.Boleh parking celah celah kawasan yang sempit.

6.Tak perlu bayar tol walaupon dapat diskaun 10% selepas 12 tengah malam

7.Tak perlu bayar parking atau kena saman sebab tiket lebih masa.

8.Boleh naik dua orang jer. Tak berat sangat.

9.Siang siang pon boleh pasal lampu, bagi high beam, tiada siapa nak marah

10.Kalau hujan saya pon basah bersama hujan.Boleh main hujan. Siapa pon tak marah.

11.Tanpa motor tu saya tak boleh pegi kuliah dengan senang.

12.Boleh balik kampung dengan motor.Tak kisah Hiway jam atau tol yang sesak.

13.Bawak 110kmj pon speedometer saya tetap 0kmj (dah 5bulan rosak.huhu)

14.Ada laluan khas untuk motor jer..lain lain kenderaan jangan nak menyibuk

15.Dapat claim rebat petrol Rm150

16.Tak perlu pergi carwash atau motor wash. Setiap kali hujan, automatik motor dah bersih disiram air hujan.

17.Boleh lalu jalan lopak lopak tanpa risau driveshaft akan rosak.

18.Tak perlu beli minyak gear,power stereng atau isi air wiper.

19.Claim perjalanan pon masih kekal dan murah.Rm0.35 sekilometer walaupun harga2 lain makin meningkat.

20.Kalau habis minyak lebih mudah ditolak berbanding kereta.

21.Tak perlu layan orang busy body tanya pakai kereta apa.

22.Dapat bau asap hitam pekat diudara. Orang naik kereta mesti pasang aircond, hilang satu 'nikmat'.

23.Ada baju hujan. Pakai waktu panas terik pon orang tak kisah.

24.Tak perlu lalu Terowong SMART, Takut tenggelam kalau banjir tiba tiba macam filem sinking of Japan tu.

25.Boleh tukar lorong suka suka hati selepas bagi signal dan situasi selamat.

26.Bawak slow kat MRR2,NKVE,LDP pon tak kena hon.

27.Boleh sukat petrol dalam tank pakai jari jer.Tak perlu panik kalau meter minyak rosak.

28.Polis suka amik kisah, selalu buat roadblok tanya tentang motor. Caring what!

29.Tak perlu susah hati pikir nak pasang tinted, cover line konon.

30.Kalau hujan lebat leh buat reunion motor-motor bawah jejambat tepi jalan.

Tamat tapi bukan terakhir...SAYA SAYANG MOTOR SAYA (motor abah saya sebenarnya)

Read more...
Share/Bookmark

Mari Bersenyum

senyum seindah suria,

yang membawa cahya,

senyumlah dari hati,

duniamu berseri,

senyum umpama titian dalam kehidupan,

kau tersenyum,

ku tersenyum

kemesraan menguntum....

senyum,..kepada semua...

senyumanmu,amatlah berharga...

senyum,..membahagiakan,

dengan senyuman,

terjalinlah.......IKATAN....

*******

Download Senyum Mp3


Read more...
Share/Bookmark

Renungan


Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia.
Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

-- Surah Yunus - Ayat 107--
*Nota Penulis:
Dah sedar dimana pelangi yang bakal muncul tatkala hilangnya matahari

Read more...
Share/Bookmark

My Wish List

Hari ini penulis nak berkongsi sedikit berkenaan impian/angan-angan/wish list yang terbuku di hati. Lama dah berangan-angan dan mengidam. Mengidam nak memiliki item-item yang tersenarai di bawah:

SONY ERICCSON
Hampir dua tahun mengidamkan hanset fold by SE ni. Siap ada 3G lagi. Tapi tu la, belum ada kemampuan. Bila ada pun perkara utama telah didahulukan.
Sabarlah wahai SE yang telah menawan hati ini.
p/s:Bukan warna pink tau.ilustrasi adalah hiasan semata-mata. Warna biru tetap menjadi idaman.

iPhone
Tiba-tiba di penggal pertama 2008, iPhone pulak release kat pasaran. Tapi bukan kat Malaysia. Pertengahan Jun baru release kat Malaysia tapi bukan secara offical. Dah pergi belek-belek kat Lowyat. RM1800 untuk 1G manakala RM2800 untuk 2G. Perrghh!!!Kalau dapat satu ni best gak. Touch screen. Apple based technology.

