Aidilfitri dah sampai ke penghujung. Sekarang masa untuk adik-adik menduduki PMR dan SPM.
Ha! apa lagi, rajin rajin la baca buku.
Kat sini ada link untuk download koleksi soalan percubaan SPM negeri negeri seluruh malaysia. Klik dan download-credit untuk crazystuden00(SBPI Sabak Bernam)Koleksi Soalan Percubaan SPM 2009Buat Muhammad Aizat & Muhammad Nazmi- Rajin rajin buat latihan.
Selamat Berjaya!
The Final Post For 2007
I will let the picture talk for itself.
Happy ending for the 2007 with those smile (s).
GOOD BYE 2007
31 DECEMBER 2007
Tu dia nak habaq mai.tinggal lagi sehari ja nak melangkah masuk ke tahun 2008 masehi. Biasala besanya ujung2 taun macam ni perkara utama yg bermain di bibir, azam..azam..azam..tak abis2 dengan azam.
Ada gak yg tanya apa azam 2008 aku. azam?aku pernah berazam ker bila tiba tahun baru?rasanya tak pernah lagi kot. Sebab aku bukanya jenis yg berazam ikut tarikh kalender ni.azam aku ni jenis tup tup tiba2 muncul. kalu istilah kejuruteraan di guna pakai, boleh la disebut "on-condition nyer azam". Jadi selain persoalan tentang azam,aku lebih suka pikirkan atau cuba 'predict' apa yg bakal berlaku dlam tahun 2008 nnt. Berikut adalah senarai2 acara yg secara automatiknya muncul dalam benak aku.susunan mengikut keutamaan pemikirang kepala otak aku:
1. 8 Ogos 2008 (8/8/08)--mesti ramai gila nak kawin, bertunang, etc.maklumlah tarikh keramat org cina.tp melayu pon dah terikut-ikut.
2. 29 Febuari 2008--Ulangtahun kelahiran bagi yg menyambutnya 4 tahun sekali.isshh kesian-kesian.
3. 20 Ogos 2008 (20/08/08)--macam best gak nombor tu kan?
4. Mengundi? Malas aku nak pk. nice politic with dirty politicians.
5. Ala biasa la,tunggu harga barang naik.mesti naik punya. mana pernah turun. minyak,minyak....ayam?
6. Aku menanti kejatuhan George W. Bush. Alah sapa2 pon presiden US sama gak kan.jadi tiada perbezaan ketara.
7. Arsenal Juara EPL?wahhh!!!!mantap!Perak Juara Liga SUper??cehhh~~
8. Gaji aku tak naik ker?sedih-sedih...
9. Lahirnya DDR5 untuk RAM..aiiyakk!!!
10. Menanti tabir 2009. (9/09/09) aku ada perancangan best :)
Renungan:Khutbah Terakhir Rasulullah S.a.w. Di Padang Arafa
Padang Arafah. Pada tahun ke 10 Hijrah ketika mengerjakan Hujjatul Wada', Rasulullah SAW telah menyampaikan khutbahnya yang terakhir (Khutbah Wida'). Baginda bertolak ke Arafah dari mina setelah naiknya matahari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda dan baginda masuk serta berada di dalamnya sehingga tergelincir matahari (waktu zohor).
Selepas itu, baginda pun mengarahkan disiapkan untanya al-Qaswah, lalu menaikinya sehingga baginda tiba di Wadi Uranah. Di hadapan baginda, ribuan para sahabat mengelilingi baginda. Semuanya menanti penuh debar. Apakah ingin disampaikan baginda. Ramainya manusia yang berhimpun pada haji wida' itu. Ada riwayat mengatakan jumlahnya mencecah 144,000 orang semuanya.
Baginda pun menyampaikan khutbahnya yang bersejarah:
"Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada siapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu supaya mentaati-Nya. Aku membuka khutbahku ini dengan mukaddimah yang baik.
Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan aku katakan ini. Aku tidak tahu apakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.
1. Sesunguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan bandar ini Makkah dan kawasan sekitarnya.
2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.
3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakimu (iaitu telah dihapuskan).
4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Rabi'ah bin Al-Haris yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.
5. Riba adalah haram dan aku memulakannya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.
6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan pakai dengan baik.
7. Semua orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu tidak halal bagi seorang muslim mengmbil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.
8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu panduan, jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya; kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.
9. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tidak ada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuhanmu (kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.
10. Tuhan kamu adalah Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah. Tidak ada kelebihan bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan taqwa.
11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati, oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat dari para malaikat dan seluruh manusia.
12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku, maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, "Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu." Baginda lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, "Ya Allah! Saksikanlah." Baginda Rasulullah mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SWT dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi'ah bin Umaiyyah bin Khalaf ra.