CANON 1000D
Daripada zaman belajar lagi dah mengidam nak camera sendiri. Sampai sekarang tak termakbul lagi. Tup tup..dalam awal tahun 2008, minat baru dalam dunia fotografi datang. Tiap-tiap bulan beli DIGITAL CAMERA MEGAZINE. Tak pernah miss even satu issue. Kalau ikutkan nafsu yang beraja di hati bukan setakat 1000D ni jer, 50D,450D, Sony Alpha3 semua nak angkut sekali. Tapi apakan daya..jauh duit dari poket. wink!!wink!!
Buat masa ni DSLR for beginner with affordable price is 1000D, RM1999.
Sasaran perolehan adalah tahun 2009. Sebelum melangkah ke alam 'yang satu' itu.

Brunei Darul Salam
Jalan jalan di Brunei menjadi idaman sejak akhir akhir ini. Membaca artikal berkenaan keindahan negara Brunei, kedaulatan,pentadbiran dan dunia islam di sana amatlah mengujakan. Sebuah negara kecil tapi dinaungi kedaulatan tersendiri. Bila ek nak pegi? Jalan-jalan bulan madu agaknya.

CIVIC Type R

HONDA CRV
Dua buah kereta idaman kalbu. Agaknya lagi 5tahun menabung pon belum tentu boleh beli satu. Kalau dapat beli lah kan, Puan Munah dan Encik Mohd Said lah antara orang pertama akan diberi kebenaran untuk merasmikanya.

Baitil Azri
Kenapa baitil azri? Sebab tu la rumah idaman untuk bersama keluarga. Sejak dua menjak ni rajin sangat penulis kunjungi expo-expo perumahan, survey harga-harga, lokasi, design dan sebagainya. Kena la angan-angan dulu..kalau tak macam mana mimpi nak direalisasikan betul tak. Insyallah dalam banyak-banyak ni, rumah ini yang menjadi keutamaan. Ada hanset, camera, kereta pon bukan boleh buat berlindung dan berteduh kan. Maka wish list ini mengumumkan bahawa Baitil Azri merupakan priority bagi semua2 wish list.
Disamping itu ada satu wish list utama yang terpaksa dirahsiakan buat seketika. nantikan kemunculanya bagi yang berminat (,")

Wassalam

Read more...
Share/Bookmark

Berhenti Menjadi Gelas (Qalbi)

*Artikel ini dipetik dari speedfinger*

“"Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya kebelakangan ini selalu nampak moody.”Kenapa kau selalu moody, nak?

Bukankah banyak hal yang best best dan indah di dunia ni? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?” sang Guru bertanya.

“Guru, kebelakangan ini hidup saya penuh masalah. Berat bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya,” jawab sang murid muda.

Sang Guru terkekeh. “Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam.Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.”Si murid pun beranjak perlahan tanpa semangat.

Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.”Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu,” kata Sang Guru. “Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit.”

Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini merengis kerana minum masin.”Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru.”Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih merengis.

Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya .”Sekarang kau ikut aku.” Sang Guru membawa muridnya ke danau berhampiran tempat mereka.

“Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau.”Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya.

Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu fikirnya.”Sekarang, cuba kau minum air danau itu,” kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di kerongkongnya, Sang Guru bertanya kepadanya, “Bagaimana rasanya?”Segar, segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibirnya.

Danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah.Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang tersisa di mulutnya.”Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?” “Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

“Nak,” kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. “Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih.Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu.

Jumlahnya tetap, man man saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.”Si murid terdiam, mendengarkan.”Tapi Nak, rasa masin dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya ‘qalbu’(hati) yang menampungnya. Jadi Nak,supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu jadi sebesar danau.”

Read more...
Share/Bookmark

Pepohon Cinta Yang Mekar

Pagi ni seperti biasa sebelum memulakan tugas, penulis membelek-belek inbox setiap email. Ada satu petikan yang menarik perhatian penulis di inbok yahoo mail.
Walaupun sudah acap kali penulis pernah membaca kisah kisah seperti ini, kelazatan ceritanya tidak pernah hilang sama sekali.
Disini penulis kongsi kan cerita berkenaan (kredit kepada sdr.hasanah)

Kisahnya seperti berikut:

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya..?

Guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

Pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

Guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

Pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

Maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

Tamat....

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

*nota: terima kasih kepada insan-insan mulia yang sudi menyayangi dan mengasihi penulis seadanya. Insan-insan yang bergelar ibu, ayah, keluarga, kekasih, rakan-rakan, guru-guru dan sekalianya.
Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan kalian.

Read more...
Share/Bookmark

Sekalung TAHNIAH Buat Adikku


Tiada kata yang dapat ku gambarkan perasaan ketika ini.
Aku bersyukur dan berterima kasih atas pemberian MU Ya Allah.
Aku hanya mampu menistiskan air mata kegembiraan dan kesyukuran diatas pemberiannya ini.
Sekalung Tahniah buat adik ku Nurfateha Bt. Mohd Said diatas pencapaian UPSR 2008.

TAHNIAH



Read more...
Share/Bookmark

Ada Apa Dengan MAmak Stall

*Copy & Paste*

Ini satu lagi kisah benar pasal mamak ni. Ianya berlaku di PRESINT 9 , PUTRAJAYA dekat Avon .
Seorang makcik ni lalu belakang kedai mamak ni. Dia nampak mamak ni na la punye tengah menguli tepung.
Kalau uli dengan tangan takpe jugak. Ini dia uli dengan KAKI!!.
Eeee uwekkks. Kedai mamak kat situ ada 2. Satu pekerja2 dia pakai apron merah, satu kedai lagi apron putih .
Yang makcik tu nampak ialah di kedai pekerja2 yang pakai apron putih.
Secara keseluruhannya bolehlah dikatakan kebanyakan mamak ni pengotor. So sendiri mahu ingatlah ye. Seelok-eloknya elaklah makan di kedai yang diragui kehalalannya.
Banyak lagi kedai melayu. Kedai melayu pun ada jugak jual roti canai dan teh tarik.
Untuk pengetahuan semua, beberapa bulan yang lalu saya juga terperasan ketika tengah makan di salah satu kedai MAMAK depan apartment tempat saya tinggal di PUTRA PERDANA PUCHONG ..
Saya ternampak salah sorang pekerja dalam kedai mamak buat kerja2 kat dapur dan tiba2 keluar dukung anak ANJING lepas kat luar kedai then masuk ke dapur balik.