Baginda berkhutbah di atas untanya al-Qaswah. Di sinilah turunnya wahyu mengenai kesempunaan agama Islam.
"Pada hari ini telah disempurnakan bagimu agamamu, dan telah kucukupkan nikmat-ku kepadamu, dan telah kuredhakan Islam itu menjadi agama untukmu. (Al-Maidah ayat 3)
Selepas baginda membacakan wahyu ini, para sahabat saling berpelukan kerana begitu gembira. Namun sayyidina Abu Bakar perasanal-Qaswah unta nabi menitiskan air mata dengan banya. Beliau pun ikut menangis.
Sayyidian Umar bertanya apakah sebabnya lalu sayyidina Abu Bakar menjelaskan. Di sebalik berita gembira sempurnanya agama Islam, wahyu penutup itu juga petanda khabar duka. Baginda pasti akan meninggalkan mereka kerana tugasnya sebagai Rasul sudahpun selesai. Mendengar itu sayyidina Umar pun menangis sama, begitu juga dengan para sahabat yang lain.
apakah kita layak untuk bergelar umatnya? tepuk dada tanya iman masing2.
Khas untuk aku: Tips Mengawal Perasaan, Emosi dan Diri
Sometimes bila kita landa masalah atau gusar sebab memikirkan sesuatu, kita susah nak mengawal rasa takut, susah hati atau rasa tak sedap hati yang tak berkesudahan.
Kesannya, Anda susah nak kawal diri. Sampai ke satu tahap, menyalahkan Tuhan kerana memberi Anda musibah. Jadi, untuk mengawal diri sendiri, emosi dan perasaan, caranya :
1. Banyakkan istighfar dan selawat
Saya tahu bunyinya remeh, tapi setelah selalu banyak beristighfar dan mengucap selawat dalam sehari, hati rasa tenang, jiwa rasa damai dan terasa ada harapan menempuh apa jua yang mendatang.
Sukar untuk saya terangkan di sini, tapi setelah mengamalkannya, saya boleh mengawal emosi dengan lebih matang dan tenang berdepan segala cabaran. Istighfar dan selawat tu lafazakan dengan ikhlas, dengan niat ibadah untuk mendekatkan diri pada Allah s.w.t.
2. Zikir dalam Hati
Minda separa sedar sensitif pada apa yang Anda bicarakan di dalam hati. Untuk mengawal emosi, Anda perlu terlebih dahulu pandai mengawal minda separa sedar kerana emosi kita semuanya datang dari situ.
Untuk mengawal minda separa sedar dengan baik, Anda perlu selalu bermeditasi, iaitu dengan mendiamkan diri dan bertenang, setenang yang mungkin paling kurang selama 10 minit dalam sehari. Cari tempat yang sunyi, jauh dari gangguan dan luangkan masa untuk bermeditasi. Selalu bertenang dan relaks, be in control.
Meditasi yang paling baik adalah yang disertakan dengan zikir untuk menenangkan hati. Amalan zikir memberi ketenangan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Bila jiwa tenang dan hati bersih dari segala kerunsingan, mudah untuk kita mengawal diri, emosi, perasaan dan kata-kata.
3. Kawal Apa Yang Anda Katakan dan Apa Yang Anda Fikirkan.
Bila Anda melihat orang lain, perangai mereka, kata-kata mereka dan apa saja yang datang dari mereka, fokus pada nilai-nilai positif yang ada pada diri mereka. Fokus pada tu saja, bukan keburukan mereka dan segala yang tak baik pada mereka. Dengan ini, Anda melatih minda separa sedar Anda menjadi positif.
Bila kita cenderung untuk melihat keburukan orang lain dan kejahatan orang lain, attitude kita mula terarah kepada yang negatif. Jadi, minda separa sedar kita terdidik untuk melihat kepada yang negatif, yang buruk, yang jahat, yang membuat kita sangsi dan yang rasanya akan menyusahkan kita saja, padahal tidak.
Kesannya, kita senang bersangka buruk pada orang lain, situasi, perkara, keadaan, benda dan apa saja yang melanda kita. Lantas, tiba pada satu masa, terasa susah untuk kita mengawal diri.
Untuk mendapat hasil positif, kena tanam benih yang positif.
Hukum alam ni dinamakan hukum "sebab dan akibat".
Anda adalah apa yang Anda fikirkan. Muhasabah diri sendiri sekarang juga.
Haji YAng Mabrur
Detik rahmat di bulan zulhijjah menjelma lagi.Ribuan juta umat islam berpusu-pusu menunaikan rukun wajib yang terakhir ini. Selamat Hari Raya Aidiladha di ucapkan kepada semua.