Terus saya berhenti makan dan tanya pekerja tu.. You ISLAM? Dengan takut2 dia jawab saya hindu tapi BOSS saya ISLAM.
Saya suruh dia panggil BOSS dia and BOSS dia datang minta maaf.
Saya cakap "maaf kepala hotak you!!!"
Saya tanya dia "you ISLAM " Dia jawab ya! Saya bayar dan terus blah.
Sejak hari tu aku dah tak jejak lagi ke kedai MAMAK!
Yang aku marah sangat kat kedai tu ada frame Ayat Qursi + ALLAH & MUHAMMAD besar-besar. .
Baru aku perasan tak semua MAMAK tu ISLAM, RAMAI PEKERJA HINDU dan tak semestinya ada Ayat Qursi + ALLAH & MUHAMMAD besar -besar tu HALAL . dan RAMAI yang ISLAM selamber je makan...
So yang tak perasan lagi berhati2 !!!...
Subject: AWAS DAN BERHATI-HATI KALAU NAK MAKAN DI KEDAI MAMAK... !!!! !
Kedai2 mamak seluruh negara.. Restoran Mamak DI ALOR SETAR.
Di suatu ketika dahulu... .. kami ada membuat satu program di salah satu hotel di tengah bandaraya Alor Star.
Kami menjemput seorang ustaz dari Majlis Agama untuk membacakan do'a pembuka tirai. Kebetulan ustaz itu diberikan kerusi sebelah dengan saya dan kami pun berbual2.
Ustaz itu meminta saya menyampaikan kepada kawan2 muslim dan muslimat akan satu perkara yang menghantui hati dan perasaannya, iaitu pihak Majlis Agama telah menjalankan siasatan dan serbuan dan mendapati bahawa SEMUA KEDAI2 MAMAK DI ALOR STAR DAN SEKITARNYA ADALAH 'CONFIRM' HARAM DIMAKAN kerana TAUKE2 CINA ADALAH PEMBEKAL AYAM kepada restoran2 mamak tersebut!
Terkejut!
Saya bertanyakan kepada ustaz itu... mengapakah perkara ini, dgn kuasa yang ada pada Majlis Agama, tidak disebarkan kepada umum?
Jawapan ustaz ... .. mamak2 tu telah mengikat kontrak bekalan ayam dengan tauke2 cina dan sekiranya Majlis Agama membuat tindakan drastik dan kontrak bekal ayam terjejas maka tauke2 akan saman mamak2 dan mamak2 pula akan saman Majlis Agama... ..
" Permintaan ustaz, "Tolonglah anta sebarkan kepada kawan2! Itu sahaja yang ana mampu"
Shahril wrote: ---- RESTORAN INSAF, JLN TUANKU ABD RAHMAN -
Kisah Benar-Nasi Beriani-
Assalamualaikum. Last week kawan saye gi makan kat RESTORAN INSAF kat Jln TAR.. Lepas makan tu, dia nak gi basuh tangan kat belakang kedai. Lepas selesai membasuh & menyabun tangan yang bau kari tu... .dia gi kat tempat lauk untuk tapau sebungkus nasi beriani lagi untuk member.
Nak dijadikan citer... ... kawan saya ni ternampak bekas nasi beriani yang digunakan disaluti dengan SPENDER LELAKI CAP BUAYA BERWARNA PUTIH.. TANG GETAH SPENDER DIIKAT NGAN GETAH... apa lagi... ... .. dia terus mintak cancel dan bayar nasik yang telah ditelan tadi... ... .. sampai kat opis... . dia terus muntahkan nasik tadi dan sebarkan kat kengkawan lain yang tak pergi... ...
Satu lagi sesiapa yang suka makan makanan mamak, AWASLAH! BUKAN SEMUA MAMAK TU ISLAM!!
Jangan asal nampak macam mamak jer terus pergi makan.
Contoh paling jelas, sesiapa yang selalu ke Wisma Central, ada satu stall bawah accelator/tangga, dekat2 dengan kedai2 handphone tu...
Tengok satu stall namanya "BK CORNER" (mungkin Bala Krisnen Corner!!). Kalau terlalu lapar dan tengok sekali imbas nampak OK!
Yang kerja kat situ ada dua orang pompuan Indon!
TAPI CUBA TELITI SIKIT... ! Tengok pada dua orang India/Mamak tu... tengok kat tangannya ada ikat benang kuning??!!
Dan kalau datang awal2 pagi 7.00-7.30 , mereka akan pakai 'calit sarjan' kat dahi... MAMAK ISLAM KE TU??
Lagi 1 sesiapa yang selalu ke pasar PUDU , ada satu stall kat belakang stesen minyak ESSO . Kat situ ramai kita tengok orang Melayu singgah makan roti canai! Buta ke mereka?? Cuba perati. Sah-sah pompuan India tu pakai benang merah kat lengan dan kekadang dia laki-bini pakai 'calit-sarjan kat dahi'!!
Kenapa tak mau susah sikit, cross jln. Kenapa makan makanan yang was-was macam tu Wallahuaklam. .
BANYAK lagi kisah yg saya telah dengar dari kekawan Restoran mamak SHAH JAHAN MAJU di SETIA WANGSA . Kawan kpd kawan saya telah terjumpa benda yg berketul di dalam kuah roti canai. Pada mulanya dia sangkakan ianya biji asam jawa tetapi setelah diamati betul2 rupa-rupanya adalah NAJIS yg beku(mungkin kepala taik krn ianya keras sedikit).
Tuan restoran tersebut mahu menutup mulut kawan saya dgn memberi RM2000.00. Mungkin pekerja restoran tak tahu dan telah mencedok di peringkat paling bawah dlm periuk kuah dal atau kari.
Sekarang restoran ini tak berapa maju jika dibandingkan dgn sebelumnya.
Hanya org yg tak tahu sahaja yg terus makan di restoran tersebut.
Ini semua adalah manderam ataupun sihir dgn tujuan utk melariskan makanan mereka walaupun pada hakikatnya tidak sesedap jika dibandingkan dgn tempat lain.
Makanan yg bersih jika dicampurkan dgn bahan kotor akan menjadi kotor secara automatik
DI LEBUH AMPANG KL , ada sebuah restoran mamak yg baru dibuka iaitu RESTORAN MAJU CURRY HOUSE IAITU rangkaian SHAH MAJU.
Kemana perginya nama Jahan itu?
Sama juga spt yg berlaku di kedai NASI LEMAK ANTARABANGSA yg terletak di KG BARU, KL .
Satu hari seorg lelaki yg alim telah dipelawa oleh kawannya utk belanja makan di kedai tersebut. Tiba2 beliau ternampak seekor TOYOL sedang kencing di dalam periuk nasi lemak. Dia pun menyuruh kawannya cancel order dan menceritakan kenapa sebabya dia tak nak makan di kedai itu.
Mungkin tuan punya kedai telah meminta pelaris dari tok bomoh tanpa mengetahui tentang toyol tersebut krn bomoh sememangnya takkan beritahu.
Tambahan pula tuan kedai tidak boleh melihat toyol dengan mata kasar... .
Wallahualam. ...
p/s : Mencari rezeki biarlah yang halal, baru berkat hidup kita, Insyaallah.