Bagi yang tidak menunaikan ibadah haji, tidak ketinggalan juga dilengkapi dengan ibadah kurban yang saban tahun menjadi perkara wajib.
Bagi yang bercuti selamat bercuti dan berhati-hati di jalan raya.
P/S:the best part is~aku cuti seminggu. nak abiskan annual leave :P
A Monday Poem
Work I do not "work"
Instead, I "fun"
I try to goof
And get things done
At the same time
Love what I do
Do what I love
And then can you
Honestly say
You do not work
You simply fun
And do not shirk
Until it's done
The object then
Midst all this strife
Is not to work
A day in life
For if you love
That which you do
It is not work
Now
I am through
Jumaat Datang Lagi
Alhamdulillah..Jumaat menjelma lagi.Jumaat umpama penghulu kepada semua hari.Dalam setahun jika dihitung secara kasar ada 48kali hari jumaat.Berteraskan gelaran penghulu segala hari yang diberikan,jelas jumaat mempunyai pelbagai keistimewaan tersendiri yang tiada pada hari-hari yang lainya. Berikut adalah kelebihan hari JUMAAT:
Rasulullah SAW bersabda:
"أضل الله عن الجمعة من كان قبلنا. فكان لليهود يوم السبت. وكان للنصارى يوم الأحد. فجاء الله بنا. فهدانا الله ليوم الجمعة. فجعل الجمعة والسبت والأحد. وكذلك هم تبع لنا يوم القيامة. نحن الآخرون من أهل الدنيا والأولون يوم القيامة المقضي لهم قبل الخلائق"
“Allah menyesatkan umat sebelum kita dari hari Jumaat. Adapun kaum Yahudi (tersesat ke hari Sabtu, Nasrani ke hari Ahad. Kemudian Allah SWT mendatangi kita dan menunnjukkan kita ke hari Jumaat. Lalu Dia menjadikan Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dan seperti itu mereka akan mengikuti kita pada hari Qiamat. Kita adalah umat terakhir dari umat dunia dan umat pertama pada hari Kiamat yang akan diputuskan (perkara) di antara mereka sebelum makhluk-makhluk yang lain.[1]
Hari Jumaat ialah hari yang disabdakan baginda SAW:
"خير يوم طلعت عليه الشمس، يوم الجمعة. فيه خلق آدم. وفيه أدخل الجنة. وفيه أخرج منها. ولا تقوم الساعة إلا في يوم الجمعة"
Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.[2]
Ibn Qayyim berkata di dalam Zadul Ma’ad:
وكان من هديه صلى الله عليه وسلم تعظيمُ هذا اليوم وتشريفه، وتخصيصه بعبادات يختص بها عن غيره. وقد اختلف العلماء: هل هو أفضلُ، أم يومُ عرفة؟
Dan adalah di antara petunjuk Rasululah SAW adalah pengagungan dan dan penghormatan kepada hari ini, dan pengkhususan dengan ibadah-ibadah yang yang tidak ada pada hari lainnya.[3]
Ibn Qayyim al-Jauziyyah menyebutkan 30 kelebihan dan keutamaan hari Jumaat di antaranya:
1) Hari raya yang berulang-ulang. Oleh kerana itu kita diharamkan berpuasa pada hari itu untuk membezakan kita dengan apa yang dilakukan oleh orang Yahudi dan Nasrani. Ia juga berfungsi supaya seorang hamba dapat melaksanakan ibadah pada hari itu dengan bertenaga seperti solat, doa dan lain-lain.
2) Hari tambahan; di mana Allah SWT akan nampak pada hari itu di hadapan orang-orang mukmin di syurga;
لَهُمْ مَا يَشَاءُونَ فِيهَا وَلَدَيْنَا مَزِيد
Mereka beroleh apa Yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia Yang tidak terlintas di hati mereka).
3) Wujudnya saat di mana doa’ dikabulkan:
فيهِ سَاعَةٌ لاَ يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ وَهُوَ قَائمٌ يُصَلِّي، يَسْأَلُ اللهَ تَعَالَى شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ وَأَشَارَ بِيَدِهِ يُقَلِّلُهَا
Padanya terdapat satu saat , dimana tidaklah seorang hamba muslim mendapatkannya dalam keadaan berdiri mendirikan solat, dia memohon sesuatu kepada Allah Ta’ala melainkan Ia (Allah SWT) akan mengabulkannya- dan Baginda SAW mengisyaratkan dengan tanganya yang menandakan pendeknya saat itu.[4]
4) Mempunyai banyak kelebihan beramal soleh di dalamnya; sabda Rasulullah SAW:
خمس من عملهن في يوم كتبه الله من أهل الجنة : من عاد مريضا و شهد جنازة
و صام يوما و راح يوم الجمعة و أعتق رقبة
Ada lima perkara yang barangsiapa mengamalkannya dalam satu hari, maka Allah menulisnya sebagai ahli syurga: Orang yang menjenguk orang sakit, menyaksikan jenazah, puasa satu hari[5], mendirikan solat Jumaat dan memerdekakan seorang budak.[6]
5) Hari terjadinya kiamat:
ولا تقوم الساعة إلا في يوم الجمعة
Tidak akan berlaku hari kiamat kecuali pada hari Jumaat.[7]
6) Hari di mana dosa di ampunkan. Sabda Rasulullah SAW:
لا يغتسل رجل يوم الجمعة، ويتطهر ما استطاع من طهر، ويدهن من دهنه، أو يمس من طيب بيته، ثم يخرج فلا يفرق بين اثنين، ثم يصلي ما كتب له، ثم ينصت إذا تكلم الإمام، إلا غفر له ما بينه وبين الجمعة الأخرى
Tiadalah seorang lelaki mandi di hari Jumaat, dan bersuci apa yang mampu dia sucikan, memakai minyak rambut atau minyak wangi dari rumahnya, kemudia keluar dan tidak memisahkandi antara dua orang (yang sedang duduk di masjid), kemudia bersolat apa yang telah diwajibkan ke atasnya, kemudian senyap ketika imam memberi khutbah melainkan diampunkan baginya apa yang di antara hari itu dan hari Jumaat yang seterusnya.[8]
7) Orang yang berjalan kaki untuk solat Jumaat akan mendapat pahala yang besar. Rasulullah SAW bersabda:
من غسَّل يوم الجمعة واغتسل، ثم بكّر وابتكر، ومشى ولم يركب، ودنا من الإِمام فاستمع ولم يلغ؛ كان له بكل خطوة عمل سنة أجر صيامها وقيامها
Sesiapa yang memandikan atau mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaii kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun.[9]
8) Antara satu Jumaat ke Jumaat yang lain adalah penghapus dosa. Sabda Rasulullah SAW:
من اغتسل، ثم أتى الجمعة، فصلى ما قدر له. ثم أنصت حتى يفرغ من خطبته. ثم يصلي معه، غفر له ما بينه وبين الجمعة الأخرى، وفضل ثلاثة أيام
Barangsiapa yang mandi lalu pergi untuk menunaikan solat Jumaat, kemudian bersolat (sunat) dengan apa yang dia mampu, kemudian senyap hingga khatib selesai khutbah, seterusnya bersolat bersamanya, maka diampunkan untuknya dosa di antara Jumaat itu dan Jumaat seterusnya, bahkan dia dilebihkan 3 hari.[10]
[1] Sahih: Sahih Muslim: 856
[2] Sahih: Sahih Muslim: 854
[3] Zadul Ma’ad, juzuk 1, m/s 169 (e-book, http://www.saaid.net/ )
[4] Sahih: Muttafaq ‘Alaih, rujuk al-Lu’lu’ wa al-Marjan (http://www.saaid.net/ )
[5] Puasa yang secara kebetulan jatuh pada hari Jumaat seperti Puasa Nabi Daud, Puasa Hari Putih, dan lain-lain. Ia tidak membawa maksud supaya kita mengkhususkan hari Jumaat dengan berpuasa.
[6] Sahih: Silsilah Ahadis as-Sahihah: 1023
[7] Sahih: Sahih Muslim: 584
[8] Sahih: Mukhtasar Sahih al-Bukhari:843 (http://www.saaid.net/ )
[9] Sahih:Sunan Abi Daud: 345, al-Albani mensahihkannya, rujuk Sahih Jami’ as-Saghir:6405
[10] Sahih: Sahih Muslim:857
Aku Kembali

Aku kembali...
Yeah I'm Back!!
Setelah beberapa tahun menyepi (setahun jer) akhirnya aku kembali aktive di sini,
jangan terkejut semua.
sepanjang tempuh itu aku berhibernasi bersama PROJEK TAHUN AKHIR AKU
yang akhirnya dapat A+.
waarghh,hahah,bukan riak,
cuma melepaskan rasa puas yg tersangat amat.
Berbaloi hibernasi aku ni.

Aku Yang Tertekan
Love--Never Ending
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengirin gi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri! di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang
tercatat.....
"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukan! nya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya
dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut sayabalik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tid! ak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apa lagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan
menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan
kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis
sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda
sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas
menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki
ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya ha! nya
memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat
kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.