Read more...
Share/Bookmark

Hari Ini..


Hari ni 10 november 2008.
Maknanya dah 10 hari...
10 hari apa? takyah la tanya..tapi dah memang sepuluh hari..
lagi 4 hari cukup dua minggu...
maknanya pertengahan november..pertengahan bulan..
alah..jangan tanya la apa ada dengan tengah bulan...
.
.
.
.
.
.
Bulan ni bulan November...
Maknanya dah bulan ke-10.
Sejak Januari 2008...
Kalau guna kiraan matematik..dah banyak tu...
Alah..banyak..banyak!!
.
.
.
.
Kenapa masih disitu...
Tak tahu lah..
Sepatutnya sudah boleh selesa berada disana..tapi sekarang masih disitu...
Bukanya tak ada peluang..tapi aneh..masih disitu...
.
.
.

p/s:monolong seorang insan..

Read more...
Share/Bookmark

02 NOVEMBER 1984


Dilahirkan Pada 02 November 1984
Nurfarhana Bt. Ghazali nama diberi.
Tanggal 02 November 2008 genap 24tahun.

Selamat Hari Lahir
Moga Diberkati didunia dan akhirat.

Read more...
Share/Bookmark
 
Blog Widget by LinkWithin

Copyright © 2009 Hidup Tanpa Penghujung All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Anshul Theme By- WooThemes